Skip to main content

PART 1: Family Tiket Terakhir, Jom Kita Ke Sabah

Minggu lepas, 23-25 April 2016 (Sabtu - Isnin), kami sekeluarga bersama MIL ke Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Ini adalah family tiket yang terakhir dari syarikat 'wau bulan' utk en abe. Dah purchase Ogos tahun lepas lagi. Ingat nk gi jauh sikit tp mengenangkan ada baby kecik, kita pilih destinasi dekat2 je, asalkan terbang suda.. Sian anak-anak dah lama tak naik kapal terbang katanya

23/04/16 SABTU

Pagi tu betul2 kelam kabut, kunci jam pukul 6 pagi tapi tangan tanpa sedar off alarm, dan tido balik. Maka berlakulah adegan lompat katil kuasa kilat bila aku terjaga jam 6.45 pagi sedangkan dah janji dengan jiran sebelah minta tolong hantar kami ke airport jam 7.15 pagi. Sib baik semua dah ready, tinggal nak mandi dan sarung je. Fuhhh berpeluk keti mak nak. Bertolak dari rumah jam 7.30 pagi dan bersarapan di Marrybrown KLIA sebab tak sempat sarapan kat umah.


Flight kami MH2610 KUL/BKI jam 9 pagi. Mendarat di BKI jam 12 tgh hari. EnAbe sewa sebuah kereta (Vios) Rm180/per day utk memudahkan kami bergerak kemana-mana.

Lepas ambik keta, terus gerak cari makan. Sambil tengok Bandar Kota Kinabalu yang semakin membangun. Kali pertama aku kesini masa umur kakak 1 tahun ++ kot. Anak sorang lg masa tu. Kiranya dah lebih 10 tahun tak datang.



Kami lunch di Restoren Nasi Padang Ibu di Jesselton Point, Ferry Terminal. Pemandangan menarik, tengok orang naik bot gi pulau. Best restoren tu sebab berangin wpun cuaca panas, so takde lah baby meragam sangat. Bahagian dalam restoren pun ada aircond. Tapi kami pilih meja kat luar sebab nak tengok pemandangan orang naik bot.

Ada kisah kenapa kami makan kt sini. Sebenarnya tiap kali en abe out station ke Sabah, selalu tunjuk gambar makan2, nasiblah dapat wife pemakan cam aku, so aku cakap 'nanti kalau ke Sabah, kena bawak kami makan kat semua tempat abang makan'. Itu lah kisahnya. Kata en abe, ikan terbang dan rendang daging hitam nya sangat sedap, mmg sedap pun. Eh telan air liur pulak bila teringat.


Lepas makan,terus cari apartment yang kami dah booking. Tak jauh dari tempat kami makan. Apartment tu namanya Imago KK Times Square Loft Residences, rasanya bangunan masih baru, tempat parking dekat unit kami pun masih dalam pembinaan. Apartment ni terletak atas shopping complex bernama Imago KK Times Square.

Sewa yang kami dapat untuk hari itu RM808/2 malam. Memang besar dan cantik sangat deco dalam apartment tu, rasa mcam nk duk lama2 je. Ada 2 bilik dan 2 bili air. Bilik kami ada 1 katil king dan 1 katil single. So abam tido sebilik dengan kami. 1 bilik lagi ada 2 katil single, just nice untuk kakak, Mil dan kakcik. Anak2 suka sebab ada buai cantik. Dah kenyang makan, lepas mandi semua hanyut dibuai mimpi.



Malam tu lepas maghrib kami keluar cari seafood yang kata org 'seafood murah kt sabah, rugi kalau ke Sabah tak makan seafood'. Area tak jauh dari apartment kami duduk, seberang jalan je. Anjung Senja Seafood katanya. Tepi muara kot, banyak gerai makan. Pilih je mana yg brkenan. Kami pilih utk shell out. Ala.. Makan pesen letak selerak atas meja tu. Dia punya menu dah siap pakej harga. So pilih ikut bajet poket korang. Meh tgk gambar



Lepas makan singgah pasar yg jual souvenir, Mil borong brooch utk anak mnantu nya sebagai kenangan. Pastu kami jugak ke pasar yang menjual makanan tradisi yg nama nya Keropok Amplang. Kat situ aku beli ikan bilis dan udang kering yg orang kirim.

Sedang syok memborong, henpon berdering2 en abe call bgtau baby SAA dah melalak nak keluar anak tekak sebab lapar susu dalam keta, hihi. Lupa pulak aku ada baby tecit. Klu dia tak melalak, konfem lama lagi aku kat situ

Okey jom balik tido. Esok ada misi naik gunung, haha


Comments

paridah said…
seronoknya irfa n famili jln2 ke Sabah...baby Aosya pun xmeragam berjalan jauh
isme_cv said…
Seafood shell out tu...makcek tgk gmbar jolah...hukhukk

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...