Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

I am Sorry,Emak Masak Kari,Ayah Goyang Kaki

~senyum..tak perlu kata apa2~

Instagram?Twitter?

Hari ni 31hb Hari terakhir untuk bulan Januari dah sebulan kita di tahun 2013 sedangkan aku masih la buat salah duk taip 2012 bila buat surat rasmi.huhu sekejap sungguh masa berlalu kan? Rasa macam dah tua pun ada Entah apa mimpi,tetiba aku teringat zaman sekolah rendah (tengah sindrom rindu nak balik kampung sempena CNY)   alkisah,rumah mak aku kat kampung takde telefon rumah masa tu..kena gigihlah keluar sikit depan simpang jalan situ ada satu pondok telefon awam satu kampung,satu pondok telefon konsepnya tapi asyik la rosak memanjang penah aku nak guna,nampak serbuk cili dalam gagang telefon sapa punya kerja la agaknya tu tidak menjadi isu besar bagi aku sebabnya aku pun takde sangat guna telefon bukan ada adik beradik yang duduk luar kawasan pun Bila sekolah menengah ada sorang kawan,nak berlagak sebab umah dia ada komputer siap pesan 'ni alamat emel saya,nanti emel la ye' padahal hari2 jumpa kat sekolah pun kira dah hebat sanga...

Samsung Galaxy Camera,Impianku

Dah petang jam sudahpun di angka 5.45  aku? belum balik lagi huhu (adat menumpang kawan,dia lambat..aku pun sama) apa nak buat? apdet blog..nak citer apa? belek folder lama tengok gambar lama sambil terkenang kisah dulu ish..bila la aku nak sambar seketul external disc nih gambar banyak dalam pc banyak juga dalam camera memory card dah full ambik gambar hari2 tapi cucinya takpun gambar sikenit sangatlah banyak dari gambar dia dalam perut sampailah dah umo 3 tahun yang cuci ada la 3 keping kot itupun sebab nak letak kat frame abis bab gambar meh citer bab kamera Satu ketika dulu aku dan adik, cikviva   berangan untuk memiliki seketui camera kaler merah macam Yuna dalam iklan tv yang ini tapi non ado sampai ke sudah dan cuma mampu beli sebiji camera comel jenama Sony pastu tahun lepas en Abe menang lucky draw  dapat lagi sebiji Camera Samsung yang ini macam biasa,aku mula memilih an...

Setia Hujung Nyawa (novel vs drama)

Gomen dapat bonus ye bulan ni?patutlah kat mana2 kaunter semua penuh dengan staf beruniform.pejabat pos dan bank semua diorang je.Bertabahlah kalau beratur hampir sejam untuk satu2 urusan. Okey..ni nak citer pasal drama yang menjadi ulasan ramai blogger.Drama bertajuk 'Setia Hujung Nyawa'.Aku tahu ramai dah yang buat ulasan tentang drama terbitan Suhan Movies and Drama milik En Abang Rosyam ni.Aku malas nak ulas lebih-lebih.Aku dah layan novel dulu baru tahu drama sudah di tayang kat tv.Rasanya masa aku baca,kebetulan dah tayang kat tv tapi aku je yang tak tahu.Sebabnya pukul 7.00 malam adalah waktu sibuk bagi kaum ibu-ibu macam aku wah lagak macam ada anak kecit 5 orang yang nak di uruskan.huhu muka depan novel Setia Hujung Nyawa banner drama Setia Hujung Nyawa Tapi dalam kata tak layan sangat sebab sibuk yang dibuat-buat itu,layan jugak sekali sekala.Serius aku tak sabar nak tahu ending Setia Hujung Nyawa versi drama ni.Mungkin ada perbezaan dengan end...

