Wednesday, March 7, 2012

Kesian Mak Cik,Rumahnya Terbakar

kisah SYILING TABUNG HERO tu aku masih belum follow up.jap lagi la nak check kat 'si ai em bi klik' ;).balik semalam dia ada tanya 'umie dah hantar bank ke duit abang?belum cukup ke nak beli psp?bila dia kasi duit tu?'aku cakap 'abang kena simpan lagi biar penuh.belum cukup lagi tu.orang bank kata lagi 3hari dia bagi duit kertas'.harap-harap ada la,InsyaAllah..kalau rezki halal duit tu tak kemana.kalau takde jugak kenalah aku bagi duit aku sebagai bukti duit syiling dah tukar duit kertas..takut nanti hilang semangat dia nak menabung.

petang semalam dapat berita 'kurang baik' dari kampung.rumah makcik (kakak sulung mak aku) hangus terbakar tinggal selai sepinggang.makcik dan suaminya sempat menyelamatkan diri.kejadian berlaku semasa mereka sedang mengambil wuduk di bilik air.

kata mak lagi 'bomba datang pun tak boleh buat apa.rumah papan pulak tu..rumah pun jauh dari jalan besar'.sian makcik..ramai jiran-jiran pakat sedekah barang keperluan seperti toto,bantal,kain baju dan pinggan mangkuk.

banyak faktor berlaku kejadian seperti itu.katanya litar pintas.aku tak heran sangat sebab kebanyakkan rumah lama di kampung aku tu suka suki je buat wiring sendiri.apa-apa pun aku bersyukur makcik selamat,barang-barang yang terbakar tu boleh ganti balik walaupun tak sama macam yang asal.

okey tu je nak citer..emm bz sikit hari ni sebab minggu depan nak cuti lama.bye

9 comments:

Biarlah rahsia said...

Rumah makcik irfa kat k.krai ke? last week deretan kedai kat wakaf che yeh yang terbakar...kesian.

Irfa said...

KAK BIE..
ha'ah.petang isnin 2 hari lepas.
syukur takde nyawa yang terkorban

♥cikmOt♥ said...

salam...boleh saya tau...cd tu brand apa ye...

Aidah said...

Akak tumpang simpati mendengar. Memang rumah lama, cepat betul hangus kalau dijilat api. Tambah2 kalau litar pintas. Mintak pada Allah agar dijauhkan dari bencana ini. Amin.

Pok Amai-Amai said...

Ya Allah! NEgeri aku psl rumah2 terbakar nie. Sian kat maklong ko.

Papa Mifz said...

alhamdulillah takde nyawa yg terkorban kan...

m.u.l.a.n said...

alhamdulillah makcik takde apa2.. ada hikmah di sebalik semua tu.. moga depa sabar & tabah hadapi semua ni..

Ila said...

dah taksabar nak beli psp ek..ade rezeki tu nanti

lupekanje said...

malang itu tidak berbau. Kita semua perlu sentiasa beringat dan elakkan suka suki membahayakan nyawa sendiri. Harta yang hilang blh dicarik, tpi nyawa yg hilang... ??? Di mana kan ku cari ganti...