Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Hari Terakhir Tahun 2012

Okey..entri ke3 untuk hari ini memang gila kentang la padahal entri merepek je pun 31 Disember 2012 hari terakhir dan penutup tahun ini esok Insya Allah kita akan masuk tahun baru pandang kembali kebelakang 365 hari telah berlalu sebab belum campur hari ini 2012 ada 366 hari ye sebab Februari ada 29hari macam2 perkara telah berlaku dalam tempoh tersebut ada manis  ada pahit ada masam hehe apapun yang berlaku hidup mesti diteruskan selalu bila nak masuk tahun baru kita mula senaraikan azam baru aku? berazam nak selesaikan azam tahun2 yang lalu antaranya ialah 1).......................... 2).......................... 3).......................... 4).......................... 5).......................... (rahsia) hahahaha jangan marah ye nanti kena jual bye bye 2012 welcome 2013 maaf kalau ada salah silap selama aku berblog jumpa lagi tahun depan opsss..sebelum itu ada sedikit pesanan  dari blogger kakak sayang- Kak E...

Destinasi Cinta,Nurul dan Eric

Antara rancangan tv yang aku tonton Ahad semalam ialah Destinasi Cinta.ni pun siaran ulangan sebab siaran sebenarnya kalau tak silap hari Rabu jam 10malam. Destinasi Cinta ni ditaja oleh AA (bukan Aaron Aziz tapi Air Asia ye) .Aku suka jugak layan sebab nak tengok gelagat pasangan artis itu.Katanya 12 @ 13 pasangan ditaja oleh AA ke destinasi terpilih tapi tak semuanya aku tengok.Tengok pun ikut masa free..yang aku tak tengok ialah percutian Natasha Hudson,Sazzy Falak dan Yasmin Hani. Yang aku dah tengok ialah percutian : -Irma Hasmie dan suami,Redza ke Indonesia -Elyana dan suami,Khairul ke Laos -Johan dan isteri,Ozlyn ke Koh Samui di Thailand -Ana Raffali dan suami,Naim ke Indonesia -Raja Farah dan suami,Megat ke Kochi,India -Norman Hakim dan isteri,Memey Indonesia -Mizz Nina dan Noh (Hujan) ke Filipina -Farish Aziz dan isteri ke Vietnam -Nurul Wahab dan suaminya,Eric ke Pulau Mabul Dalam semua pasangan yang aku tengok ni..tak semuanya best bagi aku.Ada yang aku tengo...

Raikan Cinta,Blogger Maria Elena

Hai Korang...sihat kah semuanya?hari ni aku nak up entri banyak2 untuk penutup tahun 2012.boleh? Sabtu Ahad tak kemana,duk umah je.....layan tv,makan dan tido ulang lagi sekali,layan tv,makan dan tido.semua channel kat Astro tu aku layan.balas dendam nampaknya..anak2 pun takde peluang tengok kartun..dapat tengok pun bila umie tengah masak @ naik mandi..hehe,gila kejam kan? Antara rancangan yang aku tengok ialah majlis walimatul urus blogger, Maria Elena dalam Raikan Cinta.Aku pun baru je baca blog dia..itupun sebab aku baca blog HoneyKoyuki  lalu terklik la sekali blog MariaElena ni.(Maria Elena kahwin dengan abang sulung HoneyKoyuki).Aku sebenarnya baca je blog dia dan tak penah komen pun sebab tahu jelah..blog orang2 glemer ni,kita suka baca je kalau komen pun bukan diorang perasan.hehe). Apapun..satu je aku nak komen,,sepanjang rancangan tu aku senyum sorang2..sebabnya aku rasa blogger itu dan pasangannya sangat comel (macam tengok budak sekolah bersanding pun ada) d...

