Skip to main content

Terbaik Punya Entri dari Cik Geli

Antara blog yang wajib baca ialah blog Nowa aka CikGeliGeli,mula kenal blog ni bila dia tulis kisah bantahan siaran Nora Elena yang mendapat perhatian Tv3 tu.dia isteri dan ibu yang comel dimata aku,nampak gambar kat blog dia seorang yang kecik molek orangnya.tulisan dia super kelakar.boleh buat mengalir airmata.tapi dalam kelakar ada maksud tersirat.seperti entri ini-Keluh Kesah Mengarut.sebagai isteri yang 'biasa-biasa' aku membaca sambil berdoa moga 'mysoulmate' menerima aku seadanya sepertimana aku menerima dia seadanya,bab 'ada tali pinggang beso bawah baju' tu aku juga gelak dalam tangis.huhu...

ye,cutting sekarang takkan sama macam 12 tahun dulu,dulu pakai jeans size 27 sekarang size 33.dulu slim sekarang 'comel' sikit lepas dah 3 keluar dari perut..manakan dapat perut rata macam dulu lagi.tak paham?korang kena baca blog cikgeli dulu baru tahu aku citer pasal apa.bagi jantan-jantan yang suka komen lebih-lebih pasal bentuk badan bini ni,dia patut tau..kalau ko impikan bini berbody seperti bentuk biola.sedarlah..isteri juga ada impian nak suami badan ada six pack.cuma zahir tak terucap sebab itu dah tak penting lagi..bila dah kahwin tanggungjawab pada keluarga lebih utama.

okey..aku copy jugak isi surat itu dan harap korang baca dengan tenang sambil minum milo cicah semekut.cool beb.kalau ada rasa 'hati berdarah' rasanya itu normal..kalau takde rasa apa-apa,korang memang heybat ;)

jom baca...aku dah baca berulang kali sambil berfikir,jika ini kisah benar...amat menyedihkan jadi perempuan yang 'dikutuk' oleh suami aka ayah kepada anak-anaknya.

''Assalammualaikum Puan Stephanie..Recently,I came across your Blog and FB.And I saw u once in KLCC with your lucky husband and hansome Ryan.What can I say is..'wow!All men are dying for u!Your face are beautiful,fashionable,voluptious body and sexy even dalam T-shirt!Okay,let me introduce myself.Im a married guy,ada anak...Actually saya dah lama memerhatikan awak since terjumpayour blog add dari blog isteri saya..I love reading your blogs,enjoy viewing at your photos..U really had a beautiful life..Jeles saya..Entah kenapa.Mungkin isteri saya tidak seperti awak.Dia biasa saja..Yelah,mungkin lelaki seperti saya memang tidak layak untuk memiliki isteri seperti awak..

Sejak melahirkan anak kami,dia berbadan agak gempal..perut memboyot.Tetapi apa kan daya,dia isteri saya kan.Cuma,saya sudah tidak berselera dengan dia..Setiap kali bersama,saya terbayangkan wanita lain.Sebab,kalau saya bersama denganya,saya rasa macam...lawak,mahu ketawa!Position agak susah sebab badan dia yang gempal,perut dia bergoyang-goyang,banyak sangat selulit,rupa dia macam kelakar..Tidak menaikkan nafsu saya langsung..Hanya sekadar untuk saya sebagai lelaki melepaskan nafsu..Apatah lagi bahagian bawah dia longgar ..

Menurut pakar,wanita berbadan gempal bawah agak longgar berbanding wanita seperti awak..tidak gempal tidak kurus..Apatah lagi,when I met you in person,wajah awak yang cantik,bahagian dada dan punggung awak adalah penambah selera semua lelaki.Isteri saya?Apa saya perlu buat?Saya tiada selera langsung..Kadang kadang saya fikir,masturbate lebih memuaskan.Kalau saya tiada anak,pasti saya sudah menceraikannya..Kadang-kadang malu nak memperkenalkan dia sebagai isteri saya pada kawan-kawan.Apakan daya...Apa yang membuatkan saya lihat pada isteri saya,dia terlalu mengongkong saya,pemarah,tidak pandai bergaya,tidak expert bab-bab memuaskan nafsu saya sebagai suami dan tidak cantik.

