Skip to main content

Posts

Jangan DiCucuk Sarang Tebuan Itu

kenal ni? kat kampung aku panggil 'kuih saghe tebue(sarang tebuan)' kampung korang panggil apa? kuih ros ke?maaf kalau silap yang ni pulak 'sarang tebuan' gambar dari sini encik tebuan bersama sarangnya lagi satu,korang penah kena sengat tebuan? aku penah rasa beberapa tahun yg lalu masa tu kat kampung sehari sebelum adik aku kawen kisah terjadi masa aku nak pakai kain batik tengah elok susun lipatan kain tu rasa pedih semacam rupanya en tebuan entah datang dari mana sengat tangan aku esoknya,salam pengantin dengan sebelah tangan size M sebelah lagi XXL huhu apa kaitan -kuih sarang tebuan? -sarang tebuan? -sengat tebuan? ye betul semuanya ada perkataan TEBUAN emm *tarik napas dan hembus* sabar aku ada hadnya.. dan pesanan ikhlas 'Jangan Di Cucuk Sarang Tebuan Itu' daaa

Roti Arab,Ya Habibi Ya Maulana

(*_*) Assalamualaikum,selamat pagi dan salam 1Malaysia untuk semua. sihat ke hari ni? okey..kita citer bab makan tak abis2 kisah makan.huhu hari ni sarapan merangkap lunch terus nasi goreng dan sardin seketul total lost rm2.70 murah gile kan? bukan kafe pakcik mahal kat sebelah tu kalau kat situ paling tidak rm3.50 sen ini aku beli kat kafe bangunan sebelah  kebetulan aku kesana sebab nak jumpa adik ala dia yang aku citer baru dapat keje tu okey..cerita lain kenal apa ni?apa?tak dengar...sekali lagi ini apa?okey..betul..ini namanya Roti Arab.boleh didapati dikedai berdekatan rumah anda.Dah banyak kali aku nampak roti ni tapi tak pernah membeli dan juga mencuba makan.Saja la beli masa ontheway nak pegi melawat adik lelaki yang admitted kat spital gara2 suspect denggi last week.Masa beli tu aku tapaukan sup ayam sekali.Sempat la aku belasah sekeping masa tengok dia kat spital.Orang sakit mampu pandang je makanan,dah hilang selera tap...

Adik Genap 3 Tahun dan Marry Brown Sendayan

senyum pesen baru bila suh senyum je..cam ni rupa dia Today,09 Januari 2013 3 tahun yang lalu pada tarikh yang sama tapi di tahun 2010 aku menjadi ibu untuk kali ke 3 bertempat di Hospital Besar Tunku Jaafar,Seremban jam 8.58 malam lahirnya seorang bayi perempuan seberat 3.3 kg kelahirannya memang dirancang dan dinantikan ingat lagi bila en abe tiba2 bersuara lokasi dalam kereta di traffic light  'abang rasa nak baby lagi la' itu permintaan en abe dalam perjalanan balik ke rumah lepas menziarah adik ipar yang bersalin anak no4 aku masa tu tergaru2 kepala ingatkan cukupla 2 orang anak je alhamdulillah..sebulan selepas ayat itu,aku pun peknen macam2 dugaan sepanjang mengandungkan dia diuji dengan kencing manis mujurlah dah hilang lepas je bersalin apapun..pejam celik pejam celik dah 3 tahun umurnya mulut dah makin petah berkata2 kelaku pun dah banyak masih gagal untuk free diapers.huhu   dan dialah  'penyeri ruma...

Happy Besday Ichik dan Kenny Rogers,Kau dah berubah

Kalau sapa baca blog aku mesti perasan yang watak2 utama dalam cerita aku ni adalah aku (haruslah ada cerita aku,dah blog aku kan) kisah anak2 dan sesekali en abe.Watak selingan pula ialah cikviva dan ichik (mereka adalah adik2 aku) .Kerana kami duk area berdekatan,maka sabtu ahad rumah aku adalah 'rumah tumpangan' mereka.Kalau diorang tak datang mesti anak2 aku akan bertanya 'hari ni cuti kan?nape makcheq/ichik tak datang?'. Alkisah..Ahad yang lalu adik lelaki membelanja kakak2 dan adiknya mengisi perut di KR sempena pra-besdaynya (besday dia patutnya 8hb hari ni tapi jatuh pada hari bekerja..maka kami (kakak2 dan adiknya) memaksa dia bawak kami makan2 pada hari Ahad je..kisah seperti yang diceritakan di blog cikviva ,gambar pun cilok dari blog dia.haha) antara set yang kami order takpe..aku tukang order besday boy yang membayarnya ;)  Macam biasa la..order,makanan sampai ambik gambar dulu sebelum makan.huhu (itu bukan aku..ada la orang tu..lalalalala)   ma...

