Skip to main content

Yang Paling Ku Rindu Tentang Ayah





Hari ke14 Ayah pergi
Terasa Ayah ada lagi. Tambahan pula aku di Nilai, terasa macam Ayah ada di kampung & aku akan balik jumpa Ayah lagi nanti

Terbayang2 yang Ayah akan buka pintu bila kereta sampai. Ayah peluk cucu2 sambil tersenyum & paling aku rindu, dapat salam tangan Ayah yg kasar itu. Tangan yg dulu nya aku rasa besar & kasar, tangan yg buat aku rasa selamat.

Perkara yg akan aku rindu & tak mungkin lagi dapat aku ulangi ialah bersama2 Ayah ke Pasar Tani. Kalau Ayah datang rumah aku & kebetulan hari Ahad. Kami berdua akan ke Pasar Tani Pekan Salak. Kalau balik kampung pula, ke Pasar Tani Guchil

Berjalan berduaan dengan Ayah, serasa aku kembali ke zaman kecil. Turun dari kereta, aku mengekori Ayah ke gerai jualan tulang & daging, selepas tu ke gerai sayuran & buah. Sebelum membeli, Ayah tanya ini okey tak? Yg tu nak tak? Walaupun aku sebenarnya bukan nak makan sangat, tapi aku suka dapat membayar apa yg Ayah beli. Ayah akan pegang semua plastik walaupun aku nak bawak, kalau penuh tangan nya... baru Ayah bagi plastik yg isi nya paling ringan utk aku bawak. Balik ke rumah, Ayah akan masak menu kegemaran kami. Sup Daging @ Sup Tulang @ Perut Air Asam. Pasti nya sangat sedap pada kami.

Aku suka saat berdua dengan Ayah dalam kereta. Bercerita tentang keluarga, tentang hal adik2, tentang kisah semasa.

Bila Ayah datang, segala yg rosak di rumah terutama paip, Ayah akan baiki. Pisau dapur pasti tajam bila Ayah datang rumah aku

Ayah... kak rindu Ayah. Rindu sangat2
😢




Comments

Mulan said…
Moga roh ayah kita dicucuri Rahmat bersama mereka yg beriman
Mak anak enam said…
Lama tak jengah blog....salam Takziah dari akak ...mak akak pon kembali kerahmatullah pada june 23 moga mereka aman damai dialam sana aamin

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...