Sebelum berkahwin dulu saya selalu mengimpikan wanita yang cantik,bergaya walau dah beranak dijadikan isteri.Tambahan pula,dia terlalu mengharapkan saya.Sekarang ni,saya seolah-olah berserah dan kesunyian.Kadang-kadang di ofis,saya selesa berborak dengan wanita yang cantik,bergaya,bijak dan bekerjaya seperti awak..Kadang-kadang juga saya terpaksa menipu isteri saya,meeting tetapi dating..Saya tahu saya berdosa tetapi..dia tidak menjaga nafsu saya..Selama ini saya cuma mendiamkan diri dan cakap macam-macam untuk menjaga hati dia.Takkanlah saya nak cakap dia buruk/kurang menarik?Tak cinta dia?Main tak sedap?Saya tertekan.Tolong jangan sebarkan mesej saya k.Ini hanya luahan hati saya.Thanks''



kalau nak baca komen hebat sila klik blog CikGeli,link dah bagi kan..klik je ;)

semoga para suami meluangkan masa membaca entri ini.isteri mana yang tak nak cantik kan?bukan untuk orang lain,tapi untuk kepuasan diri sendiri dan juga untuk yang tersayang.setakat ni aku belum dengar 'komen negatif 'dari mulut 'mysoulmate' itu tak bermakna aku ambil mudah....aku berusaha jugak mungkin hasilnya tidak memberansangkan atas banyak faktor(alasan mesti ada beb).

ops..Rai,mydear fren pun ada tulis pasal ni jugak.macam berjanji pun ada.huhu.dan aku juga dah jumpa blog yang katanya dapat emel dari peminat lelaki yang memujinya sambil mengutuk bini sendiri.menyedihkan ............

sekian.okey..nak gi lunch.tata

Comments

Kakcik Seroja said…
Berat kakcik sekarang dah bertambah 40kg dari berat sebelum kahwin 26 tahun dulu. Redho je la...
Unknown said…
betul la irfa..sehati sejiwa sekepala la kita ni..hahaha..

aku pulak dgn kerisauan aku..badan nak kata maintain sebenarnya keding.. perut tu payah gak nak maintain T_T..tapi lepas bersalin ni aku nak pantang sungguh2.. harap2 berjaya..sambil berperang dengan tiga orang budak kenit tu nanti.. hehe..
-Sara- said…
yelah kak..mane nak sama mcm zaman anak dara kan..hihikk
KLMari said…
Ada jugak species jantan yang bukan main lagi ngata bini tak penah hidang air walau setitik pun, tak layan laki...padahal anak dah masuk setengah dozen, kawin lebih 10 tahun...elok diberi air kencing aje lepas ni buat minum...sedap betul ngata memburukkan bini depan kawan kawan...huh !!!
Anonymous said…
Hai irfa,
bolehhhh... kalo nk maintain cam dolu-dolu. kata kat cik abang aka suami ttutt..sila lah sapot segala-mala ya, gym,aerobik,spa,kasi yg 1st class treatment baru lah leh dpt 1st class service, tak gitew?? eee nyampah kaannn...
Irfa said…
@kakcik..
itu namanya cukup makan ;)

@rai..
mungkin ko antara spesis hampir pupus.makan banyak pun tetap gitu jugak,jgn marah..aku gurau je *sambil dlm hati ada sikit jeles*

@sara..
dulu anak dara,sekarang mak dara dan dah ada anak dara juga.sendiri mau ingat lag kan ;)


Irfa said…
@klm..
hai fren,akhirnya muncul juga ko dr pertapaan ye..rindu sama kamu ;)

marah nampak?hehe..jantan spesis macam tu mmg tahap boleh humban ke laut.kalau betul2 lelaki sejati takkn sebodoh itu mengutuk bini sendiri yang susah payah gadaikan nyawa lahirkan anak untuk dia.ye tak?
Irfa said…
@cik anon..
wah awak pun mendidih jugak ke?
rilek ye...selalunya yg mampu mmg tak cakap banyak,campak duit je suh buat semua yg awak sebut tu.yang tak berduit je berangan tak sudah tapi habuk pun tarak..tu psl mampu meroyan duk puji hak orang lain tp sendiri punya terabai
mummY daniSha said…
nak kata mendidih tu xla..tp rasa sedey tgk laki mcm tu.seyes!..aku yg baru anak sorang ni pun susah sgt nak turun(ngakula usaha x cukup kuat)......oohh perempuan tu model rupenye kan?
Zareda Norman said…
tak faham jantan cam ni. Klu nak osteri cantik, menten kenalah melabur sikit bang oii.. Hantar grroming, make over, pi massage, buat meni pedi, pi slimming treatment, kasik makan jamu biar mantap, buat facial, waxing, threadingg, buffing, bagi supplement biar kulit licin, kolagen biar nampak muda, belikan lingerie yg renda menda, beli beautiful premium. Klu bini ko selekeh gak lepas ni barulah boleh kutuk ya.. Heheh
Irfa said…
@mummy danisha..
me too..terasa sikit sbb bukan tak berusaha cuma tak berusaha dgn sunguh2..hot-hot chicken shit je org kata.ha'ah..model mmg la kena jaga badan sungguh2 sbb itu aset cari makan

@kak zar..
ye betul tu.dah melabur tapi takde hasil barulah komplen.tapi sebenarnya ramai lelaki bukan tak nak hantar buat semua tu tapi mgkin $$ tak mengizinkan.tapi kalau tak mampun baik diam2 jelah jgn duk komplen dan kutuk bini depan pompuan lain...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t