Mood Caca Marba

Hari Jumaat yang mulia Penghulu segala hari Tapi hari ni mood agak caca marba takde mood nak buat apa pun Aku rasa nak balik rumah aku inginkan satu percutian yang jauh dari semua perkara yang menyesakkan kepala @ tido tido tido aku ingin tido  bukan kerana aku mengantuk tapi aku malas nak berfikir (+_+)

Selamat Berjuang Sayang

ayat tak agak2 tu :) jam 11 pagi tadi kakak 'terbang' pulang ke kampung ditemani makcheq aka cikviva maklumlah umie dah ketandusan cuti langsung tak berbaki kalau tidak haruslah umie yang hantar kakak balik maafkan umie ye sayang wajah yang pasti dirindui oleh umie,ayah,abam dan adik kakak bersama 'makcheq' Insya Allah,ada cuti kita jumpa lagi Selamat Berjuang ye sayang 2013 adalah tahun ke2 kakak berjauhan dari kami dalam dunia 'segalanya dihujung jari' ni tak terasa jauh pun setiap malam dengar suara dicuping telinga walaupun duduknya beribu batu tak gitu?

Moga Baik-Baik Aje (Part 2)

Sambungan entri semalam- Moga Baik-Baik Aje .Aku menulis untuk tatapan akan datang..kerana ini antara detik2 semasa proses membesarkan anak.Mungkin aku akan tersenyum sendiri bila baca balik entri ini 10 tahun akan datang @ abam juga akan terkenang kembali kisah ini bila dah dewasa (itupun jika blogspot masih wujud) . Kata Doc,takde lebam dan bengkak..disuruh buat ujian x-ray kalau ada patah dalam yang tak nampak dengan mata kasar.Tapi x-ray pun tak menunjukkan patah/retak dalam.Sedikit pelik,maka aku bercerita dengan  'orang yang dah banyak makan garam' katanya  'kalau doktor tak dapat kesan sakit apa..cuba alternatif lain.tak salah mencuba' . So en abe bawak jumpa 'seseorang' .Katanya mungkin ada 'sesuatu yang terlanggar' ..walaupun aku agak muskil mana datangnya sebab bila aku bekerja,anak-anak cuma dalam rumah..cuma Isnin tu diorang ada keluar ke depan rumah beli jagung dalam cup/ice blended dengan penjaja pakai lori tu.Malam itulah selepas mand...

Moga Baik-Baik Aje

'risau itu permainan hati' tapi tetap jugak nak risau rasanya dah keluar rumah langkah kaki kanan tapi segala2nya kelam kabut hari ni bermula dengan tertinggal pouch  dalam tu ada duit belanja hari-hari nasib baik bawak bekal dan juga handphone office sib baik handphone personal tak lupa huhu keje menimbun tak tahu mana yang patut buat dulu dan hati risau memikirkan si hero petang semalam mengadu sakit celah peha tak lena tido dia malam tadi ditanya banyak kali 'ada jatuh ke tidak?' katanya 'takde jatuh' bila ditekan sakit risau takut masuk angin orang lelaki paham kot aku panaskan lada hitam dan bungkus dengan kain tuam kat tempat yang dikata sakit itu melalak sakan dia baru call en abe kat klinik..doctor kata takde bengkak @ lebam suruh  bawa keklinik satu lagi untuk x-ray YaAllah..lindungi anak2ku 

Selesai Sudah

aku keje ramai jugak yang keje hari ni agaknya sama kes dengan aku kot cuti dah abis..hehe semalam selesaikan persiapan anak2 nak masuk sekolah ke Pasaraya Hari-Hari je pun Untuk si Abam -sepasang kasut dan 3 pasang stokin -sepasang uniform baru Untuk kakak lebih sikit -sepasang uniform baru(kain,baju dan tudung) -camisole(hehe.dah anak dara kenalah pakai)  -sepasang seragam Puteri Islam yang lain-lain pakai je mana ada takkan setiap tahun nak beli serba baru tapi anak-anak sangat memahami kata si abam 'umie tak payahlah beli seluar.elok lagi seluar abam' kata kakak  'kasut kakak baru lagi.kakak nak beli baju baru je sebab dah singkat' alhamdulillah..

