Skip to main content

Happy Besday Mama, Terima Kasih Untuk Segalanya

Ni cerita bulan lepas, ada dalam draf, so teruskan je lah

Sebelum berkahwin, masa single mingle dulu
Aku selalu fikir nanti dah kawen, nak kawen dengan anak yatim piatu
eh! betullah, ni bukan rekaan tau

Aku bayangkan bakal suami tu anak yatim piatu
@ pun kalau tak dapat yang yatim piatu
aku harap dia cuma ada mak je, tapi ayah dah meninggal
dan dia takde adik beradik
# sebab aku takut adik beradik dia tak suka aku

sebabnya apa aku takut kalau ada bapak mentua?
aku takut kalau bapak mentua aku suh buat pengat pisang
sebab aku tak yakin boleh buat pengat pisang, huhu
gila punya imaginasi kan?

TAPI...
yang berlaku adalah sebaliknya

aku berjodoh dengan anak sulung (kami sama2 anak sulung)
aku 6 beradik dan enAbe pun 6 beradik
masih punya mak ayah masa tu
* Fil meninggal April lepas, kehilangan Fil masih terasa hingga kini*

aku dapat 5 adik ipar dan enAbe pun dapat 5 adik ipar
wah! besar adik beradik kami kan?

Memandangkan mak ayah aku nun jauh di pantai timur
aku bertuah kerana MIL dekat je (Cheras)
sibuk camne pun, paling lama 2 minggu sekali kami mesti balik jenguk Mil
kalau enAbe sibuk, aku mesti akan ajak dia balik
aku suka masakan mil, masak apa pun sedap
terutama sambal bilis Lenggong dan asam pedas
eh! gulai lemak pun sedap, semua sedap lah, haha

26 Nov besday Mil, tapi kami celebrate awal ( 25Nov) 
sebab kebetulan semua boleh berkumpul hari tu

sambut kat kedai makan area rumah Mil

ni untungnya ada Sil yang pandai baking
sebut je nak kek apa, kelip2mata taraaaaaaaaaa dah siap atas meja

mak buyung order ni je untuk malam tu
Doaku untuk Mil
semoga mama sihat dan ceria selalu
Insha Allah kami akan jaga mama sebaik mungkin
terima kasih lahirkan seorang anak lelaki yang baik dan bertanggugjawab
yang kini jadi suami dan ayah pada anak2ku
# sikecik selalu cakap 'ayah memang yang terbaik didunia, haha
Maafkan menantu sulung mama yang tidak sempurna mana ni
Terima kasih menerima diri ini seadanya


HAPPY BESDAY KE 61 buat MAMA

Comments

paridah said…
happy birthday mil irfa moga sht walafiat selalu...untung irfa mendpt mil yg baik budi n irfa juga sorang menantu yg baik...kebaikan pasti mndpt kebaikan yg lbh lagi.

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Courier Skynet Memang Teruk Ke?

Morning Uolls ... Ni nak tanya sikit sesapa yang baca ni - kalau korang bisnes online, selalu guna courier apa? Pos Laju, GDex, Skynet @ dll? - kalau korang pembeli, penah tak 'terkena' dengan syarikat kurier bernama Skynet? Tadi aku gugel dan jumpa kes hampir sama dengan kes aku,  sini , sini , sini  dan juga sini . Rupanya dah banyak kes pasal Skynet ni ye. Okey, ni baru cerita sebenar.. Minggu lepas, aku 'ter order' satu barang kat FB, tak mahal pun barang tu RM33 je sebab tengah offer. Aku ni memang susah sikit nak order barang online kecuali ia benar2 murah. Kata penjual, 'sekarang promosi dan harga termasuk dengan kos pos' , so laju lah order. Lepas dah bank in, aku wsap dia bagitau dah bayar dan bagi alamat untuk pos. Hari kejadian adalah hari Rabu (minggu lepas). Aku buat kira-kira bodoh .. kalau dia pos Khamis, maybe Jumaat @ Sabtu barang dah sampai (kalau pakai PosLaju macam selalu aku guna untuk pos barang pada customer). Jumaat, barang...