Jemputan ke Rumah Blogger

Alkisah..Sabtu lepas memenuhi jemputan Seorang rakan blogger yang aku kenal sejak tahun 2006 Terima kasih untuk KakErna yang sudi bawa kami kesana Katanya majlis khatam AlQur'an anak dara tunggalnya (tak sempat bergambar dengan anak dara comel itu) kepada cik ika,semoga berjaya dalam hidup dan jadi anak solehah  dan majlis itu juga untuk parentnya yang nak ke Mekah #semoga selamat pergi dan selamat kembali Kami bertolak dari rumah jam 12 tengahari tapi jam 3 petang baru sampai ke destinasi campur 'makan langsat' la maklumlah pertama kali pergi tapi takpe..kami ada en gps yang boleh bercakap singgah stesen minyak/gerai goreng pisang bukan takat tanya jalan..siap tanya orang tu asal dari mana hehe..cik abang kak erna memang peramah orangnya orang kata,orang peramah ni mudah dapat kawan campak le kat mana pun,dia boleh hidup okey.. layan gambar anak2 aku dengan kak erna nak tunjuk gambar makanan malu nak snap gambar majlis oran...

Ajaa,Peminat Ustaz Don Daniyal

tekak rasa tak sedap. terasa bawang kat tekak.huhu tadi kengkonon taknak makan nasi so orderlah laksa penang tapi kecewa.. dahlah kuahnya cair semacam pastu bawang lagi banyak dari laksa aku ingat jangan panggil laksa penang letak je namanya 'laksa bawang' huh.. Okey..sejukkan hati dah lama rasanya tak citer pasal si kenit Ajaa sekarang suka sangat makan nasi kalau dulu kena paksa aku suap dia buang balik sekarang ni..kejap2 mintak nasi 'umie.aja nak asik asik telo golen kicap' ataupun 'asik ayam golen' (telur goreng kicap @ ayam goreng)  malam-malam teman aku atas katil baca buku/majalah dia pun ada novel feberet majalah Wanita bulan Januari muka depan Ustaz Don Daniyal dan isterinya,Husna 'umie.mana majalah ajaa?' sambil belek2 dalam rak buku aku dah jumpa apa yang di cari 'yey..ini majalah Ajaa..Ustaz Don. Ia ensem macam ayah'   'hensem macam ayah' tu aku tak tahan dengar siapa ...

Biarkan Aku Sendiri dan Novel Terpakai

Morning fren ;) Seronok cuti-cuti? Cuti 3 hari tu (Sabtu,Ahad dan Isnin),cuma Sabtu je aku ada xtvt.. (nanti aku citer ye) tapi Ahad dan Isnin melepak kat rumah je melayan kanak-kanak ribena terutama si kecit.kemas menan dia saje adalah dekat 10 kali sehari.aku kemas,dia sepah..huhu.penat weh bangun duduk bangun duduk dan aku juga sempat melatih dia kencing di toilet..nampak macam berjaya (jimat diaper 3 keping) . Sesambil tu aku layan novel.Sapa yang baca blog ni suka baca novel?sila angkat mouse..hehe.Aku tahu ramai yang suka baca novel cuma mungkin kekurangan masa je.Sebabnya kalau dah start melayan memang susah nak berenti (sama macam kalau layan drama korea) . Aku layan novel bertajuk 'Biarkan Aku Sendiri' hasil nukilan Siti Rozilah.Novel yang sangat tebal dengan 689 muka surat tu habis dibaca dalam masa satu hari.Sempat la si bujang aku bagi komen 'umie.tebalnya buku cerita ni.tapi umie baca satu hari je dah habis.sangat hebat'. Novel bertajuk 'Biar...

Hobbit Flight Safety Video by Air New Zealand

Aku baru layan satu video kat You Tube bertajuk Air New Zealand's Hobbit Safety Video.Ini gara2 terpengaruh dengan blogger Z@ck yang baru balik dari konvo kat sana (suka baca blog bakal cikgu ni) .Aku rasa video ni baru je kot sebab masa aku kesana 3 tahun lepas belum ada lagi.Tengok video ni rasa macam nak balik kampung kedua ku  pegi NZ lagi sekali.Tapi bila kah?Biarlah masa dan $$ menentukan.. tukang cakap anak2 kapal   penumpang  agak2 terkejut tak kalau tiba2 muncul di belakang seat korang?  airplanes yang di cat cantik bertema Hobbit Safety video cuma ada untuk kapal besar.Tapi kalau kapal kecik,anak kapal buat demo depan seat tu je.Ramai aku perhati (aku pun buat jugak sebenarnya.huhu) ramai orang tak bagi perhatian pada safety demo kat depan tu.sian cik adik manis dan cik abang yang hensem itu bercakap sorang2.Ada yang buat pandang tempat lain,baca paper,belek kuku..buat-buat tido. Agak2 kalau berlaku kecemasan,apa nak bu...