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Berita Gembira di Hari Jumaat Yang Mulia

hari ni aku rasa nak senyum sepanjang hari teringat je tersenyum Alhamdulillah dan Terima Kasih padaNya ada 3 berita buat aku gembira hari ini 1-yang ni biarlah rahsia (rahsia kononnya) 2-adik pompuan dah dapat keje setelah sebulan 'tanam anggur' 3-adik lelaki pun dapat kerja baru yang rasanya lebih baik sebenarnya 2 berita (no 2 dan no 3) tu buat aku lebih gembira mereka akan lapor diri 2 Jan tahun depan ~semoga senyuman ini berkekalan~ 

Takut Mengandung dan Takut Bersalin

Sebenarnya aku terdetik nak buat entri ni bila baca blog sorang blogger ni  (dah lama baca blog akak ni..anaknya 5 orang dan sangat2 comel macam makpaknya jugak)  kakak ni citer yang dia memang suka peknen dan sangat enjoy sepanjang perjalanan mengandung itu.Walaupun banyak kali bersalin secara czer tapi dia tetap tak serik sebab sangat sukakan budak kecik.Kagum dengan kakak tu.Tapi kalau tanya aku sekarang 'nak baby' tapi takut nak mengandung dan bersalin.Tapi kalau ada jugak..terima jelah Korang pernah jumpa orang yang 'nak anak lagi' tapi 'takut nak mengandung dan ngeri bila teringatkan labour room' pernah tak jumpa?kalau belum jumpa..sekarang aku nak ucap TAHNIAH sebab sekarang korang dah jumpa.siapa?dia adalah aku.tak percaya?baca sampai habis.. Masa mengandungkan si kakak semuanya okey..nak makan apa,nak minum apa order saja InsyaAllah boleh dapat.sebut nak makan 'ketupat sotong'(terkenal di kelantan..dalam sotong ada pulut) sebut je nak makan...

Mas Kahwin Mahal..Tapi?

Aku gelak dulu,korang boleh follow kalau nak jumpa ni dalam blog yatiechomel harap tuan punya tak marah ^_^ nak share kat blog sebab suka sangat hantaran aku masa tahun 2000  biasa2 je untuk zaman itu tak mahal tak murah 'harga pasaran' eh ingat ayam ke? zaman sekarang hantaran boleh beli keta sebijik itu kisah hantaran belum masuk bab katering bab pelamin anganku musnah pakej bulan madu gambar pre-wedding khemah pengantin dan sebagainya pssssssstt isnin hingga jumaat dah bangun awal sabtu ahad kasi can la bangun lewat sikit tak gitu ?

Cikenit Cikebom

   tak nak bagi orang pegang terus bangun tido atas sofa minggu lepas.. masih lagi ke rumah pengasuh tapi lewat..kadang pukul 12 tengah hari baru pegi itupun puas satu rumah memujuk aku masa tu dah selamat pegi keje selalunya aku kuar rumah pun dia masih tido mereka yang memujuk bercerita 'tipu-tipu' sikit kata nak ke taman @ ke kedai tapi sampai pagar rumah pengasuh dia bantai melalak macam kena pukul tapi minggu ni dia dah tak heran dengan 'tipu-tipu' tu ajak gi kedai @ gi taman dia buat donno je langsung taknak bangun  siap cakap  'ajaa taknak..ajaa nak duduk kakak' sebabnya kat rumah ada kakak,ada abam dan ada moknik (moknik adalah adik aku yang tengah tunggu panggilan intebiu) duk rumah best kot boleh buka peti ais 44 kali sehari boleh mintak nak tengok kartun apa kata abam 'asik-asik citer adik' boleh main game kat tab takpelah kasi can pengasuh berehat kasi can adik bermanj...

Rajin @ Malas Je Membezakan

Sebenarnya aku bukan up to date sangat bab makan-makan ni.Bagi aku asal kenyang okey je.Sebab tu kalau bab beli aiskrim pun anak2 pandai bagi komen 'umie beli aiskrim sedap,tapi ayah beli aiskrim lagi sedap' .rasa nak nanges tak dengar statement tu?huhu.. yelah,aku kalau boleh beli aiskrim bekas besar rm5.99 sen (gambar monyet tu je ) tapi kalau en abe beli haagen dazs @ wall's selection ke hapa namanya,yang reganya jauh beza dengan aiskrim cap monyet tu ada 3 perasa dalam satu bekas tu (perasa vanila,coklat dan stoberi dalam satu bekas kan jimat tu) . dan sekarang aku nak stori mori tentang 'kegilaan' blogger masak-masak yang buat aku jeles tahap gaban.telan air liur tengok diorang post resepi yang sekarang ni je aku baru kenal.dulu-dulu kecoh duk posting apam polkadot,pastu red velvet kek,datang pulak pavlova dan sekarang durian crepe.setakat ni pernah rasa red velvet kek dan durian crepe je tapi pavlova belum lagi. Tadi saja la taip 'pavlova' kat Yo...

