Monday, August 29, 2016

Aku Dan Kereta

Kisah berlaku minggu lepas. Aku ke spa dekat2 rumah, sental muka kata ko, haha. Parking kereta baik punya depan spa tu. Elok abis je treatment, bukak pintu kereta .. datang lelaki tegur tayar pancit. Alahai, stress jap. Sib baik kedai tayar selang 7-8 kedai je (hujung blok bangunan tu. So slow2 bawak keta ke kedai tayar.



Pomen check, ada 2 batang skru cucuk tayar. Tampal bocor rm10 untuk 2 tayar tu. Nasib baik lah kejadian berlaku tak jauh dari rumah. Dan nasib baik jugak berlaku di tempat yang senang dapat bantuan. Kalau lah berlaku di jalan sunyi, takde kedai tayar dan semestinya aku memang fail pasal kereta. Tahunya cuma isi minyak dan bawak keta je, tukar tayar ke, check air ke, check segala mak nenek pasal keta memang semua tak tahu ( tak tahu + tak ambil tahu, huhu).

Nampaknya kena belajar ambil tahu lepas ni, takde lah semua benda nak harapkan orang tolong (tapi tukar tayar tu memang guna banyak kederat kan? huhu).

eh sapa sini yang macam aku? meh lah berhuhu sama

Update kembali:

Post kisah tayar pancit ni kat Facebook, ada yang komen pernah kena area yang sama. Pastu ada yang kata, memang ada kes 'khianat' tabur paku dijalan, sengaja nak pancitkan tayar. Kalau betul, alangkah kesian kan?

8 comments:

  1. Alhamdulillah, baiknya Allah jadikan di tempat yg mudah untuk irfa dapat bantuan..")

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah mujur ada orang yang membantu.. Siqah pun kalau jadi cmani, tak tahu nak baiki camne. Huhu.

    ReplyDelete
  3. Nasib baik tak ape-ape..alhamdulillah dugaan allah nak bagi untuk hikmah lain ;)

    ReplyDelete
  4. SYUKUR ALLAH PERMUDAHKAN URUSANMU...NAMPAK MCM ADA YG SENGAJA NK BOCORKAN TAYAR KETA TU

    ReplyDelete
  5. Nampak mcm paku baru...berkilat. Ada yg renovate rumah kat area situ?

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dekat kedai tayar..

    ReplyDelete
  7. kalau belajar pun kak... kudrat wanita ni tak terdaya nak buang tayar.. berat ya aamat..

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)