Skip to main content

Adik Genap 3 Tahun dan Marry Brown Sendayan

senyum pesen baru
bila suh senyum je..cam ni rupa dia
Today,09 Januari 2013
3 tahun yang lalu
pada tarikh yang sama tapi di tahun 2010
aku menjadi ibu untuk kali ke 3
bertempat di Hospital Besar Tunku Jaafar,Seremban
jam 8.58 malam
lahirnya seorang bayi perempuan seberat 3.3 kg

kelahirannya memang dirancang dan dinantikan
ingat lagi bila en abe tiba2 bersuara
lokasi dalam kereta di traffic light 
'abang rasa nak baby lagi la'
itu permintaan en abe dalam perjalanan balik ke rumah
lepas menziarah adik ipar yang bersalin anak no4
aku masa tu tergaru2 kepala
ingatkan cukupla 2 orang anak je
alhamdulillah..sebulan selepas ayat itu,aku pun peknen

macam2 dugaan sepanjang mengandungkan dia
diuji dengan kencing manis
mujurlah dah hilang lepas je bersalin
apapun..pejam celik pejam celik
dah 3 tahun umurnya
mulut dah makin petah berkata2
kelaku pun dah banyak
masih gagal untuk free diapers.huhu 
dan dialah 'penyeri rumah' dan 'termuda'
dalam family kecik kami

gambar malam tadi
bukan pra-besday tapi kebetulan dinner kat sana
sebab abam duk sebut nak main 'kolam bola'
kat situ je yang ada pun,dekat pulak ngan rumah

here we go
Marry Brown Sendayan Galleria

pintu masuk,dalam tu ada marry brown



makan sambil berbuai konsepnya

dalam tu ada 'kolam bola'
sanggup makan laju2 sebab nak main dalam tu

makan dulu baru boleh main

'umie bagi ajaa ni je ker?takde kek ke?'
hehe
~HAPPY BESDAY ADIK aka AJAA~
semoga membesar dengan baik
dan berjaya dunia akhirat

jangan panggil adik depan dia
nanti dia akan cakap
'ini bukan adik.ini ajaaa lah'
yo lah

Comments

NinaAz said…
happy birthday bbay girl! :)
Cikja said…
amboi shomellnya...hepi besday aja. Semoga jadi anak solehah ye.
Kakzakie Purvit said…
Tersangat comel dan cerdik. Happy birthday sayang. Auntie suka bibir ajaa bila senyum.

Happy birthday ajaa:)
bujal X said…
happy birthday adik~~~

*kat selangor sekarang kemain payah nak cari marrybrown~~dekat shah alam pun da tutup~~
Acik Erna said…
happy birthday adik ajaa.comelnya diaaa..
cheqna said…
happy birhday dik=)
moga menjadi anak yang solehah ye =)
paridah said…
happy birthddday anak comel moga kelak membhgiakn mamapa dunia akhirat
Comelnya!!! Adik baya AYdin tp tua bulan. Tapiiiiiiiiiiii.....adik petit, kecik, comey. Aydin lak tinggi, besar, bam! Hahahahahaha!
Unknown said…
Happy birthday adik.

Baru perasan anak Irfa yang no 3 ni sebaya Arif rupanya, ingatkan Arif muda setahun dari dia, cuma Arif lahir bulan 7 lah...

Arif dah nak ada adik bulan 6 ni, Ajaa pun tentu nak juga kan...hihi.
bangsawan nilai said…
irfa,
kalau cik abe tanya benda sama mcm 3 tahun dulu kat trafik light, apa ko nak jawab....hahaha

apa pun, happy besday ajaa...!!
Nick Nashram said…
anak rezeki tuhan.
lagi ramai lagi meriah :)
-- said…
Aja comel.. happy 3rd bdayyy!

tengok Aja.. ingat Pikah.. mcm iras2.. :)
Unknown said…
Happy birthday kakak aja..ehekk...

Damia pun belum berjaya diaperless lg.. Aku tak larat.. Hahaha
makchaq said…
Comei n cantik la Ajaa ni..geram tengok gaya dia....
Happy Birthday..
Lady Windsor said…
Ok Aja happy birthday..bila nak mai rumah auntie lagi...ada hadiah ni...hehe
Mak Piah said…
Happy birthday, nak..:-) Semoga semoga menjadi anak yang menyenangkan ibubapamu.

xMP

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...