Skip to main content

Baby Aisha: Berjaga-Jaga, Akhirnya Cucuk Insulin Juga

27-30 NOVEMBER 2015

Aku tulis sebagai kenang-kenangan apa yang berlaku sepanjang pengalaman mengandung kali ke4. Mengandung kali ini diduga dengan diabetes sama macam masa mengandungkan KakCik (Hajar). Bezanya masa tu aku cuma di suruh control diet, pernah di masukkan ke hospital untuk 2 malam monitor gula dalam darah dan berjumpa pakar pemakanan tapi belum sampai tahap kena cucuk insulin. Sebenarnya aku dah bersedia mengandung kali ini juga akan ada diebetes sebab masa mengandungkan 'kakcik', doktor ada pesan kemungkinan diebetes akan ada bila mengandung akan datang.

Walaupun aku control diet, result on off, kadang ok, kadang ko. Nak taknak klinik refer jugak aku ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Ada gak mintak excuse, tapi tidak dilayan, huhu. Untuk kebaikkan ibu dan anak seperti kata doktor, aku serah diri ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada petang Jumaat ( 27 Nov 2015).

ini bukan wad bersalin tapi bangunan utama Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
WOW! Wad bersalin baru, kata aku masa memula masuk perkarangan bangunan wad bersalin berwarna pink tu. Teruja pulak, sebab sebelum ni bersalinkan si kakak dan adik di wad bangunan lama. Keterujaan bertambah bila di sambut mesra oleh staf kaunter pendaftaran masa aku hulur buku pink. Dalam hati berdoa, moga dipermudahkan urusan dan bertemu orang yang baik2 selama kat sini. Aku tak pasti berapa hari akan tido di wad, walaupun doktor klinik kata mungkin 1 malam sahaja.

Boleh tahan lama jugak proses dan menunggu untuk dapatkan katil di wad, 4 jam kot aku berlegar2 kat emergency room, tapi nurse baik hati bagi aku tumpang baring kat mana2 katil yang kosong, bila tanya surau kat mana pun, diorang bagi je aku tumpang solat kat bilik rehat diorang dengan alasan jauh aku nak kena menapak ke surau awam. Sekali lagi terima kasih Allah kerana memudahkan urusanku.


Lebih kurang jam 8 malam, barulah aku dapat katil kat wad. Sangat selesa wad bersalin yang baru ni, dalam 1 bilik ada 4 katil dan 2 bilik air, rasa macam kat hospital swasta pun ada.Tiba2 aku rasa macam nak bersalin kat sini walaupun dah booking Hospital Swasta. hehe

Lepas salam2 dengan EnAbe dan anak2, pesan apa yang patut, aku ditinggalkan bermalam di katil hospital, tapi ok je sebab ada kawan baru (1 Malaysia sangat tau kat bilik wad, 2 Melayu, 1 Chinese dan 1 India), hehe.

Boleh tahan meriah bila mereka berdua berborak, aku layan jelah. Bukan selalu. Siap kongsi tip ubati buasir lagi. Buasir ni antara masalah biasa bagi ibu2 mengandung.Nanti aku share ye

pemandangan dari katil aku masa baring, terpampang papan tanda HTJS
Aku bermalam kat katil hospital selama 3 malam. Setiap hari EnAbe datang menjenguk sebelum ke tempat kerja, si kakak dan adik dijaga oleh CikViva sementara dia cuti Sabtu Ahad, dan si abam awal2 lagi dah di hantar  ke umah MakWan bersama sepupu kamcengnya.

kakak dan kakcik lawat umie sebelum dihantar ke rumah adik EnAbe
seronok sangat kat sana sampai taknak balik, dapat main dengan kazen2nya
Semasa di wad, pharmacist datang ajar cara penggunaan insulin dan cara menggunakan pen cucuk insulin tu. Memula cucuk rasa ngeri jugak, yelah first time nak cucuk diri sendiri sedangkan sebelum ni misi cucuk ambik darah pun aku rela pandang dinding, tapi dah try sekali ok je. Jarum tu sangat halus sampai tak rasa pun dah siap cucuk, hehe.

set jarum insulin yang dibekal kan pada aku

Aku kena cucuk 4x sehari ( pagi, tengah hari, petang dan malam sebelum tido). Sambil cucuk, sambil berdoa semoga ia memberi kebaikkan pada aku dan baby dalam perut.

Hari Isnin, aku dibenarkan balik, sebelum tu untuk melengkapkan prosedur wad, aku dibawa oleh nurse melawat ke unit Hemodialisis (siap naik ambulan lagi untuk ke bangunan tesebut). Ini katanya program baru untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang kesedaran menjaga kesihatan terutama kepada yang ada diabetes *aku berdoa sangat2 moga diebetes ni hilang lepas besalin nanti, aminnnn*. Melihat pesakit2 yang sedang menjalani rawatan dialisis betul2 menyedarkan aku tentang pentingnya jaga pemakanan dan kesihatan sementara masih sihat. Ada sorang makcik tu dah meneman suaminya dialisis selama 20 tahun, tengok cara dia pasang alat tu dah macam pakar sangat dah, kalah cik misi. hihi


Pukul 6 petang ( 30 November 2015- Isnin) aku discharge, pengalaman paling best bermalam di wad tanpa rasa stress, kalau sebelum ni dengar nak tido spital, stress bagai nak rak, haha. Amat kebetulan dengan anak2 cuti sekolah, tu pasal tak stress sangat kot sebab tak perlu fikir anak kat rumah. Allah sebaik2 perancang kan?

Update pagi ini:

Misi datang untuk lawatan ke rumah. Check perut, check air kencing. check tekanan darah. Alhamdulillah semua ok, baby dah 35 minggu 4 hari, kedudukan kepala dah kebawah. Walaupun due bersalin 5 January, tapi untuk kes ibu diabetes yang pernah ada sejarah kelahiran baby besar ( abam lahir dengan berat 4.4 kg) maka doktor nasihatkan untuk bersalin pada minggu ke 37 (lagi 2 minggu, huhu berdebarnya).

Andaikata aku tak update blog (mungkin dah bersalin masa tu, aku mintak maaf atas salah silap selama aku berblog dan berbalas komen, kot lah ada yang terasa hati dengan tulisan aku yang tak seberapa ini).

kbai... take care semua


Comments

Kakzakie Purvit said…
Kakak rasa Irfa macam kakak akak kalau pregnant mesti kena diabetic. Nanti bersalin aje masuk hari ke dua aje dah ok. Harap-harap begitulah. Oh.. abam lahir 4.4kg mak ai macam baby dah 3 bulan.

Kalau dah bersalin harap CikViva updatelah blog. Moga baik-baiklah semuanya
Aziela said…
Biasanya lepas bersalin hilanglah. Ok nnt tu. Amiin. Best yer HTJ sekarang. Ishh..akk pula dh lama tutup kilang.
zana-norzana said…
Moga semuanya ok ajer....
paridah said…
dah xlama lagi nak bersalin ya irfa semoga dipermudahkan Allah selamat semuanya
Nieda Ramly said…
selamat bersalin irfa, semoga dipermudahkan
Amie said…
In shaa Allah, segalanya akan dipermudahkan. Cuma, diet pemakanan tu kena jagalah juga ye...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')