Burger Bakar Abang Burn

Morning u oll's hari ni kita berkisah tentang makan tapi ini kisah minggu lepas ada dalam draft,baru hari ni nak karang cerita huhu layan jelah ye  sebelum tu nak tanya korang bersarapan makan apa? aku sarapan dengan sebiji telur di apit 2 keping roti walaupun hati meronta2 nak makan nasi lemak huhu okey..meh layan gambar Burger Bakar    ni le rupa burger bakar yg kami order ini paling rendah la kot ada yang size lagi tinggi dari yang ini ambik dari blog ni sebab sendiri punya gambar adalah blur  orang lain dah lama makan ni siap tunjuk gambar kat blog post gambar kat FB  tapi aku baru je merasa apa tu? ye burger bakar ni makan kat Burger Bakar Abang Burn Cawangan Bandar Baru Nilai aku tak ambik gambar pun masa makan tu gambar tak terang sangat sebab malam lagipun malam tu ramai orang meja banyak penuh terpaksa kongsi dengan satu pasangan lain malu la ai nak keluarkan camera ambik gambar nant...

Kebaikkan Vitamin C

Ok..ni bukan bertujuan mempromosi ye kenkawan semua.Aku tidak menjual apa2 produk kesihatan @ produk kecantikkan buat masa sekarang (masa akan datang aku tak pasti sebab kita tak boleh membaca hari depan) . Kenapa aku tidak berani menjual?sebabnya aku sedia maklum dengan statement  'kalau nak menjual produk kecantikkan,haruslah lihat diri sendiri' hehe (aku pun selalu pandang orang dulu sebelum membeli,kalau dia pun size xxxl pastu jual produk kurus,aku akan fikir 16kali sebelum percaya dan kalau dia 'bermuka suram' aku check sendiri testimoni produk itu sebelum beli produk kecantikkan yang dia jual.jadi aku sedar diri,maka aku tak berani menjual apa2 produk pun).  Dipendekkan cerita..last week singgah baca blog kakciknurseroja tentang kebaikkan vitamin C kepada kita ,jadi aku pun terlintas nak share pengalaman sendiri.wah!macamlah dah ada kesan..hehe.ops sebelum tu aku terperasan ramai jugak yang masuk blog aku dengan keywords 'evening primrose oil' ini mu...

AJL 27

Malam tadi aku layan AJL ke 27,macam tak percaya sebab aku boleh bertahan sampai habis.Kalau tak kerana adik2 ada kat rumah,konfem aku dah lama belajar ke lautan mimpi @ duk melayan channel Korea,393.Tapi disebabkan mereka maka aku bertahan dan layan sekali..hehe Keputusan penuh AJL ke27,sumber dari sini sebab aku ingat2 lupa siapa pemenang walaupun tengok dari minit pertama sampai ke minit akhir.huhu Vokal Terbaik -Ku Akui (Hafiz) Persembahan Terbaik -Teman Pengganti (Black ft Malique) Tempat ke 3 -Ku Akui (Hafiz) Tempat ke 2 (Naib Juara) -Idola (Azlan & The Typewriter) Tempat Pertama (Juara) -Terukir di Bintang (Yuna Zarai) Okey..itu keputusan juri profesional.meh aku pulak bagi komen..wow,ngalahkan juri ko ye nak nak bagi komen bagai.layankan je ;) Aku peminat Yuna Zarai sedikit kecewa bila bukan Yuna sendiri bawak lagu tu tapi memahami yang Yuna ada hal lagi penting nun di luar negara maka Aizat dihantar sebagai wakil memang sangat tak mengecewakan. ...