Wednesday, June 11, 2014

Manis dan Pahit Bergabung Menjadi Satu

Salam Korang
Selamat pagi semua
# sangat mengantuk, badan rasa sakit-sakit
# rasa macam nak gi urut satu badan
# sabar menunggu cuti Sabtu Ahad

okeylah, ni nak citer pendek, ringkas dan padat

~*~*~*~*~*~*~

*8(Ahad) & 9 (Isnin) Jun 2014* 
aku ke HCMC, nak baca detail boleh baca kat blog CikViva
kami gi ber3 * aku, CV dan ex-jiran
sebenarnya aku dah malas nak mengarang
mungkin keterujaan dah berkurangan memandangkan ini bukan pertama kali
yang aku rindu cuma nak makan Pho dan minum Kopi Ais Kaw

Pho kat kedai Hajah Basiroh, semangkuk RM 10
# gatal taruk sambal tu banyak2, rasa membunuh dia punya pedas

my ex jiran yang follow our trip
berfotoan bersama mamat vietnam muka ala korea jual kopi ais kaw
dalam reramai mamat vietnam yg aku jumpa, yang ni je comel sikit
kopi ais dia kaw-kaw punya
sekali sedut, tangkap kepala terus kuar bintang 3
hihi
bergambar dengan Lily, gadis comel penjaja jalanan
BroMazidul ada tulis pasal dia
# kali ni pun aku jumpa BroMazidul, tapi tengok jelah, segan
lagipun dulu dah penah tegur 

ada kenangan tak berapa manis sewaktu lepas check-in bagasi
beg aku kena tahan
termasuk kali ni, dah 5 kali aku ke sana
tapi ini kali pertama aku kena 'pow'

walaupun tak banyak, tapi sedikit sakit hati
bila dah balik, rupa2nya bukan aku sorang je yang kena
ada ramai orang yang pernah terkena tapi malu nak kongsi cerita
malu? kenapa nak malu?
bukan ko mencuri pun

bila kita share cerita
mana tahu ada orang boleh ambil iktibar dari cerita kita
tak kisahlah cerita itu manis macam gula @ pahit cam jadam

Info:
Passengers are requested to declare in the following cases:

* Any unaccompanied baggage

* Bringing over US$5000 or other foreign currencies of equivalent value over VND 15,000,000

* Bringing over 300 gram of gold

* Temporarily imported and re-exported goods or vice versa

* Dutiable goods

* Bringing over 1.5 liters of liquor with above 22 degrees of concentration of alcohol
and 2 liters below 22 degrees; 400 cigarettes; 100 cigars; 500 g raw tobacco and other items value over VND5,000,000

dia minta resit barang yang aku beli
dalam kelam kabut, aku jumpa satu resit
dan dia charge aku kerana membawa barang lebih dari VND5,000,000
yang katanya bernilai lebih dari VND 5,000,000 = lebih kurang USD265
walaupun aku cakap, itu semua barang sendiri
dia kurang percaya sebab tengok passport aku
pendek kata, memang dah nak kena
ko bagi lah 1000 tips pun, tetap kena jugak

~*~*~*~*~*~*~*~

apapun, bila masuk je dalam flight
dah rasa lega macam dah masuk dalam rumah sendiri
Alhamdulillah selamat kembali ke tanah air
Malaysiaku yang tercinta

skema tak penutup cerita?
oklah tu dari takde apa2 kan?

love u all muah muah kerana tak jemu singgah sini
KakNora nak gi tapau bekfes kejap ye

daaa

 (^_^)


  

8 comments:

  1. kena pow banyak ke weh..? alahai.. sabo je lah..

    ReplyDelete
  2. Uisshh...besarnya model kopi ice tu...penuh skrin dah...heheh

    ReplyDelete
  3. Sebelum ini bernasib baik dan kiranya kali ini kurang bernasib baik..
    Tapi dah setel lega balik negara sendiri kan..

    ReplyDelete
  4. Ko dah pegi balik ke HCMC ye Irfa....

    ReplyDelete
  5. detailkan cerita ...untuk pedoman masa depan

    ReplyDelete
  6. Terima kasih... boleh dijadikan panduan jika sesiapa yang nak berkunjung ke sana.

    ReplyDelete
  7. biasalah irfa org2 ni sentiasa intai peluang nk mengenakan kita kerana kelemahan kita....

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)