Kalendar Kuda @ Kalendar Cina

~Morning Fren~ hari ni sedikit kelam kabut tapi yang pasti tetap orang terawal datang keje hehe Datang awal,bukak emel..baca dan delete sambil kemas meja yang berselerak.huhu jeling belah kiri nampak kalendar  kejap je dah hujung tahun 2012 bila hujung2 tahun macam ni kalendar @ diari tahun baru antara item yang ditunggu bukan tak boleh beli tapi yang ada vitamin 'F' (FREE) itu lebih bagus hahaha SUMBER DARI  SINI kenal ni? ada yang panggil kalendar kuda ada juga yang panggil kalendar cina kuda dan cina?ada kaitan ke? terpulang la nak panggil apa tapi ini adalah kalendar pilihan aku setiap tahun ops..satu lagi kalendar pilihan kalendar meja yang ada ruang untuk catat  bila aku ambik cuti..macam ni kaler pink tu tanda cuti sekolah ;) oren tu PublicHoliday  ingat lagi kalendar zaman aku kecik dulu yang jenis kena koyak setiap hari dan pernah kena marah oleh mak aku sebab aku koyak kalendar tu banyak2...

Diorang Dah,Abam Je Belum

Emmm..nak citer ke tak?nak citer ke tak? (itulah suara yang berkumandang dalam kepala masa nak tulis entri ni sebabnya kejadian berlaku hari Sabtu,sekarang dah Selasa.macam dah basi je kan?tapi kalau tak tulis nanti lupa..so tulis jelah sebagai kenangan akan datang) .hehe Ini kisah hari Sabtu yang lepas,kami sekeluarga ke rumah Sil di Cheras meraikan majlis berkhatan untuk sepupu kamceng si abam (Alip dan Aril).Ingatkan nak suh si abam join tapi last minute tak jadi..takpelah,masih awal lagi,Insya Allah tahun depan.Meh layan gambar... alip n aril dah abam je belum 3 sepupu yang hampir sebaya dari kiri:adam dan ajaa sebaya n airen tua setahun  Pagi sabtu tu tolong mil masak walaupun sebenarnya Sil dah tempah katering tapi mil tetap jugak masak 1 hidangan (asam pedas daging).Majlis makan tengahari dengan menu ala kampung.Ada ayam masak lemak,asam pedas daging,ikan keli sambal,tempe goreng,ikan masin,sambal tempoyak dan ulam-ulaman.Pencuci mulut muah rambutan dan ...

Doaku UntukMu

Salam Sejahtera.. Semalam tak sempat jenguk blog kengkawan..sebabnya aku tumpang sekali rombongan melawat 'sahabat baik yang ditimpa ujian' yang kini sedang mendapatkan rawatan di PPUM.Orang kata..bila kita berkawan jangan hanya berkongsi kegembiraan sahaja tapi biarlah sama-sama mengharungi suka duka.Kak A adalah antara sahabat yang paling aku sayang..seperti ibarat,cubit peha kanan,peha kiri turut terasa sakitnya.Aku sebagai kawan pun terasa pedihnya apatah lagi ahli keluarganya. Buat Kak A,kami semua mendoakan dengan izin Allah..semoga keajaiban berlaku dan akak kembali sembuh seperti sediakala.Amin... Kengkawan semua yang baik hati..titipkan doa untuk sahabatku itu semoga dikurniakan extra ketabahan dalam mengharungi ujian ini.Semoga Allah membalas jasa baik kalian... 

Testing 123

hai korang ada masalah ke nak bukak blog aku? sila jawab dalam kotak komen.. kalau memang takde komen  ini maknanya memang betul kata Rai ada masalah dengan blog aku ni daaa

Menipu Cara Baru.Betul ke?

