Skip to main content

Bila Depan Rumah Jadi Port Kucing Berak

Hai Blog
Lama tak singgah, syukur masih ingat password, haha
Okey, ini post kat FB tadi, saja post kat Blog pulak, rindu nak update blog

Ini kisah taik kucing, haha

yang putih2 bertaburan tu sabun serbuk ye, bukan salji, haha

semai balik bayam brazil ni,yang semai semalam terpaksa buang, geli pulak aku bila terbayang taik nya, oh aku letak sudu plastik sebagai usaha mengelak dia berak lagi kat situ


Emmmm
Dah lama aku tak bercerita tentang masalah negara yang aku alami, iaitu masalah depan rumah yg di jadikan toilet oleh kucing2 terbiar di taman ni. Tiap pagi sebelum keluarkan kereta, tahap wajib kena ceduk buang taik dulu
Tak bercerita bukan sebab dia dah insaf tak berak situ, tapi sebab aku malas nak peningkan kepala. Dia berak, aku ceduk buang. Aku ceduk buang, dia berak lagi.
Begitu lah kesah sampai abang Jamil mampus, hehe
Beberapa hari lepas aku ada terbaca pasal tips TuanKHM, dia tabur sabun basuh jenis serbuk di tempat kucing berak. So aku pun cuba lah pagi ni, selepas Subuh aku dah tabur sebab aku tahu dia akan berak lebih kurang pukul 7 lebih sebelum hantar Kakcik sekolah
Wah! Teruja bila nampak memang dia tak berak, tapi....... muskil bila bau semerbak. Cari punya cari, rupanya dia membuang baik punya, selambak penuh dalam pasu yg aku baru semai pokok Bayam Brazil semalam.
Gambar yang penuh taik tu tak sampai hati nak letak. Kang ada yang muntah ðŸ¤® pelangi nanti. Banyak weh, macam ada 2 ekor yg berjemaah berak dalam tu. Terpaksa lah aku cabut buang pokok yg aku semai semalam (ni baru tanam balik) dan aku tambah dengan cucuk sudu plastik (moga ter cucuk bontot nya kalau cuba2 membuang kat situ lagi)
Kot ada yang terdetik nak kata aku tak mesra kucing, silakan. Aku memang tak mesra kucing tapi belum lagi tahap sepak @ meracun macam yg pernah berlaku. Dulu aku pernah bagi kucen liar makan, dan aku juga pernah cuba bela anak kucing yg hampir kena langgar, tp mungkin ilmu kekucingan tu kurang, tak panjang umur kucing tu
Sebenarnya dah macam2 tips aku dah cuba. Antara nya
- tuang cuka
- botol sirap merah
- siram petrol
Dan beberapa lagi yg aku dah lupa
Tapi on off gitu lah
Emmm
Sekian kisah ku (rasa2ada ke yang baca ni?) haha

Comments

Warisan Petani said…
Mudah2an kucen2 tu tak berak depan rumah lagi.
Belakang rumah okay kot.
Aryan azra said…
saya pun bukan tak mesra kucing tapi takut nak mesra sebab risau jadi macam tu lah, bila kita bagi makan nanti dia pegi membuang dirumah jiran2 dah satu hal menyusahkan jiran2 pulak.
sweetie said…
Hang simen atau tar je tempat yang dia selalu 'melepas' tu... Pasu-pasu sayur tu 'sorokkan' dulu... atau letakkan kat tempat tinggi... carilah kekdah yang boleh kucing2 tu dah takde peluang nak berak kat area2 depan rumah tu.
Rumah Kuning said…
lama tak singgah di sini.sihat ke? kita pun ada tanam bayam brazil. senang hidup
Nizam.Ariff said…
Salam Aidilfitri.
Salam maaf zahir dan batin.

Rasanya isu ini isu yg global, aku dah tahap merelakan sebahagian kawasan untuk 'ditakluki'... Asalkan baunya tak dihala angin masuk ke rumah
sudipVSsenduk said…
dulu pernah try letak serbuk kapur barus, sekali hujan daaaa...
dee said…
baca.sebab baru rasa nak menulis semula
Unknown said…
berbelas tahun hadap masalah ni..dari tanam rumput mutiara..tukar ke rumput japanese..tukar ke filipine..last skali jadi hutan depan rumah sbb geli nak buang taik dia..bkn takat berak..dia main kencing ja kat curtain gazebo..baju yg terjatuh dr ampaian...2017 saya tukar ke rumput plastik ..pun diberaknya jugak.. last saya pinjam perangkap musang abang ipar..umpan ikan temenung goreng..skali masuk 2 ekor..saya hantar ke market..klu tanya tuan kucing masing2 menikus ja bila sebut...kucing saper ni berak kar garden saya..meh mai buang taik lekas...semua pakat diam..lps seminggu saya p beli sendiri sangkar musang tu..setakat hr ni saya rasa dekat 30 ekor saya hantar ke market...saya x kisah kalau takat datang tumpang berteduh..sy x tahan sbb mai dok kencing kat curtain gazebo..berak merata..mcm2 petua buat..muntah atas cermin kereta pun pernah..huhuhuhu... pagi tadi pun nampak ada lagi sekor..saya bela arnab..takot dia mai attack arnab2 saya sepeninggalan saya keluar bekerja jer
AhkakGeli said…
Erm...nak kata suka kucing, tak juga
nak kata benci, tak juga