Entri Jameela

Eh,tadi sedikit kepelikkan berlaku.aku komen kat satu blog.tetiba keluar kotak apa tah,aku tekan 'yes' dan ingat takde apa2 la.sekali bila check,blog aku ada buat entri tapi tajuk je..keluar nama blog yang aku komen tu,pelik.sib baik aku perasan,kalau tak haruslah korang klik situ tapi takde apa2..okey abaikan.. ish..sejuk gile ekon ni..rasa macam nak cari selimut,kelubung dari kaki sampai kepala (masa kecik2 dulu mak selalu tegur aku 'tido macam mayat' sebab suka tido tutup seluruh badan.sebijik macam ayah aku). Okey ni citer 2,3 hari lepas..lupa hari apa sebenarnya.Sedia maklum yang aku ni kalau buka tv harus laju-laju tekan channel 393,drama Korea.Kalau takde yang menarik baru tukar channel lain.Selalunya tekan channel Astro Ria @ tv3.Tapi hari tu aku tertekan channel 106 kebetulan tengah segmen Entri Jameela.layan la kejap..kita tengok apa yang menarik (sebenarnya kalau tak silap penah sekali je kot aku layan segmen ni) Tetamu jemputan adalah Sasha Saidin(tak ...

Puji-Pujian Dari Cik Anon

Salam Jumaat..Aku keje.Korang cuti ke keje?Kat opis pun ramai yang keje..mungkin simpan nak cuti lama sikit pada CNY bulan Feb nanti kot. Hari ni kafe tutup for renovation.so aku dah siap2 bawak bekal dari rumah sebab malas nak menapak ke bangunan sebelah untuk bekfes.Aku ni senang je..asal kenyang,apa pun boleh. Meh nak citer satu benda.. Tengok ni?Dulu2 jarang dapat 'puji-pujian'dari cik anon ni.Kalau ada mungkin beberapa bulan,ada la satu yang sesat kat kotak komen aku.Tapi sekarang ni makin kerap.Setiap hari tak kurang dari 10 komen dia.Semak je tau.. Saya tak suka di puji (di keji lagi lah tak suka..mintak jauh la) ..saya kan pemalu Sekian..

Teringin Nak Makan Ketupat Sotong @ Tupak Sutun

dari semalam membawak ke hari ni entah angin apa yang merasuk tetiba anak tekak terasa nak makan ini ketupat sotong aka 'tupak sutun' gambar dari sini Resepi ingat2 lupa dalam kepala Tapi nak buatnya tu bila? emm # 'nise' pulop takdok.huhu ni dia 'nise kerek' gambar dari blog ini stok dah abis  last dah guna buat sambal ikan bilis balik kampung tu ari dah beli tapi masa nak balik boleh terlupa nak bawak masuk keta dah sampai Gua Musang baru teringat takkan nak patah balik tapi.. kenapa aku tak singgah je beli je kat mana2 tepi jalan tu? emmm.. #kalau jumaat ambik cuti kan best. esok dah boleh balik kampung  lepak king kat kampung sampai hari senin tapi apakan daya tangan tak sampai