Lunch di meja je hari ni..malas nak kemana2.Sambil makan sambil layan blog dan sambil baca emel.Simpan mana yang penting dan delete yang mana tak penting. Jumpa satu emel.. 'Jaga-jaga bila di datangi kanak-kanak' tajuknya.emm terus bukak sebab terfikir apa je yang seorang kanak-kanak boleh buat. Kisahnya begini..sedang saya menikmati Tutti Frutti saya.. tiba2 datang seorang kanak2 lelaki Melayu dlm lingkungan umur 8 tahun. Duduk disebelah meja saya & berkata: 'Pakcik., mahal tak ice-cream tu? Dia ada jual sikit2 tak?' Saya jawab: 'Kalau adik ambil banyak, kena la bayar lebih'. Beliau terus mengajukan soalan demi soalan, tapi saya mendiamkan diri. Mungkin anda anggap saya sombong atau angkuh. Mungkin ada yg berkata: 'Ala Max,ice-cream mcm tu pun nak berkira,belikan la aje kat budak tu'. Sebenarnya rakan saya dah terkena. Beliau didatangi oleh budak seperti ini, & beliau belanja dia Tutti Frutti., duduk berbual dgn budak tu, dlm masa...

Iklan Berjimat Cermat

tiap kali dengar iklan dari kerajaan tentang 'berjimat' kat tv @ radio aku senyum sumbing.iklan tu untuk siapa?golongan marhaen @ golongan 'ada-ada'?kalau golongan marhaen macam aku ni,rasanya dah berjimat sampai tahap tak tahu nak jimat celah mana lagi. # jimat elektrik-golongan biasa2 ni..boleh kira dengan jari rumah pasang ekon.banyaknya ada kipas je. # jimat barang dapur,sebelum membeli dah survey pasaraya mana jual barang paling murah. # jimat belanja dapur,masak satu@dua lauk tu dah rasa mewah sangat la tu. (cukuplah 3 contoh tu..kang tulis2 banyak2 pun buat semak jiwa je)   TAPI..ayat pujuk hati,kalau mampu makan nasi dengan satu lauk fikirlah 'nasib baik Allah masih bagi nikmat boleh makan..walaupun lauk tak sedap mana.bayangkan kalau sakit tak boleh makan.letak la ayam golek depan mata,cuma mampu pandang je sebab sakit dan nikmat makan itu dah takde' emm....

Sedulang Kasih Sayang

sejuknya la ekon ni kena pakai glove kalau gini nampaknya tadi gugel sana sini aku jumpa gambar ni sumber gambar dari sini- adiharriman ambik ko,sampai 6 orang makan sedulang sukanya aku tengok budak-budak makan sedulang ni.terbayang keakraban dan keceriaan diwajah masing-masing.lagi berselera makan ramai-ramai sambil rebut-rebut. teringat dulu ada dengar ceramah Ust Kazim,katanya 'kalau masih ada anak-anak kecil..cuma ajak makan ramai-ramai dalam dulang.Insya Allah bertambah erat kasih sayang' .banyak lagi yang dia sebut tentang hikmah makan sedulang ni tapi aku dah ingat-ingat lupa..kan bagus kalau makan ramai-ramai sedulang,ayah suap ibu,ibu suap anak..hehe,so sweet emm ingat nak buat la.anak-anak aku masih kecik lagi.kalau anak besar mungkin susah sikit la nak tukar rutin.aku penah buat sebenarnya kes makan nak basuh pingan banyak-banyak,aku letak nasi dan lauk dalam pinggan besar.tapi bukan dulang..pastu makan dengan anak-anak..memang banyak diorang ma...

Tarikh 12.12.12,Meraikan Hari ke 40 Tahun

~hai hai hai ~ amboi baik punya perangai..duk ber hai hai..mana salamnya?Assalamualaikum semua..sihat ke?sarapan apa pagi ni,aku bersarapan nasi lemak .walaupun niat hati taknak makan nasi minggu ni kengkonon.huhu tapi aku tak berdaya menahan tangan ini dari menceduk nasi lemak bersama sedikit sambal dan sekeping telur mata.biasa dia ni tau..sib baik 'pakcik mahal' charge rm2.50 je.dengar citer pakcik mahal dah abis kontrak tender kafe hujung bulan ni.harap2 dapat pengganti tender baru 'pakcik murah'eh suka hati je kan. sebenarnya tajuk atas tu bukan aku celebrate besday ke 40 tahun.eh!ai muda lagi..lagi 7 tahun baru capai angka 40an.muda kah? ni kisah petang semalam..pada tarikh istimewa yang menjadi rebutan ramai 12.12.12.last minute aku di hantar sebagai wakil unit untuk sama-sama meraikan tahun ke40 syarikat kami..yelah..unit aku 4 orang jer termasuk bos.orang lain semua sibuk,maka aku lah yang dihantar sebagai wakil. macamlah aku tak sibuk,huhu .memula cam mal...

