Skip to main content

Mum's Secrets Survey

petang-petang ni selalunya semua keje wajib dah setel,apa kata kita jalan-jalan dari blog ke blog.antara blog wajib baca ialah blog 'ibu vogue yang menjadi impian semua wanita'.siapa?dia ialah Kak Nani Rostam.aku suka baca blog ibu-ibu yang menten lawa walaupun anak berderet.ambil tips mana yang boleh diguna pakai la kononnya.bukan memuji sesaja tapi memang aku suka baca blog dia.

sebenarnya ada je komen tak sedap didengar tentang blog KakNani.tapi ada ku kesah?tak suka jangan baca,aku suka so aku baca lah.kalau dia nak memuji anak dia,suka hati dialah.dah blog dia kan?kalau aku nak puji anak aku,aku tulis jelah kat blog aku.tak gitu?sapa lagi nak puji anak kita kalau bukan mak dia sendiri.okey...........abaikan

terbaca satu entri tentang survey-disini,okey terus merajinkan diri menjawab survey itu Mum's Secrets Survey..


senang je nak buat survey tu.soalan objektif  tinggal nak pilih je mana yang sesuai.buat apa nak tipu-tipu kan.aku jawab je seikhlas hati.

sebenarnya lepas buat survey,aku cam pelik kenapa takde apa2 result..bukak balik website.oh..malunya saya.rupanya dah tulis kat depan-depan tu.

*Results on 29th October 2012 on MSN Malaysia.

sebenarnya aku tak tahu survey ini untuk apa?peraduan kah @ suka suki kah?huhu..so aku tak tahu apa kesudahannya,adakah aku kena bukak balik website itu pada tarikh tersebut @ otomatik akan dapat emel bagitau result.argh...lantaklah aku jawab suka-suka je pun

tapi nak share satu soalan dalam survey tu.soalan (no 8 ) itupun kalau korang dah bukak la

'Do you secretly want your child to be better and smarter than your sibling's child?'

okey..bersedia untuk ulasan.wah!ulasan sesaja ko sekarang ye..haha,layankan je

masa kecik dulu,aku takde saingan dengan sepupu2 sangat sebab aku cucu sulung dan sepupu2 yang ada pun adalah kecik dari aku.kategori adik-adik je....mesti la aku lebih hebat.hahaha

tapi bila sampai zaman adik-adik aku,kesian kat diorang.bila ada sepupu yang sebaya..mak mak biasalah kan,dalam kata 'tak kisah' tu tapi ada ketika membandingkan anak mereka dengan sepupu2 mereka yang lain.

contoh situasi:

-ada sepupu dapat result exam tahap gempak.konfem seminggu cerita itu jadi bahan cerita.pujian-pujian semestinya wajib ada.pantang la ko buat silap,mesti panas je telinga

dan

-sepupu sorang lagi dapat masuk U,sekali lagi ko kena..'tengok,anak pakcik ...... dapat masuk U,Ko ada?'

semuanya itu stres okey,bukan aku yang kena tapi tempiasnya tetap ada.aku harap,sampai ketikanya nanti..aku takkan compare anak aku dengan anak orang lain.emmm..tapi potensi ke arah tu macam ada je.hehe,gurau je.aku cuba untuk jadi ibu terbaik untuk anak2 yang ber3 itu....aku mahu mereka bangga punya ibu seperti aku.

Comments

Lady Windsor said…
irfa
suka baca blog nani rostam tu kan...aura positifnya sangat kuat..i believe in that matters..kalau kita ada dalam lingkungan orang yang berfikiran positif sentiasa, kita pun akan jadi positif...
asyifamustaffa said…
Time sy mmbesar x de sepupu sepapat yg sebaya umur sy....so bila time exam2 tu...x de la stress kan....hehe....tp mak sy bkn orng yg suka pun becerita psal kejayaan anak2....
Pasal nak banding2 kan anak nie... X bgos pun klau kita ikut kan...anak pun bole stress jdinya...ikut la kmampuan mereka kak...anak2 ada kelebihan msing2...kan manusia diciptakan berbeza....klau sama smua cmne plak kan....hehe....
gadisBunga™ said…
sapa yang taknak anak dia jadi yang terbaik kan? :D
Mulan said…
memang cantik kulit dia kan...
NenetPenne (NP) said…
perbandingan ni ada dua kategori
1. untuk menaikkan semangat
2. untuk meranapkan semangat

so boleh pilih yang mana satu...

blog kak nani tu i baca, kita bila baca blog orang kena bersikap positif..menerima apa yang ditulis dgn hati yang terbuka

kalau dia nak puji anak dia lawa pun... memang anak dia lawaaaaaaaaa... jadi tak salah laa kan..

manusia kan memang ada yang pendengki...

:: CIKVIVA :: said…
sekarang lum rase pape sebab belum ade anak..hehe. tapi kadang buyers jugak dgn anak2 buah..
Unknown said…
errkk..tak secret kot..hahaha..

cuma pada aku kebijaksanaan bukan cuma terletak pada result exam..dan aku strongly belief that kejayaan hidup bukan terletak pada tinggi mana dia belajar..so..maybe in future insya allah aku tak membandingkan pasal benda2 gitu..

at least skang ni aku pk macam tu.. tatau la bila diorang da start skola nanti kan..hehe..
ZieMarziah said…
x penah baca blog mummy secret ni.bla2 boleh la melawat:)
bab banding2 ni dah selalu sgt nampak.tp seb bek mak sy bukan jenis macam tu hehehe
Irfa said…
@kak lw..
betul tu,bergaul dengan org + maka + lah hidup kita,kalau salah bergaul juga akan memberi kesan.suka blog2 yg aura + moga tempias pd diri sendiri
hehe..blog akak pun sama jugak

@asyifa..
rasanya ibu2 hebat sekarang menerima anak2 seadanya ;)

@GB..
betul tu,siang malam itulah doanya.moga anak2 mendapat yg terbaik

@kak mulan..
tak pernah jumpa face to face tapi tgk dalam blog macam cantik orgnya
Irfa said…
@kak net..
pendengki ni ada dimana2
sejak zaman nabi Adam lagi dah ada
kdg2 panas jugak telinga mendengar org kutuk dia pdhal bukan sedara saya pun.tp sbb saya baca blog dia dah lama,rasa macam dah kenal je

@cik viva..
mak jugak.'mak cheq'hehe
Irfa said…
@rai..
okey,kita tunggula setahun dua lagi bila anak ko mula sekolah ;)

@shahzee..
itu blog kak nani rostam.yang mummy secret tu bukan blog rasanya.itu mungkin survey punya website je

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t