Skip to main content

Baby Baru: Rezeki Yang Tak Di Sangka

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada semua yang sudi meninggalkan sepatah dua kata2 semangat di kotak komen. Terharu dan rasa disayangi walaupun kita cuma kenal di alam maya. Huhu

Masih dalam mood 'umpama mimpi dalam mimpi' yang aku kehilangan kerja selepas 17 tahun dan ditambah satu lagi kejutan yang hampir membuat aku sikit lagi nak jatuh dari toilet bowl pada pagi 9/6/2015, aku bagaikan diawangan bila pregnancy test menunjukkan 2 line (positive). Ya Allah, hanya Engkau yg lebih mengetahui apa yg terbaik utkku. Bagi mengesahkan ujian tersebut, aku ke klinik dan doc melakukan scan diperut, dan mengesahkan kandungan dah berusia 12minggu (lebih kurang 3 bulan). Aku langsung terlupa yang 'kawan baik' dah lama tak datang sebab kepala duk concentrate pasal sakit pinggang. Aku fikir hormone huru hara sebab banyak makan ubat dan masuk hospital. Rupanya dalam perut ada isi.

3 berita serentak di terima dalam masa tak jauh beza, bagaikan pakej (disahkan slip disc, hilang keje dan mengandung), hampir terduduk aku dengan semua berita itu. Pujuk hati, aku masih ada Allah, ada suami dan anak2, ada family dan aku masih ada kengkawan yang sudi memberi semangat.

Kalau sudi, doakan moga aku kuat menghadapi dugaan mengandung bersama slip disc ini. Tak mudah sebenarnya, kalau 3 pengalaman sebelum ini aku sangat enjoy fasa mengandung, dapat makan macam2, boleh bergerak sana sini walaupun dengan perut terboyot2 tapi kali ini, aku dah jadi penunggu katil yang setia, nak bangun dari katil pun berpapah, berdiri dan duduk tak lebih dari 10 minit. Lama berdiri@duduk, aku rasa nak tercabut pinggang. Makan pun cuma lalu sesuap nasi.

Maaf kalau entri ni seperti memohon simpati tapi aku tulis ni sebagai kenangan. Sebab ia akan men jadi sejarah dalam hidup aku.

Ok, tq sudi baca, taip kat iPad tak best langsung, nak on laptop malas pulak, dah lah taip sambil baring, gila gigih kan? Haha

Kbai




Comments

Aisy Nasiha said…
Wah tahniah.. ada hikmah di sebalik kejadian ni.. jadi ibu kali keempat la nanti ya.. syokla nanti meriah rumah tu..
paridah said…
assalam..berat penanggungan ujian yg terpaksa irfa hadapi...bersabar banyak2 ya ada hikmah n ganjaran pahala besar yg Allah nak beri tu...tahniah dgn anugerah Allah...jgn terdetik apa2 di hati reda dgn ketentuan-Nya..insyaAllah pasti Allah permudahkan kesulitan irfa...kak doakan irfa cpt pulih sediakala...jgn stres banyakkan rihat..
Acik Erna said…
Tak terkata tah sape pi potong bawang pagi2 ni
Juju said…
Assalam. Tahniah Irfa. Rezeki yang allah turunkan pada setiap manusia berbeza. Inshallah segalanya akan dipermudahkan olehNYA.
HeNRieTTa JoSe said…
tahniah utk bby baru....org ada ckap, rezeki bby tu ada....take care, moga dpermudahkan segala urusan...
Nieda Ramly said…
tahniah irfa....
kuat semangat dgn dugaan di depan mata .janji Allah tak akan aniaya hambaNya
sarah said…
tahniah mengandung....sakit, gembira, sedih tu ujian Allah..sabar yer..irfa kena kuat..
Unknown said…
jom naik kapal sama sama..
Zaitun said…
Tahniah rezeki Allah bagi walaupun dalam kepayahan. Semoga irfa kuat semangat, kak zai doakan mudah2an segalanya dipermudahkan.
Masy said…
moga kuat kak!
MOKCIK AZWA said…
Semoga urusan Irfa dipermudahkan..aamiinnn
zana-norzana said…
Tahniah Irfa....... moga kuat
Nick Nashram said…
ada rahmat setiap ujian yang allah beri kat hamba dia..be strong :)
S u M i E said…
melihat halangan sebagai peluang. moga kekal kuat dan tabah ye ;)
jalan2 blogwalking. jemput singgah blog ye http://passedalltargets.blogspot.com/ ;)
Zareda Norman said…
Allah Maha mengetahui.. setiap yg berlku pasti ada hikmahnya.. be strong
Unknown said…
Alf mabrook..
Ketika kita sedang diuji.. Allah jugak beri REZEKI..
- bersangka baik dengan Allah.. hanya DIA yang maha mengetahui..
izawani said…
Nak ucap tahniah ker ? Entah... setiap orang diberi ujian dalam bentuk yang tak sama... sakitnya tentu ada... tapi bila kita positifkan diri kita, semua tu jadi indah... terutamanya bila nanti ianya jadi kenangan...