12.12.12

12.12.12 tiru tajuk DaddyZiyyad ;) jangan marah ye DZ tarikh yang cantik ada yang nak kahwin tarikh ni bagi yang dah kawin dan sedang mengandung tak ketinggalan nak bersalin pada tarikh cantik ini tapi pastikan baby dah cukup bulan untuk bersalin  macam-macam kan aku adalah manusia yang buat sesuatu tak tengok tarikh pun bagi aku semua tarikh ada keistimewaan masing-masing tarikh lahir aku 1 Feb-setiap tahun cuti hari Wilayah tarikh lahir en abe pula 12 Mac kakak lahir 11 Ogos abam lahir 11 Jan-sama besday dengan Dato Siti adik pulak lahir 9 Jan tarikh nikah 18 November masa tu tak de pikir tarikh lawa ke tidak yang penting dapat kahwin amboi...hehe apa tarikh istimewa korang pulak?

Baby Baru dan House Warming@Setapak

sambungan entri ini Malam balik kenduri tu kami tido rumah Sil (tuan rumahnya takde,diorang satu family ke Baling sebab mentuanya sakit.dan kakak pun mengikut sekali..alahai anak dara,berjalan jelah kejenya cuti sekolah ni.Mil jadi tuan rumah sebab adik ipar sorang lagi baru lepas bersalin duk situ sebab senang mil nak jaga dia). Meh kenal dengan ahli baru dalam keluarga en Abe.namanya kalau tak silap Eidil Faris (rasanya ejaan tu mungkin silap) .Aku suka nak panggil dia dengan nama Faris ;).ni anak no 2 sil,anak sulungnya pun lelaki jugak. hai..nama saya Faris.saya lahir dengan berat 4.11kg pada Rabu lepas(5Dec). baby Faris yang montel suka cium pipinya yang wangi dan bulat itu  kacau sama dia okey gambar last tu 'kakak sepupu baby'..nampak je macam tak jeles,tapi bila aku riba baby lama-lama...dia pun sibuk nak duduk atas riba.kalau tanya dia 'nak baby tak?' laju dia jawab 'ajaa tak nak baby' ni bukan baby dah Jan depan dah 3 tahun suka bu...

Sabtu dan Ahad,Hari Gantung Periuk Kuali

~Salam~ Datang keje tadi jalan clear,pegi kafe pun takde adegan beratur panjang masa nak ambik makanan...hati rasa sikit pelik.Masuk opis pun banyak meja kosong,bos besar pun takde,pelik.Tapi bila kakak depan meja ni bersuara 'ramai orang cuti hari ni..kan best kalau kita cuti jugak,esok public holiday..sambung terus' sepantas kilat jeling kalendar atas meja.oooooooo patutlah,esok cuti umum-hari jadi Sultan Selangor rupanya. Okey..meh kita bercerita kisah gantung periuk  dan kuali (Sabtu/Ahad) yang lepas. Lepas Magrib hari jumaat tu kami dah pecut balik Cheras,adik ipar buat kenduri sikit sempena anak dara no2nya dapat result bagus dalam upsr yang lepas.Makan2 keluarga je..kami sampai masa orang dah start makan.elok lah tu,capai pinggan terus makan je sambil borak dengan sedara mara yang dah lama tak jumpa.Malam tu kami balik tido umah mil. Sabtu .. Majlis Pertama kat sini,Sangkot The Garden Wedding Place Sangkot The Garden Wedding Place sesuai untuk ...

