Hai Blog
Lama tak singgah, syukur masih ingat password, haha
Okey, ini post kat FB tadi, saja post kat Blog pulak, rindu nak update blog
Ini kisah taik kucing, haha
yang putih2 bertaburan tu sabun serbuk ye, bukan salji, haha |
semai balik bayam brazil ni,yang semai semalam terpaksa buang, geli pulak aku bila terbayang taik nya, oh aku letak sudu plastik sebagai usaha mengelak dia berak lagi kat situ |
Emmmm
Dah lama aku tak bercerita tentang masalah negara yang aku alami, iaitu masalah depan rumah yg di jadikan toilet oleh kucing2 terbiar di taman ni. Tiap pagi sebelum keluarkan kereta, tahap wajib kena ceduk buang taik dulu
Tak bercerita bukan sebab dia dah insaf tak berak situ, tapi sebab aku malas nak peningkan kepala. Dia berak, aku ceduk buang. Aku ceduk buang, dia berak lagi.
Begitu lah kesah sampai abang Jamil mampus, hehe
Beberapa hari lepas aku ada terbaca pasal tips TuanKHM, dia tabur sabun basuh jenis serbuk di tempat kucing berak. So aku pun cuba lah pagi ni, selepas Subuh aku dah tabur sebab aku tahu dia akan berak lebih kurang pukul 7 lebih sebelum hantar Kakcik sekolah
Wah! Teruja bila nampak memang dia tak berak, tapi....... muskil bila bau semerbak. Cari punya cari, rupanya dia membuang baik punya, selambak penuh dalam pasu yg aku baru semai pokok Bayam Brazil semalam.
Gambar yang penuh taik tu tak sampai hati nak letak. Kang ada yang muntah 🤮 pelangi nanti. Banyak weh, macam ada 2 ekor yg berjemaah berak dalam tu. Terpaksa lah aku cabut buang pokok yg aku semai semalam (ni baru tanam balik) dan aku tambah dengan cucuk sudu plastik (moga ter cucuk bontot nya kalau cuba2 membuang kat situ lagi)
Kot ada yang terdetik nak kata aku tak mesra kucing, silakan. Aku memang tak mesra kucing tapi belum lagi tahap sepak @ meracun macam yg pernah berlaku. Dulu aku pernah bagi kucen liar makan, dan aku juga pernah cuba bela anak kucing yg hampir kena langgar, tp mungkin ilmu kekucingan tu kurang, tak panjang umur kucing tu
Sebenarnya dah macam2 tips aku dah cuba. Antara nya
- tuang cuka
- botol sirap merah
- siram petrol
Dan beberapa lagi yg aku dah lupa
Tapi on off gitu lah
- tuang cuka
- botol sirap merah
- siram petrol
Dan beberapa lagi yg aku dah lupa
Tapi on off gitu lah
Emmm
Sekian kisah ku (rasa2ada ke yang baca ni?) haha
Sekian kisah ku (rasa2ada ke yang baca ni?) haha
Comments
Belakang rumah okay kot.
Salam maaf zahir dan batin.
Rasanya isu ini isu yg global, aku dah tahap merelakan sebahagian kawasan untuk 'ditakluki'... Asalkan baunya tak dihala angin masuk ke rumah
nak kata benci, tak juga
tapi kalau dah berak merata dan sampai terganggu kite, kite pun tak shelesheeeee
Sya duduk di rumah flat tgkt 4, rumh yg membela kucing tgkt 2..kucing sggup naik ke tgkt 4 utk buang hajat dia setiap hari... Pagi2 sblm g kerja dh ade hadiah dr dia..balik kerja ade lagi.. Saya rasa nak menangis... Benda ni buat sy stress smpai ke tmpt kerja... 😞😞😞 mcm2 petua yg diberi dh cube.. Letak sabun, letak cuke, letak klorok, letak kari, serbuk cili.. Semua dah... Semua xjalan.. 😫😫😫😫.sy xtahu smpai bile saya nak tanggung masalah ni.. Tuan punye kucing xrasa bersalah langsung...
Tak tahu siapa pemilik kuching tu...
Kuching tu dok berak sepanjang2 di depan rumah saya..
Pernah dia berak cair tapi nasib baik saya tak terpijak..
Adoii sbb tu kena kat bangsa lain mahu mereka bunuh kuching tu..
Kurang2 blkg takde la seteruk di depan huhu
Bila dah bagi mkn
Dia akn selalu dtg
Dh mcm kita mmbela dia pulak
Nt jiran2 igt kita tuan nya huhu
https://pondokajip.blogspot.com/2020/09/cara-aku-elak-kucing-dari-melepasberak.html