Salam Sayang Setulus Embun Pagi Untuk Semua
Embun lah sangat, jerebu je yang ada sekarang nih
hihi
Baru balik hantar 'kakcik' ke tadika
Hari ni, jiran yang selalu aku tumpangkan kenit demam
anak dia dicutikan, so aku kenalah hantar kenit
si kenit ni kalau boleh nak umie hantar dia hari2
senyum lebar pagi ni bila kejut bangun
sambil cakap 'hari ni umie hantar kakcik gi skul ye'
sekarang duk ketagih mewarna di Ipad tekun dia kaler satu2 bentuk tu |
Ini KakCik, bakal jadi kakak lagi sebulan dua
Prihatin sangat bila dengar umie ngadu penat
'umie bertahan okey, nanti kita jumpa doktor'
so sweet lah kakcik ni tau
pastu slow2 dia gosok perut dan bercakap dengan baby
'hai baby, kakcik ni, baby dah makan ke belum?'
dia suka melukis dan mewarna selain tengok kartun
antara hasilnya, kalau boleh di frame kan mesti cantik ni kan? |
Sekarang rutin harian aku bermula selepas subuh
Kejut anak2 bangun dan solat Subuh
pastikan abam sarapan sebelum ke sekolah
pastu tunggu dan tengok abam sampai naik bas
okey selesai bab abam
ada masa 1/2 jam sebelum kejut 'kakcik' bangun
sempat lah baca Qur'an kejap
# ada beberapa surah yg wajib baca setiap hari
dan aku akan pastikan habis baca sebelum aku masuk tido malam nanti
setiap hari berazam tambah bekalan 'di alam sana'
7.30 kejut kakcik bangun, mandi dan siapkan pakai uniform
tanya dia nak sarapan apa
selalunya dia makan karipap (wajib ada karipap frozen dalam peti ais)
kadang dia makan cornflake dengan susu je
pon pon, jam 8 pagi transport datang untuk ke tadika
lepas tu aku buatlah apa aku suka
aktiviti bebas, hihi
selalunya masak ala kadar sebelum kakak ke sekolah
Jam 12 tgh hari kakak ke sekolah dan kakcik pula balik tadika
masuk je rumah, mulut dia dah start bercerita aktiviti di tadika
cikgu cakap apa, kawan ngan sapa, makan apa
bla bla bla
potpetpotpet
hidup aku sekarang cuma rumahtangga dan anak2
sesekali datang jugak rindu zaman bekerja
emm, bukan senang nak lupa benda kita buat berbelas tahun
tapi cubalah biasakan diri
orang kata
'alah bisa, tegal biasa'
moga baik2 je untuk kita semua ye
(^_^)
Comments
Apa pun moga semuanya berjalan lancar dan baik-baiklah semuanya.
Kreatif kakcik mewarna walau dlm ipad. Pandai pilih warna.
Bijak kakcik ni. InsyaAllah akan menjadi anak dan saudara yang penyayang. :)
Makchaq masa anak2 kecik pernah cuti 3 tahun.. rasa tak nak balik bekerja.. tapi keadaan x mengizinkan nak berenti terus masa tu...
print kaler dan frame lah...
Dah tak lama tu... bakal terima org baru... nak bersalin kat mana nanti... yelah ada jugak hikmahnya tak bekerja skrg... masa ni boleh gunakan utk menambah bekalan akhirat pulak.. insyaAllah! Toksah risau2 dan fikirkan sangat tak kerja lagi tu Irfa... nanti ada efek kat baby dlm kandungan pulak.