Video Blog (or "Vlog") dan matluthfi

malas nak keluar lunch dalam ekon super sejuk ni layan teh tarik dengan semekut (biskut lor) perghhhhhhhhhh memang nikmat sambil2 tu buka YouTube eerr malu nak ngaku sebenarnya aku baru tahu selain blog tulis-tulis macam blog aku ni rupanya ada satu lagi versi blog iaitu Video Blog yang nama singkatannya 'vlog' vlog pertama aku tonton ialah  matluthfi budak lelaki yang comel muka macam korea sikit-sikit belajar kat oversea,Perth kalau tak silap aku la asal dari utara,tak silap dia dari Kedah suka dengan loghat kedahnya yang pekat itu walaupun videonya macam nampak main-main tapi ada maksud tersirat contohnya macam video bertajuk - kecelaruan maklumat #jangan mudah percaya 100% berita dalam internet #check betul2 sebelum percaya pada sesuatu berita eh!macam sama je hehe -lalang #campur aduk hal politik dengan agama -aku nak kahwin #cute sangat dia bawak 2 watak sebagai lelaki dan juga pompuan #masalah yang dihadapi oleh orang2 ...

Sarapan dengan Hot&Roll sambil baca novel Adam dan Hawa

~Salam Jumaat~ sarapan lewat hari ni banyak keje,huhu okey..layan crispy pizza dari Hot&Roll emm rasanya? bolehlah,sedap sangat tu tak jugak tapi abisla jugak aku makan tak baik membazir.hehe kalau tak silap aku namanya,crispy beef rm6 after diskaun Dan dalam usaha menghabiskan novel Adam&Hawa aku baca balik sebab lupa macam mana Ain tu boleh kawin dengan Adam sekarang baru ingat balik seingat aku dah penah baca novel ni tapi lupa jalan cerita bila heboh tayang drama Adam&Hawa ni kat S'tro aku pun teruja jugak nak tengok tapi takde ambik pakej tu maka layan balik baca novel yang tak bestnya aku duk membayangkan Aaron Aziz  padahal baca sebelum ni aku tak membayangkan sesapa pun yela..masa tu rasanya Arron lom gelemer macam sekarang yang best tentang novel ini ialah Adam Mukhriz sebagai pilot Mas ai like ;)  gambar dari sini aku suka tengok pilot.tahu kenapa? suka tengok pakaian mereka yang kemas ...

Mula2 Suka,Lama2 Bosan

tak pastilah korang penah alami ke tidak perasaan macam aku rasa sekarang.kisahnya begini -Dulu..aku suka sangat baca blog seseorang (nama dirahsiakan atas faktor keselamatan) .kalau boleh nak suh dia apdet setiap 1 jam.hehe.sebab rasa cam best sangat baca blog dia.Walaupun apa yang dia tulis cuma benda biasa je pun -Sekarang..aku tak masuk pun blog dia (kalau masuk pun mungkin sebulan sekali) sebabnya aku dah tak minat nak baca..semua yang dia tulis sekarang dah takde kisah dia..tapi cuma promosi produk semata-mata. aku jeles ke? ntah...(<_>)

Pecah Rekod:Nilai ke Shah Alam

Ni pun kisah Ahad lepas,patutnya aku post yang ni dulu sebelum kisah  mak aku nak balik kampung dan aduan tentang bas cap ayam serama  tu tapi masa tu tengah panas hati,terus publish yang tu dulu..nanti dah sejuk tak sedap.hehe Okey,lepas balik dari  kenduri kat Rembau tu,sampai rumah en Abe bersiap nak pegi keje,aku pun pun sama bersiap tapi bukan nak pegi keje.dah janji nak bawak mak pegi rumah makcik (sepupu mak aku) yang duk kat Shah Alam.Konon nak ganti la sebab Sabtu tu tak kemana-mana,nak ke MAHA pun takde sapa sudi layan..maka aku membuat rancangan lain.Plan asal nak bawak anak-anak main air kat swimming pool umah sewa adik lelaki aku sebelum gi umah makcik sebab makcik abis keje kul 5.00 petang. For info,aku memang ada lesen,boleh drive pegi dan balik keje dan kawasan sekitarnya macam Jayen,Tesko,Aeon Somban tapi aku jarang drive diluar kawasan.Paling jauh aku penah drive ialah balik Bandar Tun Razak rumah Mil.itupun kalau lalu tol Sg Besi,kalau suh la...