Anak Sulung @ Anak Pertama

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Rabu kepada korang semua yang sudi singgah sini.Hari ni aku bersarapan sup telur,buat malam tadi tapi penat sangat dan lupa makan.huhu.Takpe,kita buat bekal datang keje. Okey..ni nak cerita,dalam entri semalam- sembang bersama jiran ,ada satu komen yang buat aku tertarik.aku suka baca komen korang tapi minta maaf sebab adakalanya aku tak reply komen tu.Bukan sombong tapi tak tahu nak reply macam mana.Okey ini dia komen tu.. (baru je kenal blog ni) dah lama aku perhatikan benda ni dan aku selalu  rasa macam kena dengan diri aku (ini kisah pengalaman aku..lain orang,lain cerita) .Komennya  ' petuanya msti check anak sulung bagi cemerlang dulu.insyaAllah yg lain akan ikut jejak.insyaAllah' Bukan mudah jadi anak sulung..orang kata besar tanggungjawabnya.Aku anak sulung dan bertemu jodoh pun dengan anak sulung juga (aku anak sulung 6 beradik,en abe pun anak sulung 6 beradik jugak) .Dulu2 masa aku budak dan akalnya pendek,aku selalu bera...

Sembang Pagi Bersama Jiran

Pagi tadi..macam biasa.lenggang kangkung nak ke simpang depan rumah (member pick up aku kat situ) kebetulan masih awal dan nampak akak jiran tengah siram bunga.So menyinggah bertanya khabar (jarang dapat beramah mesra dengan jenjiran ni..mana tidaknya,keluar rumah matahari belum muncul,baliknya dah nak nampak bulan..sabtu ahad sibuk buat kerja rumah.melipat + membasuh + mencuci + mengemas dll.nampak sibuk kan?hehe). + Aku = Akak Jiran + siram bunga kak? = taklah akak main golf ni (gurau je..biasalah,permulaannya senyum dan bermulalah sesi beramah mesra..kebetulan anak lelaki akak tu baru balik dari surau) + ni yang belajar kat Rusia tu ke? =eh tak,ini yang no 2.yang kat Rusia tu belum balik lagi +oh lama ye dia kat sana.kadang2 saya konfius anak akak yang no berapa sebab muka dahlah serupa dan diorang macam sebaya je = anak akak semuanya 7 orang .3 lelaki,3 pompuan dan last lelaki.ramai orang selalu salah tegur anak akak.diorang pun dah paham kalau orang tegur 'bil...

Gemuk=Cerah,Kurus=Gelap?

Ye,aku paham.tajuk adalah sedikit pelik.Kisahnya..ada kawan tegur kenapa aku makan sikit sangat. + Dia = Aku + la sikitnya ko makan,diet ek? (aku paling tak suka orang tegur apa yang aku makan dan kaitannya dengan aku diet@ tidak.ee sibuk aje) =takdelah.tadi bekfes dah makan berat.kenyang lagi (see..aku memang jaga hati orang.sebaik mungkin taknak orang sentap.masuk lif tekan sendiri) +ko jangan diet sangat.sedang elok la macam ni.kalau kurus sangat nanti.ko nampak gelap =apa maksud akak ni?tak paham la +dulu aku tak kenal ko.bila tengok gambar lama ko baru akak perasan.sebab dulu ko gelap sikit.mungkin sebab masa tu ko kurus.sekarang cerah sebab dah berisi sikit =erk..boleh pulak gitu.kalau dah gelap tu gelaplah.takkan dah berisi jadi putih pulak kot selepas itu bla bla bla..dia masih menerangkan fakta yang aku tak pasti kesahihannya.Tapi aku dah lupa apa dia cakap sebab sibuk menghadam makanan depan mata.Ustazah aku pesan 'tak baik bercakap masa makan' ye...

Alasan Bila Kantoi

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Kengkawan..Moga Isnin yang ceria untuk kita semua ye. Pagi ni curi idea dari HotFm,tajuknya  'alasan untuk cover bila kantoi' .macam2 la komen pemanggil yang sudi berkongsi cerita.Antara yang aku sempat dengar ialah: 1-kecik2 dulu kantoi curi makan buah limau masa bulan posa.dan alasannya bila dah kantoi 'bukan kita yang makan.cat (kucing) yang makan' walaupun dah sah2 mulut ada bau buah limau dan kulit limau bertaburan.pandai 'cat' kopek kulit limau ye.. #okey..aku gelak,rasanya ramai ada kisah lucu kantoi tak puasa zaman bebudak.eh!ada ke? 2-pemanggil wanita berkongsi cerita,boyfriend dia kantoi berwhatsapp dengan makwe pakciknya sendiri,siap bersayang-sayang lagi tapi bagi alasan 'takde apa2 pun.whatsapp je' #ala..baru boyfriend je pun.tak payah sedih sangat,masih sempat nak cari orang lain 3-pemanggil wanita juga (senang citer bab kongsi citer kat radio ni,ramai pemanggil wanita.lelaki malu kot nak buka p...

