Skip to main content

Pergorbanan Ayah & Ma Yang Takkan Ku Lupa

Kembali ke Blog setelah sekian lama berkampung di FB

Aku rasa tak mampu luahkan semua di blog, ramai sedara mara di situ. Aku malu nak meluah apa yg aku rasa. Tapi aku perlu menulis... supaya aku tenang

Semalam... aku tak boleh tido. Sempat layan telemovie bertajuk Mak Tak Bagi Balik. Kisah kerinduan Ayah pada anak perempuan sulung nya bernama Rosnah yg tinggal di asrama. Sangat menyentuh hati untuk aku yang baru kehilangan Ayah. Berkali2 aku menangis tengok watak si Ayah yg di lakon kan oleh Khir Rahman. 

Walaupun kami bukan lah ‘miskin’ macam tu, tapi sebagai anak sulung, aku jadi saksi macam mana susah payah Ayah & Ma membesar kan kami dengan kerja kampung.

Selama aku membesar (sekurang2nya selama 19 tahun aku di kampung sebelum merantau bekerja)

Ayah melakukan banyak pekerjaan selama hayat nya. Masa aku lahir, Ayah dah menoreh, selepas tu kerja buruh bangunan di Singapore yang 3/4 bulan sekali baru balik, beberapa lama kemudian Ayah balik ke kampung dan bekerja sebagai penebang pokok balak, kerja yg sangat berisiko (ada kawan2 Ayah yang maut di timpa pokok). Ayah juga pernah hampir di timpa pokok, luka pada mulut dan tangan terkena mesin tebang pokok, tapi umur masih panjang. Setiap kali Ayah keluar masuk hutan (selalunya 2/3 minggu baru balik) aku akan berdoa setiap malam sebelum tido, supaya Ayah selamat kembali ke rumah

Ma membantu Ayah dengan menjahit. Aku selalu terjaga dari tido dengan bunyi mesin jahit Ma di awal pagi & aku juga jadi saksi lihat Ma cuma mampu tengok angka pendapatan di buku upah menjahit tapi semua nya di guna utk famili (mungkin Ma juga teringin nak beli barang kemas macam orang lain dengan hasil menjahit nya itu)

Bila aku dah berhijrah (umur 19 tahun) aku minta Ayah berhenti kerja tebang balak. Walaupun aku tahu, kiriman wang bulanan yg aku bagi tidak mencukupi, sekurang2nya Ma lebih tenang bila Ayah berada depan mata. Sejak itu, Ayah buat kerja bertukang rumah dan kembali menoreh untuk membesarkan adik2 yg lain

Aku memulakan kerjaya pertama di usia 19 tahun & menumpang di rumah saudara (di Subang & Shah Alam) lebih kurang 6 bulan sebelum berpindah tinggal di rumah sewa dengan kawan2 kerana lebih dekat dengan tempat kerja (Klia)

Sehingga hari ini, aku tak lupa pada 2 orang makcik (sepupu Ma) yg menumpangkan aku di rumah mereka sehingga aku boleh berdikari.

Jodoh ku datang awal. Itupun aku dah penat dengar Ma suruh aku bawak calon cepat klu betul ada yg serius (aku tahu Ma Ayah risau kan aku kerana jauh dari keluarga). 

Cuma setahun setengah aku tinggal bujang, bila kenal dengan enAbe yg menunjukkan tanda2 serius dengan hubungan kami, aku terus terima lamaran nya

Tapi sampai kini aku teringat Ma pernah cerita, minggu2 terawal aku hijrah dari kampung, Ayah selalu masuk ke bilik yg ku tinggal kan (Ma cakap, Ayah rindu) 😢

Bersambung....

Comments

paridah said…
MENULIS JUGA TERAPI MINDA IRFA..TENANGKAN HATI DGN MENULIS DI BLOG...KAK PUN SUKA MENULIS KAT BLOG DARI FB...LUAHAN HATI
Irfa said…
TQ kak
Sudi singgah
Mujur masih igt password😂

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...