Skip to main content

Kerja Orang,Kerja Kita..Janji Ada Kerja

nasi lemak lauknya kerang,rm3
nasi yang cukup lemaknya
sambal yang cukup rasanya
memang complete
pertama kali beli kat makcik ni
memang akan jadi kegemaran akan datang  

Kerja Orang,Kerja Kita..
Janji Ada Kerja
Ada Kerja,Ada Gaji
tak gitu ?

ada orang merungut banyak keje
ada orang merungut takde keje
ada orang melangut tak buat keje
haha
korang kategori mana?

aku adalah semua diatas
ikut musim ;)

kadang2 kita rasa kerja orang lagi best dari kerja kita
macam aku contohnya
taknak bagi contoh orang lain
so baik buat contoh pada diri sendiri
ye tak?

tengok orang outstation sana sini macam best je
tu ari berborak dengan sorang akak senior
baru balik dari duty travel ke London
aku yang dengar seronok je
tapi tuan punya badan merungut penat
memang betul2 pegi keje
tak sempat nak cilok untuk cuci mata pun katanya
yelah,,dah kata gi keje bukan makan angin

aku yang keje duduk je kat opis ngadap pc
rasa macam best je kalau dapat keje macam dia
dapat makan angin  sambil keje

okey..berangan sudah,makan pun sudah
jom buat keje
(*_*)  

Comments

Unknown said…
aku ni keja pun malas..cemana... alaa.. aku tak boleh makan kerang...
oren said…
kat sini, nasik camtu bleh dpt rm1..

akak selalu beli kat gerai apek-aspalela..nasik, sambal udg, kacang + bilis, timu..rm0.60 jeerrrr.....
cheqna said…
cheqna pun adakalanya merungut gak
tapi cepat2 betulkan pemikiran dengan berfikir tentang org yang nasibnya kurang bernasib baik berbanding cheqna
Irfa said…
@rai..
ko memanjang malas.haha
nape xleh makan kerang?alahan ke @ mmg x suka makan kerang?

@kak oren..
huhu,akak ni...saja buat saya jeles
manakan sama,saya ni duk kat international airport..segalanya mahal sib baik masih terima duit RM.hehe
HeNRieTTa JoSe said…
slmt bekerja....yummy...suka lew nasi lemak smbal kerang..jarang dah jmpa tlur goreng cam gitu...
Ish....manusia. Ade ke yg nak bersyukur?
nazayiena said…
Ada masa juga merunggut bab kerja2 nie.
Dr K said…
betul tu..kita selalu nilai kerja org lain tu best la, relax la...padahal org yg dlm bidang tu sendiri stress! ekekekeke
Anonymous said…
janji kerja kita beres & on time sudahlah !
Acik Erna said…
assalam dik..apa2 pun janji ada kerja betul tak
:: CIKVIVA :: said…
Kerja la selagi ada kerja...
nak makan kerang suka..tapi lepas tu mengaru2 gatalllll
NenetPenne (NP) said…
biasalah lah...tengok tilam rumah orang empuk jer..tilam sendiri? mmmmm kurang empuk..haa gitulah kaedahnya..

contoh terbaik time2 hujan ni adalah tilam..perggghhh dapat tilam, tidor tak hengat kan...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t