Skip to main content

Cuti-Cuti ke Penang Episod 3: Jalan-Jalan Nak Cari Makan Sedap Tapi.....

Salam Jumaat....
Moga hari yang diberkati untuk kita semua, Alhamdulillah hari ni jerebu dah kurang sikit, anak2 pun dah kesekolah, banyak hari dah cuti.

Maaf lambat sambung citer Cuti-Cuti Penang, sebabnya Isnin sampai Rabu aku duk ulang alik ke Shah Alam selama 3 hari berturut. Nanti aku citer pasal kursus tu kalau rajin lah, huhu.

Okey, sambung citer ye, sambungan dari entri ni.


Masih lagi di Hard Rock Hotel, aktiviti pagi ni gi sarapan dulu dengan kakak dan abam di kafe Hard Rock, banyak menu tapi tak tahu nak pilih apa, so ceduk nasi lemak dan bubur nasi. Kakak dan abam selera omputeh, makan roti + cereal dan sosej.




Lepas sarapan pusing kejap sekitar hotel pastu balik bilik sambung berendam sementara menunggu check out time jam 12 tengah hari. Bagi ayah tido puas2 sebab nanti kena drive balik. Kali ni aku pun join berendam sekali, rugi oi datang jauh-jauh tak join berendam *sorry gambar takde eh*

Jam 12 tengah hari, kami check out. Sebelum tu kita cari makan dulu, sebelum tu dah google tempat makan best sekitar Penang. Tapi jerebu masih tebal menghalang aktiviti kami bila mengenangkan risiko pada anak-anak terutama si 'kakcik' yang ada alahan asma. Jadi enAbe decide kami makan dikawasan tertutup je, tapi sebelum tu sempat juga makan nasi kandar di Resoresn Sup Hameed. Ingat nak order Sup Kambing tapi kami sampai agak awal, sup belum disediakan lagi, huhu.Takde rezki nak makan sup yang dikatakan sedap itu.

Google tempat makan best di Penang
tapi takde rezki kami nak ke tempat yang di cadangkan dalam list ni
maybe next time


Tapi kami sempat ke satu restoren yang katanya agak popular jugak
Restoren Sup Hameed




simple je tapi sedap, cukup rasa

kami antara pelanggan awal yang datang
ingat nak rasa sup kambing tapi belum siap
so makan nasi je lah

Pastu singgah ke Gurney Paragon Mall
#sebenarnya kami redah je apa Mall yang ada depan mata
tujuannya nak tengok wayang je

Mall ni nampak cam baru je, orang pun tak ramai
yang penting toilet sangat bersih
akak bagi 5 bintang untuk toilet hihi

layan anak-anak nak tengok citer Hotel Transylvania yang sedang hot masa tu

Makan lagi kat Urban Food Hall dalam mall je
Habis tengok wayang, pusing2 tengok bandar, lalu kat Padang Kota (lalu je tak tak turun pun). Dah puas pusing, terus bertolak balik. Masa tu dalam pukul 5.30 petang kot. Alhamdulillah perjalanan balik berjalan lancar, kami sampai umah jam 9 malam, Fuh, penatnya. Pinggang pun dah mula lenguh, huhu. Walaupun penat, puas hati dapat luangkan masa bersama family tersayang.

Okey, tamatlah sudah kisah cuti-cuti kami.



Comments

paridah said…
puas hati irfa n anak2 pi cuti kat penang...makan2 kat penang mmg sedap. lain kali boleh pi lagi...seronok bercuti di utara ni..
Nieda Ramly said…
muka mak buyung dah naik tapi tetap manis
sweetie said…
Tak try makan nasi kandar ke... dia punya curry mmg kaw....

Popular posts from this blog

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...