Thursday, June 19, 2014

Hari Koperasi Sekolah Kakak

Selamat Pagi



Balik sekolah semalam, kakak dengan muka happy tak sempat bukak kasut dah panggil aku 'umie, ada berita gembira nih, umie mesti suka' wah! yakin sungguh dia yang aku akan gembira dengan berita yang dia bawa pulang tu. haha

Katanya 'Umi kan suka jual-jual. Jadi umie mesti gembira dengan berita ni. Rabu depan sekolah kakak ada Hari Koperasi, cikgu kata kalau nak berniaga, tapak untuk ahli koperasi RM20, kalau bukan ahli RM30. Kakak dah bincang dengan kawan-kawan nak share jual-jual. Kami 5 orang, jadi sorang kena bayar RM4, umi fikirlah nak jual apa, taknak jual inner umie tu, mahal.. jual yang murah2 je'

hahaha, dia kata inner magic aku mahal. Rm10 je pun, tapi bagi budak baya dia, rm10 tu rasa mahal kot. Emm, menung kejap nak jual apa agaknya ye, nak jual benda goreng2 sapa pulak nak uruskan. Tiba2 teringat jiran baru share kat FB sejenis jajan yang namanya, Bubble Rice Chocolate. Rasanya sesuai kot, ada bekas kecik dan bekas besar. Terus wsap jiran, Alhamdulillah dia terima order dengan  harga yang berpatutan. Semalam dia suh budak2 gi ambik tester kat rumah, sukalah budak2 benda coklat-coklat nih.



Yang kelakar, bila aku tunjukkan pada dia kira-kira bodoh. Contohnya, kos modal, sewa tapak dan keuntungan. Dia terkejut sebab untung tak banyak. Katanya 'alahai, sikit je untung, kakak ingat banyak'. Hahaha. Dia lupa bila barang sudah terjual semua, dia kena tolak modal barang dan juga sewa tapak, dia fikir akan dapat semua $$ lepas dah jual barang. Itupun kalau semaa terjual, kalau tak laku pun kena ambik kira jugak.

Apapun, aku support kalau dia minat nak belajar berniaga, jangan fikir untung semata tapi dalam berniaga kita juga menolong orang lain. Contohnya, tolong jiran pasarkan produk dia.

Emm.. tak sabar pulak nak dengar pengalaman kakak bisnes minggu depan.

9 comments:

  1. Pandai...bagusla didik anak berniaga dr kecik...kita suke!!

    ReplyDelete
  2. kecik-kecik dah ada semangat nak berniaga... bagus :)

    ReplyDelete
  3. hehe..biasalah budak kan.tak tau lagi pasal 'untung bersih'..baguslah mama kaori ajar dia

    ReplyDelete
  4. wahh.. bagus bagus.. untung banyak kena la modal besar sikit kakak.. takpe.. permulaan mmg macam tu..

    ReplyDelete
  5. Kakak si Aina tu berniaga jugak bebaru nih... sakan jugak la keuntungan dia... hehehe... meniaga air dan nasik lemak serta entah apa tah goreng goreng tu...
    Kalau rajin... buat la nasik lemak bungkus(upah orang lain, jual amik untung 20 sen pun jadi la kot)... sebab aktviti pagi pagi budak budak kelaparan skit... tapi harga biar berpatutan la yer...

    ReplyDelete
  6. wah bagusnya kakak... ade gak cite2 utk berniaga...

    ReplyDelete
  7. rajin kakak ni n dh mula tunjuk minat suka niaga mcm uminya...

    ReplyDelete
  8. Kat mane sekolah kakak tu... nak gi beli barang jualan kat gerai dia... bagi semangat sikit!

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)