Skip to main content

AJL 27



Malam tadi aku layan AJL ke 27,macam tak percaya sebab aku boleh bertahan sampai habis.Kalau tak kerana adik2 ada kat rumah,konfem aku dah lama belajar ke lautan mimpi @ duk melayan channel Korea,393.Tapi disebabkan mereka maka aku bertahan dan layan sekali..hehe

Keputusan penuh AJL ke27,sumber dari sini sebab aku ingat2 lupa siapa pemenang walaupun tengok dari minit pertama sampai ke minit akhir.huhu

Vokal Terbaik
-Ku Akui (Hafiz)

Persembahan Terbaik
-Teman Pengganti (Black ft Malique)

Tempat ke 3
-Ku Akui (Hafiz)

Tempat ke 2 (Naib Juara)
-Idola (Azlan & The Typewriter)

Tempat Pertama (Juara)
-Terukir di Bintang (Yuna Zarai)

Okey..itu keputusan juri profesional.meh aku pulak bagi komen..wow,ngalahkan juri ko ye nak nak bagi komen bagai.layankan je ;)

Aku peminat Yuna Zarai sedikit kecewa bila bukan Yuna sendiri bawak lagu tu tapi memahami yang Yuna ada hal lagi penting nun di luar negara maka Aizat dihantar sebagai wakil memang sangat tak mengecewakan.

Dengan gaya tersendiri Aizat bawak lagu sambil pegang mug di tangan,aku terkagum dengan dressing Aizat dan entah kenapa masa dia nyanyi aku sampai lupa lagu tu ialah lagu Yuna.Sorry ye Yuna,dia baca ke blog aku?haha

Cuma pada pendapat aku,lagu Teman Pengganti nyanyian Black patut jadi juara.emm .. dah tertulis rezki milik Yuna so terima jelah.Apapun malam tadi semua hebat-hebat.Tahniah untuk mereka ;)

Comments

isme_cv said…
wpun suka giler lagu tu tapi tak bajet Yuna menang selalunya susah nak menang klau penyanyi asal takde..tapi aizat bawak pun best..

Lynn Huraiza said…
tahniah utk yuna dan aizat...tp betul la...teman pengganti pun leh menang...
Sbnrnya, Lagu Malique tu ptt boleh dpt tmpt ke-3. Lagu Ajai? Aduhai! Balad biase je ponnnn! Tak kreatip lgsg!
KAN....KALO TEMAN PENGGANTI MENANG PUN BEST!
bangsawan nilai said…
patutnya ramli sarip yg menang....

"kameliaaaaa...telah tiadaaaa...!!

hahaha
HeNRieTTa JoSe said…
layan separuh separuh....sebab on da way blk....rinie keje sudah....
Ummi M.I.M.S said…
kita lagi laa...
x tahu menahu langsung..
pagi ni masuk pejabat baru tau ada AJL rupanya.. hahahahah
~::PermatA::~ said…
Cepatnya update...

Tp lgu yuna tu mmg best..klu org lain nyanyi x tahu la mcm mn..
Lady Windsor said…
akak tengok sampai aizat tu jer, lepas tu tv tengok akak sampai subuh...heeee :)

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...