Skip to main content

RUMPUT HIJAU DI LAMAN ORANG



Saja nak share cerita dengan korang. Nak dengar tak?

Taknak dengar pun takpe, aku tulis sebagai kenangan akan datang
😁

Alkisah ... 2 hari lepas aku ke Mydin. Dan terserempak dengan ex rakan sekerja dulu. Actually dia level bos, aku level kuli je. Tapi bos department lain dan umur lebih kurang sebaya, tu pasal boleh ber kau aku je

Bertegur sapa lah kami berbasa basi. Dia masih kerja lagi katanya dan dia tanya aku buat apa sekarang. Aku cakap la yg aku sekarang dengan Oil & Gas kat dapur rumah je (lawak hambar) #siscuba

Lepas tu dia tanya lagi ‘banyak ke pampasan ko dapat tu hari?’

Aduhaiii... kisah tu 4 tahun lepas kot, gunung pun kalau hari2 di tarah boleh rata tau tak (tapi aku jawab dalam hati je la)

Dan dia tambah lagi sebaris ayat

‘Ko tak pe la, ada laki. Hulur je mesti dapat. Aku ni semua benda nak kena tanggung. Semua benda nak kena bayar. Kalau tak kerja, nak makan apa’

🥶

Aku cuma mampu tersenyum sehabis manis yg boleh

Kesimpulan yg bersimpul nya disini ialah

Kita selalu merasakan hidup orang lebih mudah dari kita, lebih senang dari kita. Reality nya... takkan semua kita nak cerita kat orang. Cerita pun dapat apa?

Apapun semua sangkaan dan tanggapan dia pada aku, aku cuma amin kan je. Bukan susah pun kan. Moga aku akan lebih KAYA & BERJAYA

😌

#KakMawarBercerita

Comments

AtieYusof said…
Betul tu sis..orang hanya tahu menilai secara luaran.. huhu
yg mengalami ni depa tak tau mcm mana rasa..senyum je jln terbaik.. :)
~kokocincau~ said…
Nak tinggal jejak juga kat blog ni..😉😉
Irfa said…
Kannn
Senyum je lah
Semoga anggapan baik mereka pada kita tu jadi doa yg baik jugak
Irfa said…
Tq singgah
Blog ni dh byk sgt sawang😄
Shaza said…
Yang kelihatan indah-indah jerr..sedangkan yang mengalami sendiri rasa.

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...