LISTEN ,LISTEN,LISTEN

~Salam Jumaat~ apa cerita hari ni? semalam dan hari ini sana sini aku duk baca banyak blog duk tulis perkataan 'listen,listen,listen' dan aku pun keliru  apa ke benda ni? aku ketinggalan sesuatu yang baru ke? macam yang aku baru tahu  aptb itu ialah singkatan untuk 'apa pun tak boleh' okey..tanya en gugel kendian cari kat u-tiub oh ini rupanya okey dah tahu #maklumat di hujung jari katanya 'listen,listen,listen,listen,listen' tapi ai like matluthfi punya video ai kan peminat dia kih kih kih my komen is #hebak ..  hebak .. hebak

Edith Piaf ,Dengar Je Tapi Tak Paham Pun

Me is peminat tegar drama Korea.Sanggup tido jam 2.00 pagi kerana menonton tv.Jangan ikut ye perangai ini..sebab natijahnya bangun pagi rasa macam ada gam gajah bertepek dibirai mata.huhu Dulu aku layan sampai 4 drama dalam satu malam tapi sekarang cuma tinggal 2 je drama korea yang aku follow.Memula jam 10.15 malam di channel 393,Welcome Rain To My Life (ni ulangan rasanya..tapi sebab belum tengok lagi,so layan jelah) .Elok je abis terus tukar ke 392, tajuknya Bread,Love and  Dreams kalau diterjemah jadi Roti,Cinta dan Impian.Inipun ulangan tapi aku belum tengok..sebelum ni memang tak layan KBSW tapi entah kenapa minggu lepas tertekan channel 392 terus melekat.Aku dah tahu ending sebab dah banyak blog tulis,tapi tetap jugak nak tengok.Ada sedikit sengal disitu. Drama ni banyak tunjuk pasal buat roti.Sempat gak telan air liur.hehe.Tengok diorang buat roti,rasa macam dan-dan tu nak beli breadmaker..keh keh keh. Malas nak ulas pasal drama tapi malam tadi ada scene si hero yang ...

Repekkan Di Pagi Khamis

Morning Malaysia Ku Yang Tercinta baru balik dari jumpa enTan eh!perlukah aku cerita di blog?  hish..tak paham aku spesis ngok ngek suka buang tisu dalam mangkuk jamban tahulah tisu tu boleh hancur tapi makan masa la oii.. kalau nak buang juga sila usahakan flush sampai takde kesan paling tak boleh blah  hos paip main campak atas lantai tak nampak ke tempat sangkut hos tu sib baik tak kes 'kapal selam' tersangkut kalau tak,konfem tak lalu makan seminggu Pagi ni,ai is super duper mengantuk gara2 melayan drama korea sampai jam 2 pagi baru nak lelap en abe balik keje so layan berborak itu ini last aku jeling jam kul 4.00 pagi 2 jam kendian alarm dah bunyi rasa cam nak campak itu cik rilakkuma tapi gigih jugak bangun kejut si abam,gosok baju sekolah dia buat sarapan simple hai hai bye bye depan pintu naik atas,my turn to bersiap menung kejap depan lemari skirt hitam,kemeja hitam,shawl biru munge2 senang sebab semua nya tak pe...