tapi kalau dah berak merata dan sampai terganggu kite, kite pun tak shelesheeeee

ida said…
Saya pun ade masalah yg sama... 😩😩😩
Sya duduk di rumah flat tgkt 4, rumh yg membela kucing tgkt 2..kucing sggup naik ke tgkt 4 utk buang hajat dia setiap hari... Pagi2 sblm g kerja dh ade hadiah dr dia..balik kerja ade lagi.. Saya rasa nak menangis... Benda ni buat sy stress smpai ke tmpt kerja... 😞😞😞 mcm2 petua yg diberi dh cube.. Letak sabun, letak cuke, letak klorok, letak kari, serbuk cili.. Semua dah... Semua xjalan.. 😫😫😫😫.sy xtahu smpai bile saya nak tanggung masalah ni.. Tuan punye kucing xrasa bersalah langsung...
Anonymous said…
Saya pun mengalami masalah yg sama..
Tak tahu siapa pemilik kuching tu...
Kuching tu dok berak sepanjang2 di depan rumah saya..
Pernah dia berak cair tapi nasib baik saya tak terpijak..
Adoii sbb tu kena kat bangsa lain mahu mereka bunuh kuching tu..
Irfa said…
Ye
Kurang2 blkg takde la seteruk di depan huhu
Irfa said…
Ye
Bila dah bagi mkn
Dia akn selalu dtg
Dh mcm kita mmbela dia pulak
Nt jiran2 igt kita tuan nya huhu
hakita said…
bau dia menghantui.. mcm2 terbawa2 di mana2 saja
Unknown said…
Saya pun mengalami masalah yang sama,setiap pagi sebelum turun kerja mesti cedok tahi kuching di depan laman rumah,itu memang rutin pagi sebelum turun kerja,aku pun dah naik bosan,guna tu guns ni pun tak berkesan,camna ya?
Unknown said…
sy pun mengalami masalah yang sama....tuan kucing tu siap sound lagi...kucing tu binatang xde otak...kucing xbersalah...pdhal tuan kucing tu xde otak...xpaham hukum agama...kan berdosa buat jiran terganggu...
Unknown said…
hmm..samala kita..mcm2 dh cuba..tinggal racun je blom..hrp x smpai thp tu lg la..tp x mustahil klu dh stress sgt..ala pon blh jd
akubiomed said…
Kalau boleh saya tidak mahu kucing buang najis dihalaman rumah. Sudah bermacam-macam petua tetapi satu pun tidak berkesan. Akhirnya saya pasang Motion Detected Sprinkler perinjis air. Barulah masalah selesai. Kucing tidak berani mendekati halaman rumah.
Anonymous said…
depan rumah hari2 kucing berak. tuan kucing rumah dia tak pula kena berak. dah macam2 tips cuba. cili kari cuka botol merah clorox. hari2 wei kena buang yg paling sedih aku dh cuci bersih2 wangi, esok hari dia mai berak lg lepastu laki aku cakap aku tak cuci bersih pula. ya allah... sedih weii aku penat2 berus sapu mop apa semua dah tp kena cakap tak bersihkan... tuan kucing tu berdosa besar la sampai buat rumah tangga aku ni dingin sbb taik kucing.
Mummy said…
Emmmmmmmm sangat spoil mood hrni..terbaca lak psl isu ni saat mnimpa diri..pgi ni masak bfast sedap kali sy kluar rumah..nk tgk keadaan rumput plastik...blonggok2 pula mcm gunung dia buat...dia nk cover taik dia...vavi punye kucing..sy xdela x sk kucing tp sy resdung..kucing blkg rumah sy bg mkn..xdela mbuang taik..tp kucing liar depan rumah..asyk ambk port je nk mbuang..slalu dia kncing..dah letak botol sirap..letak limau...ase tcabar jgk nk letak racun🤣🤣 smpi gadu jgk gan suami sbb asyk sy je nk settlekan isu ni...penat weiiiii..dah la sy tgh mnanam tmbuhan lain kat situ..dkt situ jgk dia pg buang taik hrni..biasa kncing je..hrni dia bagi hadiahhh besooo kat sy..trasa nk sebat je bontot meow tu...aihhh skt ht.... Tolonglaaaa sy....tolongggggg😭😭😭😭😭
Miss nobody said…
Salam. Menjadi tak tips letak sudu plastik tu?
Pondok Ajip said…
Saya dah cuba guna ubat gegat. Memang berkesan.

https://pondokajip.blogspot.com/2020/09/cara-aku-elak-kucing-dari-melepasberak.html
Anonymous said…
Samala nasib kita.. X bela kucing tp rumah jd tempat kucing dan anjing mem buang.. Hr2 kita lak nk kena bersih Kan najis dia.. Satu rumah bau.. Dalam pagar kucing berak.. Luar pagar penuh tahi anjing. Xtau kenapa dpn pintu pagar rumah jg jd port anjing berak.. Agaknya sbb dia terbaru tahi kucing dlm pagar kot.. Dah Mcm2 cara buat..kejap je ok.. 2-3 lps tu dtg balik..
Anonymous said…
Sama masalah kita... Sabor jer lah... Stress tahap gaban... Habis 2 bekas semaian pokok cili n bayam Brazil kena buang... Emmm

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t