Skip to main content

Ulasan E-Book: 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu


Assalamualaikum...

Entri lepas aku ada bagitau yang hobi aku sekarang ialah membaca. Membaca bukan setakat buku dan majalah tapi juga e-book, ada beberapa e-book yang aku dah miliki tapi belum habis khatam, hehe. Ada unsur ketamakkan disitu ye, kalau boleh semua nak dibeli.

Okey, bersempena tengah 'membuyung' ni dan Insha Allah, January 2016 nanti akan memasuki fasa berpantang, adalah wajib untuk aku memiliki e-book dari Puan Masayu yang bertajuk 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu ini, tengok muka depan pun dah meleleh air liur, hihi. Irfa, ingat sikit. Pantang betul2, banyak kot kilogram yang nak dikurangkan lepas bersalin nanti, uwaaaa.


Cover yang menarik, tak sabar tunggu diterbitkan dalam bentuk buku fizikal
lagi best dapat belek-belek masa tunggu mata mengantuk

Jom kita tengok apa ada dalam Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu ini

Bahagian 1: Menu Nasi

1. Nasi Herba
2. Nasi Goreng Lada Hitam
3. Nasi Ulaman Herba Ikan Bakar
4. Bubur Nasi Ulam

Bahagian 2: Ikan

5. Ikan Bilis Herba Istimewa
6. Ikan Bilis Lada Hitam
7. Ikan Gelama Bakar
8. Ikan Kembung Bakar
9. Ikan Parang Masak Pindang
10.Ikan Selar Panggang
11.Ikan Selar Rebus Halia
12.Ikan siakap Kukus Halia
13.Ikan Tenggiri Singgang
14.Sup Ikan Haruan
15.Sup Ikan Merah

Bahagian 3: Daging

16.Daging Lada Hitam
17.Singgang Daging

Bahagian 4: Ayam

18.Ayam Organik Bakar
19.Ayam Organik Bakar Halia Muda
20.Ayam Organik Lada Hitam
21.Ayam Organik Masak Tomato
22. Sup Ayam Kampung

Bahagian 5: Sayuran/Ulaman

23.Kailan bertauhu
24. Kerabu Pegaga
25.Pisang Kebatu Rebus
26.Sawi Lada Hitam
27.Sawi Rebus
28.Sup Sayur Campur
29.Tempe Goreng Istimewa
30.Tumis Sawi Herba
31.Halwa Halia

Bahagian 6: Minuman Herba

32. Air Halia Muda
33. Air Kunyit
34. Air Rebusan Pegaga
35. Jus Halia Kurma
36. Rebusan Manjakani

Bahagian 7: Minuman Kesihatan/ Penambah Susu Ibu

37. Jus Lobak Merah
38. Jus Epal dan Strawbery
39. Jus campuran lobak dan tembikai susu
40. Jus epal dan limau nipis.
41. Jus campuran lobak dan tomato.
42. Jus Celery
43. Jus tomato segar.
44. Shake orange

Banyakkan menu yang boleh dicuba? So nanti takdelah jemu mengadap menu yang sama setiap hari. Kongsi pengalaman 3 anak sebelum ni, menu waktu pantang aku paling popular ialah Sup Ikan Haruan selain dari haruan salai, ikan bilis goreng tanpa minyak, ayam dan jugak daging bakar. Pastinya semua menu tersebut dimakan bersama nasi panas yang di tabur dengan lada hitam yang dikisar halus.

Dalam e-book ni pun ada menu Sup Ikan Haruan tu. Tapi sebenarnya tak mudah nak dapatkan stok ikan haruan segar tau, Kalau kat kampung mungkin senang nak dapat, di bandar ni harapkan pasaraya je lah. Mujur Mydin dekat rumah ni ada jual, tapi kena cepat, terlajak laris agaknya.




RESEPI: Sup Ikan Haruan

Bahan A
- 1 ekor ikan haruan
- 3 cawan air
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 1 keping asam gelugur
- Garam secukup rasa
- Daun bawang dan daun sup dihiris.

Bahan B (ditumbuk)
- 1 sudu makan lada hitam.
- 3 biji bawang merah.
- 2 ulas bawang putih.
- 2 inci halia.

Cara memasak.

1. Potong dan bersihkan ikan haruan dengan air asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir.
Basuh dengan air bersih dan tuskan.

2. Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bahan B sehingga wangi.

3. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih.


Berminat untuk mendapatkan e-Book ni boleh emelkan kepada 
mawarni.sani@gmail.com / Whatapps ke 016-6116459

HARGANYA: RM 30

Comments

paridah said…
XTAU SGT TENTANG EBOOK NI SAMAADA BERBENTUK FIZIKAL R CUMA BOLEH BACA DLM INTERNET CER CITER IRFA..
Dah beranak tu, makan jer la apa orang hidang. Ini minta macam macam... orang suruh buat sendiri karang... padan muka... HAHAHA...
shida said…
wah kak,... tahniah ye pregnant.... mkn puas2,,, nanti kena pantang pulak,
Biarlah rahsia said…
k.bi dh beli 2 3 biji buku ms pesta buku yg lepas...tp kena aware juga...tak semua dlm menu tu sesuai dgn kita yg masih dlm pantang...macam jus strawberi, tomato...mak k.bi tk bg mkn lg tu..limau sunkist yg manis dgn rambutan je dia bg mkn..klu pisang, pisang kebatu dan pisang kelak lega...yg lain mmg tak boleh katanya...
sweetie said…
Mmg menarik dan menyelerakan senarai makanannya...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t