Bertabahlah...
Biarlah rahsia said…
Tahniah Irfa....nanti kita sama2 bersalin...berbaby kecik lagi...semoga kuat dan tabah hadapi ujian hidup!
Rumah Kuning said…
tahniah sbb nak dapat baby. rezeki yg tidak ternilai.
kesh said…
ni rezki ramadan puan,jgn lupa perancangan ALlah adalah pling Sempurna. saya doakan semuanye selamat ameen....
sweetie said…
Tahniah Irfa! Tengok ada rezeki baru nak datang... jangan susah-susah hati, jaga je diri dan kesihatan.
..nOWa.. said…
Alhamdulillah..tahniah kak...apapun yang Allah berikan, pasti ada hikmah yang baik..semoga sihat selalu ok..keep writing!

:)
paridah said…
ASSALAM IRFA..KAK DOAKAN KESIHATAN IRFA SEMAKIN BERANSUR PULIH...
Cik Matahariku said…
as salam, first time dtg sini, begitulah ketentuan Ilahi, yg kita sebagai hambaNya harus redha, dalam kesukaran ada kemudahan dan kegembiraan..salam perkenalan Irfa:)
kakrose said…
salam ramadhan irfa,
ky doakan semuga kesihatan bertambah baik..
Mulan said…
alhamdulillah... atas segala nikmat.. ustaz kata sakit pon nikmat... yeeeyyy nak dapat anak sedara lagi.. take care tau..
paridah said…
assalam irfa apa khabar...kak doakan semua yg baik2 utkmu...
Angah said…
apa kabor weh..

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Courier Skynet Memang Teruk Ke?

Morning Uolls ... Ni nak tanya sikit sesapa yang baca ni - kalau korang bisnes online, selalu guna courier apa? Pos Laju, GDex, Skynet @ dll? - kalau korang pembeli, penah tak 'terkena' dengan syarikat kurier bernama Skynet? Tadi aku gugel dan jumpa kes hampir sama dengan kes aku,  sini , sini , sini  dan juga sini . Rupanya dah banyak kes pasal Skynet ni ye. Okey, ni baru cerita sebenar.. Minggu lepas, aku 'ter order' satu barang kat FB, tak mahal pun barang tu RM33 je sebab tengah offer. Aku ni memang susah sikit nak order barang online kecuali ia benar2 murah. Kata penjual, 'sekarang promosi dan harga termasuk dengan kos pos' , so laju lah order. Lepas dah bank in, aku wsap dia bagitau dah bayar dan bagi alamat untuk pos. Hari kejadian adalah hari Rabu (minggu lepas). Aku buat kira-kira bodoh .. kalau dia pos Khamis, maybe Jumaat @ Sabtu barang dah sampai (kalau pakai PosLaju macam selalu aku guna untuk pos barang pada customer). Jumaat, barang...