Si Gegirl Bernama Rilakkuma

hai semua nama saya Rilakkuma saya dilahirkan disebuah kilang dinegeri 'tut' saya diperbuat oleh getah sekerap warna saya merah ang ang saya ada mata walaupun tak boleh melihat saya ada telinga walaupun tak boleh mendengar saya ada mulut walaupun tak boleh bercakap 'kalau boleh bercakap takde la saya mendiamkan diri  masa tuan sibuk kehilangan saya Sabtu lepas ' beberapa bulan dahulu saya berada disebuah kedai aksesori telefon disebuah shopping mall hinggalah saya dibeli oleh seorang kakak cantik harga asal rm29 tapi akhirnya dijual dengan harga rm25 sebenarnya kakak cantik  itu menawar sampai harga rm15  tapi permintaan itu tidak dilayan oleh si amoi disebabkan dah lama berkenan saya dibeli juga oleh kakak cantik itu tujuan kakak cantik beli saya ialah melindungi henpon kesayangannya dari terbelah dua maklumlah anak dara kenit kakak cantik itu agak ganas orangnya ramai tegur saya kata mereka 'kamu sangat ...

Handphone Hilang,Whatsapp dan Viber

Adus..sakitnya pinggang.dari minggu lepas,semalam dan sampai hari ni buat filing 2012.Alhamdulillah tepat jam 1.00 tadi semuanya setel.Sakit dan lenguh tangan,pinggang dan juga mata rasa cam nak terjojol tengok nombor .penat mengalahkan orang menoreh getah 10 ekar. macam la ada pengalaman menoreh padahal kat mana letak tanah kebun getah ayah pun aku tak ambil tahu.huhu. oh ni nak citer kisah hilang handphone Sabtu lepas,suspek utama ialah si kenit.Pagi itu dia orang yang terakhir pegang henpon aku,dia dengar lagu sambil edit photo.tambah crown atas kepala umie,tambah misai kat muka abam.hebat anak2 zaman sekarang.takde dah adegan menconteng kertas @ dinding.sesekali ada gak sesat meninggalkan bukti contengan di dinding.bila kena marah tahu pulak melalak.Takpe nak,umi simpan hasil karyamu ini sampai kamu dewasa.. Oh berbalik kisah hilang handphone itu,dah tengahari..aku mula mencari2 dimana gerangan henpon sebab nak tanya khabar kakak tapi henpon tak dijumpai.Segenap ceruk dalam ruma...

Adegan Biasa Depan Pagar Sekolah

Sekejap je dah masuk pertengahan bulan Januari,rasa cam baru je masuk tahun baru 2013.Apa cerita hari ni?Aku macam biasa je,bangun pepagi,uruskan anak sekolah.bersiap nak gi keje.bla bla bla Dah sampai opis..belek itu ini,kerja memang tak pernah habis jadi kena plan apa nak buat hari ni.Yang penting di dulukan,yang tak berapa urgent kita tolak tepi dengan konsep 'esok masih ada'.hehe.Sibuk macam mana pun blog kena update,sebab kalau tak menconteng kat sini ada rasa ruang 'kosong' dalam hati. Ada ketika kita buntu takde idea nak merepek kat blog.Aku ada idea untuk menyelesaikan masalah 'kekeringan idea' itu dengan cara lompat baca dari blog ke blog.hehe,dari situ korang akan datang idea nak merepek.Tapi tak boleh buat selalu,takut nanti ada yang tak suka.eh!korang kalau tak suka aku link kan blog korang dalam entri aku,sila bagitau ye.. ok,baca blog Dikja aka Tijah tentang ini ,dan aku juga ada kisah yang nak di kongsi.Maaf kalau ada yang terasa ye kalau ta...

Baling Batu Sembunyi Tangan

selamat petang kengkawan tiada agenda minum petang sebabnya dalam mulut ada ulser pedih siot dah 2 hari dia berumah tangga dibibirku gosok gigi pun sampai menitik airmata nak makan pun takde selera huhu nak apdet blog takde cerita ada sikit cerita tapi takde gambar maka jomlah kita membebel walaupun takde kena mengena dengan kita aku baru baca satu blog ibu vouge bersama anak2 yang lawa dan berbakat dah lama follow blog dia suka baca kisahnya tentang masak- masak tentang jalan-jalan tentang anak2nya itu ini,begitu begini aku takde masalah langsung dengan tuan punya blog blog dia,suka dia nak tulis pasal apa tapi aku pelik dengan pengomen kalau benci dan tak suka jangan masuk dan jangan baca takde sapa paksa banyak lagi blog lain dah baca..kalau tak suka biarkan aja kenapa perlu tinggalkan komen '!*#^'? aku jenis kalau baca komen '!*#^' ni aku klik kot lah boleh kenal tuan yang komen itu tapi boleh ...

