# terima kasih pada yang sudi singgah wpun dah banyak hari tak update
banyak perkara berlaku sehari dua ni
20/01/2015 (Selasa)
Lebih kurang jam 7.50 malam
aku baru bangun nak ke bilik air, balik keje lepak2 dulu
dengar henpon bunyi, belum sempat angkat, henpon dah stop bunyi
tengok henpon, rupanya miss call dari 'MUM'
hati dah terasa sesuatu, sebab mak aku pantang besar telefon waktu Maghrib
# ingat lagi mak selalu bebel kalau henpon bunyi waktu Magrib
sebab bagi mak, itu waktu sibuk orang kejar nak solat Maghrib
bila kol mak semula, talian dah sibuk
tiba2 CV jenguk ke bilik aku, bagitau
' kak, mok takdok doh, baru kejap tadi'
ALLAH, rasa nak gugur jantung
aku harap itu mimpi, tapi cepat2 sedar yang aku bukan mimpi
dipendekkan cerita, kami semua balik kampung malam tu jugak
nak balik dengan flight, rasa dah suntuk sangat
Terima kasih kepada 'teman sebilik' kerana memahami
Terima kasih kerana bersengkang mata drive sorang2 sampai ke kampung
kami bertolak 11.30 malam dari umah (Nismilan) sampai kampung tepat jam 5 pagi
aku cium dahi mok, sejuk
aku pegang tangan mok, sejuk
muka mok macam tido
aku macam mimpi mok dah takde
aku rasa macam mok cuma tido
Apapun aku redha dan aku sangat puas hati sebab salah satu impian aku tercapai
dari dulu lagi aku niat, kalau mok dah takde
aku nak mandikan mok buat kali terakhir
Alhamdulillah, aku dan 2 sepupu berpeluang meriba mok waktu dimandikan
lebih kurang jam 11.30 pagi (Rabu, 21.01.15)
Mok selamat di kebumikan di kampung kami
Rasanya adik beradik juga sepupu2 tahu aku cucu paling rapat dengan Mok
Masa kecik aku banyak dihabiskan bersama mok
sampailah aku dah nak mula bersekolah, baru balik duduk ngan mak ayah
walaupun dah kahwin, tiap kali balik kampung
mesti aku akan tido dengan mok
#kecuali kalau mok 'halau' aku suh tido kat bilik
katanya 'tak baik tinggal laki tido sendiri' huhu
padahal en abe ok je, dia tahu bukan selalu aku dapat manja ngan mok
sesekali balik nak tido sama, apa salahnya kan
gambar kenangan mok bersama tok, masa tok masih hidup sekarang kedua2nya dah pergi menemui Ilahi AlFatihah |
semua kenangan bersama mok, akan aku bawa sampai mati
nasihat dan pesanan mok tetap aku ingat sampai bila2
terima kasih pada yang mengucapkan takziah di FB dan Wsap
Comments
alfatihah salam takziah
Salam takziah dari saya