Skip to main content

My Last Tickets is B.U.R.N

Salam Jumaat
Tajuk omputeh konon, abaikan kalau grammar ke laut, haha
Post ini ditulis sebagai kenangan, tiada kaitan dengan yang hidup @ dah mati
Sepatutnya pada waktu entri ni ditulis
Aku sedang berpeluh ketiak tawar menawar dalam Pasar Ben Thanh
haha


ni kalau CikViva baca
konfem gelak dengan kakak sengal dia sorang nih
nasib baik lah dia bertangguh2 beli tiket
kalau tidak, dengan tiket dia sekali BURN jugak

Dibawah ini adalah ticket terakhir aku sebagai 'airline staff'
Ticket ke Vietnam hari ini 6 May 2016



Masa diberi notis oleh kompeni, bagi sesiapa yang Exit Ogos 2015, mesti habiskan tiket sebelum Jun 2016, aku buntu nak pilih destinasi, masa tu aku dah tahu 'baby' akan lahir samada Dec@Jan. Tapi aku gamble pilih Vietnam, konon masa tu baby 4/5 bulan, mungkin aku boleh tinggal kejap dengan Mak aku @ Mil.

Cadangnya nanti nak ke Vietnam bulan May dengan CikViva, sambil shopping baju raya, makan pho mee dan minum kopi ais kaw. Tapi kita hanya merancang, Dia yang menentukan. Walaupun aku dah bersedia dengan susu siap pam untuk baby bila di tinggal 2 hari 1 malam nanti.

Tapi bila tiba tarikhnya, aku pulak berbelah bagi. Tak dapat membayangkan dia mencari2 aku, walaupun semua orang ada depan mata manakan sama dengan Umie Cayang, ahak ahak. Ditambah pulak dengan macam2 kes yang kini viral tentang Vietnam (kes kena scam, culik, bunuh, kuat tak alasan aku? haha).

Takpe lah, moga tiket yang BURN ni akan di ganti dengan tiket ke Europe, sapa tau kan?

Okeylah korang, sekian entri luahan hati, cukup2lah mengenang perkara yang dah lepas, cepat sidai kain dalam bakul sementara baby tengah tido tu, hihi.

Comments

paridah said…
SALAM JUMAAT IRFA...MESTI ADA HIKMAH XDPT KE VIETNAM...NANTI BOLEY FLY KEMANA SAJA BILA AISYA BSR SIKIT..
makchaq said…
Biasa la mak2.. makchaq pun jenis tak sampai hati nak tinggai anak2 pi mana2 kecuali urusan kerja atau bila keadaan tak mengizinkan...
Kalau saja2 memang x boleh nak tinggai..
isme_cv said…
Insyaallah..mne tau rezeki aisha nk naik flight 13 jam pulak pasni.. huhu
Puan Eka said…
InshaAllah mana tau lpasni rzki ke tempat lain plak hehehe aminn

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...