N9 Cuti Rupanya

Kisah pagi ini..rutin biasa,kunci jam 6.00 pagi,bangun tido dan kejut si abam..lalu bangunlah si abam menuju bilik air lipat kaki seluar macam nak ambik wudu'.maka aku adalah sedikit pelik lantas berkata 'ai..nak solat je ker?tak mandi terus..hari ni dah isnin la abam.tak nak pegi sekolah ke?' sikit nada nak marah disitu.Sebab selalunya kalau hari sekolah,dia terus mandi,pakai uniform dan solat subuh. Tetapi abam menjawab dalam mamai 'abam keliru la umie.pagi ni sekolah ke tak sekolah' ambik ko.ayat keliru terus.tak puas hati call pengasuh..sebabnya anak2 dia lagi ramai yang bersekolah.sekolah menengah ada,sekolah rendah pun ada..so mestilah dia lebih tahu cuti ke tak cuti. Pengasuh lalu menjawab 'hari ni tak sekolah' ..pendek dan ringkas jawapannya tapi masih tak puas hati..cuti apakah?aku turun ke bawah membelek kalendar.oh,ini jawapannya.. 14 haribulan:Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan's Birthday. itulah kisahnya kalau duduk kat sempadan.Be...

Sendiri Tulis,Sendiri Gelak

Halllu ,selamat petang korang.buat apa tu?makan kerepek pisang ke?aku sekarang tengah dalam mood 'mengkhatam' satu blog yang setiap entrinya adalah membuat aku hampir terkucil..gila kentang dan kelakar nak mamp**s.Aku baca dari mula dia tulis (bulan Mei 2010) sib baik 3 tahun je..kalau 10 tahun,harus tahun depan baru 'watammat'.hehe..sambil baca sambil komen.gila gigih kan? Okey kisah lain..aku tak tahu la korang sama cam aku ke tak @ cuma aku je spesis macam ni.huhu.Bila banyak masa lapang eh bukan aku memanjang banyak masa lapang ,aktiviti aku ialah baca semua komen di entri yang dah lepas..sebab aku kan ada buat setting sesapa komen,kena approve dulu baru komen tu publish so aku akan tahu sapa komen walaupun entri tu adalah berbulan yang lepas.harap korang paham maksud aku ni.. sambil publish komen tu..aku kadang2 belek dan baca semula entri yang aku tulis..kadang2 macam tak percaya itu semua aku yang tulis.yang paling bangang tak boleh blah..aku siap sengih sen...

Abam Genap 8 Tahun

Salam Jumaat untuk semua hari berlalu sangat cepat sekarang rasa macam baru je Senin dah Jumaat pun hari ni okey ..today Abam story    Bulan January juga bulan kelahiran si abam Berkongsi bulan sama dengan Ichik dan Adik Ajaa  dan Atok (FIL) beza cuma 2 hari  adik 9 hb dan abam 11 hb sama besday ngan Tok Ti nak bagitau jugak ke?huhu Happy Besday Tok Ti,kita sebaya kan? berbeza dengan si kakak dan si adik yang lahir di nogori sembilan abam sorang je dilahirkan di tanah kelahiranku Gomo Kelate Gomo dan baby paling besar aku lahirkan setakat ini berbanding si kakak dan si adik yang cuma 3kg lebih abam lahir 4.4 kg sampai di gelar 'awang besar' oleh arwah makcik aku dan kenangan paling mencabar masa dalam pantang dia macam pandai tengok jam waktu lain dia tido,tapi tepat jam 12malam dia buka mata berjaga sampai pagi uwaaaaaaaaaaaaaa  mataku bertukar jadi 'mata panda' paling kuat sent...