Skip to main content

Teringin Nak Makan Ketupat Sotong @ Tupak Sutun

dari semalam
membawak ke hari ni
entah angin apa yang merasuk
tetiba anak tekak terasa nak makan ini

ketupat sotong aka 'tupak sutun'

gambar dari sini
Resepi ingat2 lupa dalam kepala
Tapi nak buatnya tu bila?

emm
# 'nise' pulop takdok.huhu

ni dia 'nise kerek' gambar dari blog ini
stok dah abis 
last dah guna buat sambal ikan bilis
balik kampung tu ari dah beli
tapi masa nak balik boleh terlupa nak bawak masuk keta
dah sampai Gua Musang baru teringat
takkan nak patah balik
tapi..
kenapa aku tak singgah je beli je kat mana2 tepi jalan tu?
emmm..

#kalau jumaat ambik cuti kan best.
esok dah boleh balik kampung 
lepakking kat kampung sampai hari senin
tapi apakan daya tangan tak sampai

Comments

♥cikmOt♥ said…
ALAMAK...lama jugak tak buat...
ni rasa nak kena buat jugak ni...
eh tetiba...hehe
-Sara- said…
nise tu kg kite je ade kn..duk kl mne jupe..hehe *kita ganu* :D
zino said…
selamat cuti panjang..
NenetPenne (NP) said…
nisse kerek kat sini semua gula lebih... kat kelantan pun susah nak cari nisse kerek hok kaler cokelat tua tu...

sotong suka, tupat sutung tak berapa nak suka...
combi said…
tu ketupat sotong kelatn an..trganu kaler grey..huhu
adoi! tgk je, dah terase manis...

klu stail ganu, santannya color putih. pun aku tak terdaya nak mkn. lemaknya, adoi! kemain!
Irfa said…
#cikmot..
meh kita buat sama2 cuti maulidur rasul ni.hehe

#sara..
ye betul tapi nanti nak cuba cari kat kedai akak kelantan yg saya penah makan roti canai sedap tu,sbb tu ari dia ada jual budu.mana tahu dia juga ada jual 'nise' ni

#abah zino..
cuti yang diberi je,tak ambik lebih2 pun ;)

#kak net..
oh ada beza ke?saya nampak lebih kurang je.tapi kalau buat sambal letak nise ni warna dia cantik dan manis dia bukan manis gula.oo tahu,akak x suka pulut kan?

#combi..
gambar itu versi kelantan.my feberet.yang kaler putih tu x suka sgt ;)

#fara..
tu pasal tak leh makan sekali
nanti kene kencing manis dan masuk wat 'kencing masam'(kecemasan)hehe
pB said…
tok guno ni'sae klatae , kito gunolah gulo meroh

at least hilae lah kempunan tu
Irfa said…
#kakpb..
itu adalah pilihan terakhir kalau saya x juppo 'nise' nanti ;)
tak pernah mkn ketupat sutun nih...
Kak Nik Ja said…
ade yg ngidam ke nih??? meh nak gosok perut skit...hihi
4feet8 said…
sy tak boleh telan bila tau ramuan dia apa.. sama macam tahi itik dgn kuzi..bila tau mcmana masaknya, tak tertelan..
NinaAz said…
okeh.seyes terliur.. xsabar nak balik umah. minta mama buat!! hihi
Nick Nashram said…
heheh..kalo balik umah time cuti terus suruh mak buat ketupat sotong ni.
Unknown said…
nise kerek tu apa ya..baru dengar hari ini..
Mulan said…
tupak suton kita kaler putih.. rindu jgk nk makan..
Nong Andy said…
saya pun suka makan sotong.. tapi tak pernah lagi merasa ketupat sotong.. lagik kan encik Hubby tak suka makan sotong.. jadi dah berkurun saya tak masak sotong di rumah :(
azieazah said…
Sebelah N9 banyak jual Gula Nira camnih...

Sedap buat kuih atau masak lauk.

Alaaa rugi tak dapat amik cuti on Friday. Kalu tidak, direct dapat off 5 hari!
Queenie said…
tak pernah makan tupak sutun, naper nak boh gula? mmg kena rasa manis ker? selalu akak tengok boh santan jer...hehe agaknya yg tu versi lain kot..
Nieda Ramly said…
kaau gi kalate penuh bonet isi barang bawa baik.
Unknown said…
Aku baru beli nise kerek ni kat tesco aritu.. Meh la kalau nak..hehe
HeNRieTTa JoSe said…
Look yummy to me....rietta biasa beli nise kat pasar basah jerr...itu pown buat kueh buah melaka jerr...xpernah lg wt tupak sutung....tp pernah makan....cuma yg warna putih..rietta kurang berkenan...nk yg warna gelap cam dlm picta tu....
MOKCIK AZWA said…
Salam Irfa..kat Putrajaya ada jer nise nie..kat pasar presint 8 ada dan kat satu kedai nama 'Pak Aji Halal' ada macam2 bahan masakan dari pantai Timur ada dijual kat situ..

bila sebut pasal sambal bilis, oo baru teringat nak boh nise dalam sambal tu..weekend ni try la..

Azwa pun sama tak balik KT sebab nak save cuti utk CNY nanti ..







'
Irfa said…
#ZHZ..
try la dulu
baru tahu tekak boleh terima ke tidak
kadang2 org kata sedap,tapi kita rasa tak sedap ;)

#KAK NIK JA..
eh!rasanya takde.hehe
(risau la pulak.huhu)

#4FEET8..
kenapa?ada ramuan pelik ke?rasanya bahan2 dlm tu biasa je

#NinaAz..
untungla kalau ada org tolong buatkan..hantar la semangkuk kat saya ;)

#nick..
wah boleh main order pulak dia
bertuah badan

#MamaRey..
macam gula melaka jugak
bentuk je lain :)

#Mulan..
sama je la.cuma buh 'nise' tu ada la kaler coklat.kalau x letak 'nise' tu putih la kaler dia ;)

#Nong Andy..
susah jgk kalau dalam umah ada yg alah dgn seafood.dulu2 en abe pun xleh makan udang.sekarang dah boleh tapi jarang juga membeli.selalu ayam dan ikan je

#kak azie..
plan nak ambik jugak tp bil fikir balik takde hal apa2 baikla simpan cuti tu//sekarang baru Januari

#kak Q..
lebih kurang sama ngan yg putih tu/sbb dari kecik kenal yg buh 'nise'ni jd dah biasa dgn rasa yang itu

#kakNieda..
samalah.kalau balik ngan keta..
tempoyak pun isi masuk bonet ;)

#rai..
ada jual kat tesco?kena cari lah ni
igt jual kat pasar tani je

#rietta..
'nise' ni mmg selalu guna utk buat kuih buah melaka tu.senang nak potong.

#kak azwa..
senang la ye akak nak dpt stok kalau semua ada dlm satu kedai.suh pakcik tu buka satu kedai area Nilai.hehe.plan nak balik kg jugak CNY ni tapi belum pasti..kena tgk bajet dulu

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t