Thursday, March 22, 2012

Makan Nasi Arab Lagi

PETANG SEMALAM..

anak tekak tiba-tiba teringin nak makan nasi arab lagi.ngada-ngada sangatlah kan.dahlah belum gaji lagi.huhu.so suh cik abe bawak anak-anak dan jemput aku balik keje,adik pompuan pun join sama.katanya 'makan masa mak ayah datang tu ari tak puas' so 6.15 kami berdesup ke Saba' Cyberjaya.

orang cam biasa la ramai..tapi masih ada meja kosong.apa tah silapnya,order kami lambat sampai (atau adakah kerana aku sangat lapar so rasa sangat lama tempoh menunggu itu).aku order set Lamb Hanith,adik pompuan order set Lamb Kabsah dan cik abe macam biasa la Mandi Chicken (ayam bersiram hehe).hero tak nak makan nasi katanya.so dia order chicken kebab.nasi lambat sampat sampai kami pakat makan sikit sorang kebab hero.tensen je itu budak.

sampai je nasi terus makan tak toleh kiri kanan.rasa sangat kenyang macam tak boleh bernafas.nafsu nafsi menguasai diri.huhu.adik aku yang baru kali ke2 makan nasi arab ni cakap 'lepas ni lambat lagi la dia nak makan nasi arab.dah kali ke2 ni rasa muak pulak'.kali pertama tak puas makan..kali ke2 dah muak katanya.kita tengok la nanti..yelah,tak sampai seminggu je kami baru makan dan makan lagi mesti la rasa muak kot.aku okey je :)

masa dalam perjalanan hero kata 'ini bukan jalan gi rumah makwan (dia ingat nak balik umah makwan)ni jalan gi makan nasi arab.umie kata makan nasi arab bila kakak balik je'.alahai,sedih la pulak.walaupun kakak takde depan mata,hati adiknya itu tetap ingat kakak.nak makan apa pun mesti sebut kakak dulu.moga mereka 3 beradik itu sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain hingga akhir hayat.sangat sedih bila dengar adik beradik bergaduh sesama sendiri bila dah dewasa.kata 'adik beradik ni ibarat carik-carik bulu ayam.lama-lama bertangkup jua'.

jauh menyimpang nampak gaya..dari kisah makan nasi arab sampai ke bulu ayam ;).layankan je

mood harubiru:henpon tertinggal kat umah.aduh!tensen (macam la ada orang nak call).tapi bila henpon tertinggal sangat risau kalau ada kecemasan dari kampung @ pengasuh

10 comments:

*SiRibenMerah said...

nasi arab mmg best.. hurmm.. da lama dah x makan nasi arab neh.. kena g cari gak la...

Nieda said...

Mesti tak pandang kiri kanan dah ni..

pB said...

kalau anak jauh , makan apa apa mesti ingat ko anok

Acik Erna said...

tak pe.bagi tau abang..dah umi teringin..anti akak balik boleh pi lagi.

Kakzakie said...

Itulah naluri ibu makan apa pun mesti ingat anak. apa lagi bila hp tertinggal mulalah hati fikir macam-macam...

Pok Amai-Amai said...

Tapikan beb....restoran yg korang suke pegi tu jauh sgtlah. Cyberjaya tuhh!

cheqna said...

cheqna pernah try mkn sekali kat trg la...tapi tak sesuai ngan tekak cheqna =)

Ibu Khalish n Ilhan said...

huhu..entry akak ni mmg mengundang jeles di hati. teringin nak makan nasi arab. tp asal blk kl jer msti selera menyimpang ke lain. saya suka lamb.

Yellow said...

nasi arab... try kat sannah pulak.. eh betol ke eja cam gitu? sannah kat cyber jugak!!! terus nampak ko duduk kat arab kot!

Nida said...

memang best makan nasi arab ni.... dulu tak berapa suka, tapi laaa ni dah jadi peberet lak :)