Skip to main content

Burger Bakar Abang Burn

Morning u oll's
hari ni kita berkisah tentang makan
tapi ini kisah minggu lepas
ada dalam draft,baru hari ni nak karang cerita
huhu
layan jelah ye 

sebelum tu nak tanya
korang bersarapan makan apa?
aku sarapan dengan sebiji telur di apit 2 keping roti
walaupun hati meronta2 nak makan nasi lemak
huhu

okey..meh layan gambar Burger Bakar   

ni le rupa burger bakar yg kami order
ini paling rendah la kot
ada yang size lagi tinggi dari yang ini
ambik dari blog ni
sebab sendiri punya gambar adalah blur 

orang lain dah lama makan ni
siap tunjuk gambar kat blog
post gambar kat FB 
tapi aku baru je merasa

apa tu?
ye burger bakar
ni makan kat Burger Bakar Abang Burn
Cawangan Bandar Baru Nilai
aku tak ambik gambar pun masa makan tu
gambar tak terang sangat sebab malam
lagipun malam tu ramai orang
meja banyak penuh
terpaksa kongsi dengan satu pasangan lain
malu la ai nak keluarkan camera ambik gambar
nanti akak tu tanya 'apa nama blog adik?'
adik la sangat..yelah,pasangan tu dah berumur pun
hahaha..gila perasan macam orang kisah pun

ops..nak order pun beratur panjang
membebel jugak dalam hati
'sedap sangat ke sampai nak beratur panjang ni?'
tapi sib baik kejap je burger dia siap
kalau lama..konfem hilang mood nak makan  

abam tengah sabar tunggu order sampai


komen aku tentang burger bakar?
-daging burgernya tebal dan sizenya tinggi bak klcc
-kalau sorang konfem tak abis (kecuali memang kamu tank besar)
-reganya lebih mahal dari buger biasa
-ada macam2 didalam lapisan burger itu(bukan roti dan daging semata)
-ada potongan bawang besar celup tepung
-ada mushroom celup tepung juga
-ada lapisan cheese juga

korang tahu tak..sikenit Hajar kalau nampak lambang MekDonel
dia akan cakap 
'ayah..nak beger,begembira'
macam lawak sapa tah yang sebut 
'beger apa?'dan dijawab 'bergembira'
hahaha.kami selalu gelakkan dia 

okey..sekian review burger bakar terbakar kebabom
*percikan bunga api dimerata-rata*

Comments

Kakcik Seroja said…
Kakcik belum pernah beli beger bako abg burn ni untuk anak2, tapi dah beli bege bako ko-ko (kaw-kaw)... :)
emarieys said…
femes juga burger bakar ni...tp tak cuba lagi
takut saya nk try burger bakar lagi....dh terkena...kt kws rmh saya. kecik jer buger bkr...& tak sedap....tapi dlm hati nak try gak burger bakar kt tpt lain....

comel jer anak...burger bergembira!!
Ummi M.I.M.S said…
kita pun x sempat lagi nak merasa... hari tu tingin sgt masa mengandungkan si Aesya.. sampai ke sudah x dpt.. ptut ler si Aesya skrg air liur dia menjejeh2.. rupanya x dpt mkn berger bakar ni la kot... hahahha
Lady Windsor said…
akak makan mi goreng singgit dan secawan kopi pagi ni, tengah hari karang nak makan buah dan petang nanti mi sup..enuff for today..konon 'die yet' lah ni..kehkehkeh!

ehh comel la lawak kenit tu...beger apa? begembira..hehehe..pandai tau dia!
Kamsiah yusoff said…
dah lama hot beger bakar tp akak tak sekali pun merasa lagi..kesiannn..
NinaAz said…
terliurrrnya tengok burger tuhhh.... :)
Juju said…
Nampak sangat menarik burger itu....
bangsawan nilai said…
irfa,
hari tu diorg ada buat promosi kat situ.
rm 1 je antara kul 10-12 malam.
yg beratur mak ai...panjaaaanng
shida said…
ha.. pagi ni pun mkn burger tp bukan burger bakar la... walaupun hajat hati nak makan nasi lemak.. tp diet nasi punya pasal... terpaksa telan burger... hehehe
Unknown said…
Aku makan burger bakar sendiri je.. Mahal bebenor.. Dasar kedekutt..
QasehnyaRania said…
buat burger sendiri je..hihi

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...