Monday, March 5, 2012

Salah Siapa?

sehari sebelum kejadian.Jumaat la..balik keje ambik anak-anak kat umah pengasuh macam biasa.sesampainya kat rumah..masukkkan beg anak-anak ke dalam rumah.hero mengikut aku dari belakang sambil bawak beg sekolahnya.

hero:umie.esok abang sekolah tak?

aku:esok kan sabtu.mana sekolah.kenapa?cikgu kata sekolah ker?

hero:tapi kawan abang kata sekolah.

aku:kalau sekolah mesti ada surat.mana surat?ada cikgu bagi surat?

hero:takde surat pun..oklah,abang nak gi main bola

ingat dah habis citer setakat itu..

TETAPI..

hari sabtu..
biasalah aktiviti mendobi,hero bangun lewat.aku saja tak kejutkan dia sebab hari cuti je peluang untuk dia tido lama sikit.jam 11.00 kuar sidai kain.(gila lambat sidai kain kan?jangan tiru perangai macam ni)

akak jiran:(nama aku)..ada nampak bas sekolah lalu tak?

aku:bas sekolah?hari ni sekolah ker?

akak jiran:eh sekolah la.sekolah menengah,sekolah rendah semua sekolah.anak tak sekolah ker?hari ni ada mini sukan kat sekolah dia.

aku:oh yer ker?tak de surat pun (nak jugak salahkan orang lain tu).

akak jiran:eh ada surat,semua dapat surat takkan anak tak bawah balik surat.

aku:(jenguk dalam rumah panggil hero yang syok landing layan citer kartun)abang.hari ni sekolah la.cikgu ada bagi surat tak?

hero:takde pun.

aku:biar betul abang ni.(terus masuk rumah dan buka beg sekolah dia..belek belek celah buku tulis..ada surat bersama kertas ujian.buka,baca dan mulut pun mengomel)abang.ni ada surat la.ada sukan hari ni tau..rugi je tak pegi.

hero:mana abang tahu.

aku:macam mana boleh tak tahu.sapa letak surat dalam beg abang ni?

hero:abang la.

aku:kalau abang yang letak macam mana abang tak tahu ada surat cikgu bagi.lain kali kalau ada surat cepat-cepat bagi umie.jangan simpan je

hero:yelah.tapi kan abang dah cakap sekolah ke tak.umie kata abang cuti

aku:(oh tak nak kalah tu).abang yang skolah bukan umie.biasa kan sabtu ahad cuti mana umie tau sabtu ni sekolah ada sukan.kalau ada surat baru umie tahu.

hero:okay lah.(muka dah monyok sebab kecewa tak dapat pegi sukan)


tiba-tiba aku rasa bersalah sebab malam tu aku lupa check beg sekolah dia.selalunya sebelum tido aku akan check beg dia kalau2 ada surat atau ada barang yang terbawa balik.(penah berlaku terambik buku kawan..pemadam kawan).tapi malam tu aku tak check sebab aku fikir esok sabtu dah tentu cuti.kalau hari sekolah memang aku akan check sebab bab susun buku ikut jadual hero belum pandai lagi.

moral of the story:
sentiasa check beg sekolah anak anda w,pun malam sabtu..hehe

11 comments:

Ms Minnie said...

kesian abang.... kena tunggu tahun depan la kalau nak sukan ye..

cheqna said...

salah beg sekolah sebab tak kasi umie chek..hehehehehe

Mummy Rizq said...

Kita menerima nasib yang sama daaa....

Pok Amai-Amai said...

Lmbt betul cikgu bg surat. Pttnye seminggu sebelum event tu bdk2 nie dah dpt surat kan? Sian abang....

m.u.l.a.n said...

pernah jugak terkena dulu.. ada event kat sekolah tapi tak check beg anak.. memang sah2 berhati2 sekarang ni..

lienda said...

anak akak pulak,akak suh ponteng je sek,tapi dia taknak,katanya nanti habis sekolah tak dapat hadiah kedatangan penuh!!!
(waaaa camnie pun ada gak ke,sambil tersenyum sendiri !)

Zareda Norman said...

Boy mmgcam gitu t
Kot.. Buat dek aje... Kak zar pun dah lama tak check beg ika.. Klu check agaknya anak beanak tikus bersarang kat dalam tu boleb jumpa

Aidah said...

Ha ah. Anak akak pun gi skolah jugak hari Sabtu tu. Akak dulu masa anak skolah rendah, selalu miss sekolah hari Sabtu ni. Kdg2 memang betul tak tahu, kadang2 kena buat tak tahu. Sebab balik kampung. Hehehe.

Ann Ishak said...

melepas peluang nak masuk sukan ek...takpe, budak2 memang macam tu kan

Cik Ina Do Do Cheng said...

ye irfa, cik ina setip malam check beg firdaus. Firdaus ni masih darjah satu, masih lurus balik rumah je dia terus tunjukkan surat yang cikgu bagi . kalau dah besar sikit lain citenya irfa. cik ina tahulah sebab cik ina ada anak yang dah besau. biasalah tu irfa budak-budak, jangan dimarah bagi nasihat je :)

Yellow said...

dah lama tak bace blog ko irfa!!! rindu nya!!!!