Skip to main content

Jangan DiCucuk Sarang Tebuan Itu

kenal ni?


kat kampung aku panggil
'kuih saghe tebue(sarang tebuan)'
kampung korang panggil apa?
kuih ros ke?maaf kalau silap

yang ni pulak 'sarang tebuan'
gambar dari sini

encik tebuan bersama sarangnya
lagi satu,korang penah kena sengat tebuan?
aku penah rasa beberapa tahun yg lalu
masa tu kat kampung
sehari sebelum adik aku kawen
kisah terjadi masa aku nak pakai kain batik
tengah elok susun lipatan kain tu rasa pedih semacam
rupanya en tebuan entah datang dari mana
sengat tangan aku
esoknya,salam pengantin dengan sebelah tangan size M sebelah lagi XXL
huhu

apa kaitan
-kuih sarang tebuan?
-sarang tebuan?
-sengat tebuan?

ye betul semuanya ada perkataan TEBUAN

emm *tarik napas dan hembus*
sabar aku ada hadnya..
dan pesanan ikhlas
'Jangan Di Cucuk Sarang Tebuan Itu'

daaa

Comments

Anonymous said…
sedap tu....
hehehehe ye..sarang tebuan jangan dicucuk ye kelak buruk padahnya hehehe
Ambe panggil bunga duriang
Mulan said…
tu kuih loyang kami panggil.. takut eh sarang teboan.. kena gigit bulan puasa aritu, siap kena cucuk kat klinik..
Aku tau ko tgh emosi mrh tp nape aku gelak bagai nak rak kat sini bile baca entri ko?

=p
Mak Piah said…
Irfa:

nak cucukk gak..heheh.

x MP
Irfa said…
#cheqna..
yg mana sedap?kueh tu ke @ kena sengat tebuan tu yg sedap?hehe

#SC..
oh ye ker?pertama kali dgr pulak org panggil bunga duriang

#mulan...
ye lupa..ada yg panggil kueh loyang.tp masa kena sengat tu pun kena cucuk sejarum jugak,tp kesannya smpi sekarang,pantang kena gigit semut.nyamuk..cepat je berbintat.xde antibody kot

#fara..
eh sapa kata aku tgh marah?aku tgh buat lawak ni..sila la gelak :)

#MP..
cucuk la.takde sapa larang.kalau kena kejar cepat2 terjun sungai ;)
NinaAz said…
Sy pun panggil sare tebue. Hihi. Sgt best mkn ni cuma xbestnya tang minyak dia tu. Hehe
ummiross said…
Salam kenal juga Irfa.

Irfa..ummi pun pernah kena sengat tebuan masa sekolah dulu, lama dah, sampai demam2, hehe.bisa juga kan sengatan nya.
izawani said…
Ada orang cucuk yer ? Sedang bersabar yer ?
-- said…
Entry penoh makna nih!! hehe...

orang jawa panggil kuih tu Sarang Tabon!
Aqu Mad said…
tebuan ? erk nama kampung mad tu, hhehe
Kakcik Seroja said…
Kat kampung kakcik dipanggil 'Kuih Goyang' (bukan kuih loyang).
Rumah Kuning said…
kalau dok tepi sungai, boleh cucuk. lepas cucuk, terus terjun dlm sungai. tebuan tak boleh menyelam. hehehe
Unknown said…
akak panggil kue goyang....
azieazah said…
Macam-macam panggilan untuk kuih ni. Tapi Kak Azie suka yang pedas punya!
~::PermatA::~ said…
sedapnya..tetiba teringin nk mkn sarang tebuan..huhu..tp x nk cucuk sarang tebuan..x larat nk lari...

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...