Skip to main content

Belai Diri di Zara's Beauty & Spa

Mencuri sedikit masa sementara Baby Aisha tido
Malam tadi dia tak lena tido, asyik terjaga je
Ntah apa yang mengganggu tidurnya

************

Ini kisah minggu lepas
* ada gambar dalam henpon, sebelum delete jom kita share dulu *

aku dan kawan berjanji ke Zara's Beauty & Spa lepas balik club
baby tinggal bagi enAbe jaga kejap
dekat je ngan rumah aku, dalam 5 minit je drive

Kami ambik pakej sauna, lulur dan mandi susu
wah! best betul rasanya badan
dah lama tak manjakan diri sendiri
*sampai dah lupa bila last aku gi spa/sauna*

ZARA'S BEAUTY & SPA



Pada mulanya kami cuma nak sauna je
masa tu ada promo RM50 untuk 2 orang
Tapi lepas habis sauna, rasa macam tak nak balik lagi
So kami ambik pakej lulur dan mandi susu
cuma tambah RM 70/seorang
servis yang sangat berpatutan dengan harga yang dibayar




masa mandi susu ni rasa macam nak berendam sampai petang
lupa lak aku ada baby kat umah, haha



tempat yang selesa dan santai ala Bali
rezki aku di layan oleh owner sendiri
sedap sangat di lulur sampai rasa nak lepak sampai petang, haha
# next nak try buat facial pulak, tunggu hari free

Sesapa area berdekatan @ saja suka nak cari kelainan dari spa biasa korang pegi
boleh whatapps untuk set appointment

ZARA
019-275 0441


kat situ jugak ada travel agen *mak owner yang punya*
kot lah nak cari pakej pelancongan dan umrah/haji
boleh deal ngan ZMD TRAVEL

Contact number 03- 6188 9777

sekian perkongsian hari ini


Comments

SIQAHIQA said…
murahnyaaaa pakej! diri ini pun dah lama tak ke spa. rasa badan perlu diurut dan disental ni. hihi.
paridah said…
BESTNYA MEMANJAKAN DIRI DI SPA...SAYANGI DIRI N BELAI SELALU HAK TUBUH WAJAR DIBERIKAN.
Izwa Kamaruddin said…
wahhh best nyer dapat belai diri kat spa kan!
sweetie said…
Jom temankan saya pulak...

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...