Tuesday, January 27, 2015

Sebuah Kehilangan, AlFatihah Buat 'Mok'

# terima kasih pada yang sudi singgah wpun dah banyak hari tak update
banyak perkara berlaku sehari dua ni

20/01/2015 (Selasa)
Lebih kurang jam 7.50 malam
aku baru bangun nak ke bilik air, balik keje lepak2 dulu
dengar henpon bunyi, belum sempat angkat, henpon dah stop bunyi
tengok henpon, rupanya miss call dari 'MUM'
hati dah terasa sesuatu, sebab mak aku pantang besar telefon waktu Maghrib
# ingat lagi mak selalu bebel kalau henpon bunyi waktu Magrib
sebab bagi mak, itu waktu sibuk orang kejar nak solat Maghrib
bila kol mak semula, talian dah sibuk

tiba2 CV jenguk ke bilik aku, bagitau
' kak, mok takdok doh, baru kejap tadi'

ALLAH, rasa nak gugur jantung
aku harap itu mimpi, tapi cepat2 sedar yang aku bukan mimpi

dipendekkan cerita, kami semua balik kampung malam tu jugak
nak balik dengan flight, rasa dah suntuk sangat
Terima kasih kepada 'teman sebilik' kerana memahami
Terima kasih kerana bersengkang mata drive sorang2 sampai ke kampung
kami bertolak 11.30 malam dari umah (Nismilan) sampai kampung tepat jam 5 pagi

aku cium dahi mok, sejuk
aku pegang tangan mok, sejuk
muka mok macam tido
aku macam mimpi mok dah takde
aku rasa macam mok cuma tido

Apapun aku redha dan aku sangat puas hati sebab salah satu impian aku tercapai
dari dulu lagi aku niat, kalau mok dah takde
aku nak mandikan mok buat kali terakhir
Alhamdulillah, aku dan 2 sepupu berpeluang meriba mok waktu dimandikan
lebih kurang jam 11.30 pagi (Rabu, 21.01.15)
Mok selamat di kebumikan di kampung kami




Rasanya adik beradik juga sepupu2 tahu aku cucu paling rapat dengan Mok
Masa kecik aku banyak dihabiskan bersama mok
sampailah aku dah nak mula bersekolah, baru balik duduk ngan mak ayah
walaupun dah kahwin, tiap kali balik kampung
mesti aku akan tido dengan mok
#kecuali kalau mok 'halau' aku suh tido kat bilik
katanya 'tak baik tinggal laki tido sendiri' huhu
padahal en abe ok je, dia tahu bukan selalu aku dapat manja ngan mok
sesekali balik nak tido sama, apa salahnya kan

gambar kenangan mok bersama tok, masa tok masih hidup
sekarang kedua2nya dah pergi menemui Ilahi
AlFatihah
semua kenangan bersama mok, akan aku bawa sampai mati
nasihat dan pesanan mok tetap aku ingat sampai bila2


terima kasih pada yang mengucapkan takziah di FB dan Wsap



15 comments:

SalbiahM said...

al-fatihah.takziah untuk akak Irfa n keluarga ye..

Aisy Nasiha said...

Takziah buat Irfa dan keluarga. Moga roh Mok tenang di sana.. kita banyakkan doa utk Mok ya.

Cik Puan Eka said...

Al Fatihah. Takziah untuk akak dan keluarga. Moga Arwah Mok ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Amin.

mamabeauty said...

innalillahiwainnailahirojiun..

alfatihah salam takziah

imm hassan said...

al fatihah.. takziah untuk kak dan keluarga..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kehilangan yang pasti tidak berganti.. pergi tidak kembali... sebak baca tulisan Irfa.. takutnya mnghadapi sebuah kehilangan...

Zaitun said...

Alfatihah...salam takziah buat irfa sekeluarga.

shida said...

Salam Takziah kak Irfa. Alfatihah.

Rai OurKizuna said...

innalillah... takziah...

Daddy Ziyyad said...

Al Fatihah..
Salam takziah dari saya

Sweetie said...

Salam takziah!

paridah said...

salam takziah irfa n keluarga insyaAllah allahyrham mok irfa ditempatkn dikalangn solihin...alfatihah.

:: Cik Viva :: said...

alfatihah mok....huhuhu

happyichigo♥ said...

Al-Fatihah...takziah kak irfa sekeluarge.

Rumah Kuning said...

Inna lillah wa inna ilaihi rajiun dan takziah utk irfa sekeluarga.