Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Sambal Goreng Jawa @ Sambal Tempe?

Tengah lunch ke? makan apa? nampak sedap je #macamlah nampak.hehe kat opis aku 'bigboss' meeting  aku orang kecik tak masuk meeting la tapi lepas diorang meeting ada makan2 katanya 'potluck'sesama diorang diorang jemput makan rezki jangan di tolak aku dah kenyang sarapan berat so masuk ambil air 2 sudu nasi beriani+seketul daging masak hitam+sekeping papadom oh ada sambal goreng jawa juga 2 jenis lagi..ambik satu sudu setiap satu makan.nyam nyam nyam sedap giler sambal goreng jawa ni masuk kali ke 2 ambik sambal goreng jawa tu je yang kaler gelap sikit: ada suhun,kacang panjang,hati?mempedal dan tempe yang kaler cerah sikit ada suhun,kacang panjang,tempe dan udang jemput makan aku tak penah buat sendiri sambal pesen ni tapi ramai kawan Jawa yang penah buat nampak senang je tapi aku tak penah cuba nak cuba lah nanti aku penah makan yang ada hati/mempedal dan petai sedap sangat teringat sampai sekarang ...

Pepatah Melayu Tentang 'Benang'

Sehari selembar benang Lama-lama menjadi kain . . . . lagi . . . . Benang yang basah Tidak boleh di tegakkan ....aptb... ada lagi? sila sambung sendiri

Berhenti Kerja Untuk Jaga Anak

Katanya  'kalau takut anak kena dera ngan pengasuh,benti keje..jaga anak sendiri.abis cite tak payah nak risau dan komplen itu ini'. gitulah aku baca dalam satu laman fb. Ingat lagi mak aku penah kata 'buke susoh nok kecek(bercakap) ni.rapatkan bibir atas dengan bibir bawah..keluarlah perkataan' ambik ko,bahasa ibunda terus.hehe.Senang bercakap sebab 'awak tak berada di dalam kasut saya' tapi kalau offer 'makan kasut mau?' (ayat itu cuma dalam hati je) . amboi..sedap mulut mak esah berkata2..mak esah takde kaitan dalam ini pilem.aku tanya soklan ni pada semua ibu-ibu diluar sana.ibu mana yang taknak duduk dirumah dan jaga anak2 sendiri?masak dan suapkan mereka makan,mandikan dan sabunkan mereka (bagi yang masih bawah umur) ,hantar anak pegi dan balik sekolah.siapa? 9 bulan usung perut ke hulu kehilir,meneran bagai nak putus nyawa dalam labour room lepas tu masuk bab berpantang pulak..tido malam tak lena kalau dapat anak jenis berjaga malam.aku l...

Doa Ubati Mata Rabun

~AssalaMualaikum~ sapa 'budak kacamata' kat sini? yang belum berkacamata  tapi dah rabun sikit2 pun boleh cuba jugak jom sama-sama kita cuba ye jumpa kat sini 21 biji Baby Carrot? kalau takde anak dia pakai mak dia (carrot size biasa) tu boleh kot hihi 

Misteri Kipas Berdiri

Korang..ini ada cerita seram sikit.Sikit je takdelah seram macam citer hantu korea tajuk Ju-On tu.Korang tahu tak kipas berdiri?ala...kan ada banyak jenis kipas ~ kipas siling-yang tergantung kat siling rumah tu ~ kipas berdiri-yang sama cam kipas meja tapi tinggi sikit ~ kipas meja-adik sepupu kipas berdiri tara ini dia berdiri,tak penat ke berdiri 24jam? tak kelakar.huhu   Ni kisah aku masuk surau tadi..sensorang je takde sapa dalam tu.elok aku nak tanggal tudung,kipas berdiri sebelah aku tetiba berpusing laju .Muskil dihati 'eh!sapa pasang ni?' tapi aku abaikan..ambik wudu' cam biasa,elok tengah basuh kaki.kipas tu benti pulak.Hati ada sedikit cuak.Nak sedapkan hati aku cakap pada diri sendiri 'wah!hebat ye kipas ni.ada sensor.tadi aku berdiri sebelah sebab tu dia On..sekarang aku duk jauh,tetiba Off pulak'. Pegi kat kipas tu dan buat aksi 'pergerakkan' ...acu tangan kat kipas 'hello hello' tapi no respon.alahai.. Cecepat solat dan ...

Abam dan Pembaris Kayu Panjang

Kisah The Only Hero,Abam..tahun ni darjah 2.Sangat rajin kesekolah.Takde masalah bangun pagi.Kejut je dan dia tahu untuk bangun mandi,solat subuh,bersiap pakai baju sekolah..turun sarapan.Cuma gosok gigi kena di ingatkan,kalau tak dia boleh lupa untuk gosok gigi.Sikat dan letak minyak rambut aku buat..supaya dia ingat dewasa nanti tentang umi yang selalu tolong sikatkan rambutnya pepagi. Malam tadi,dia takut2 nak bagitau aku 'umie,abam ada cerita.abam dan kawan abam patahkan pembaris kelas agama petang,kitorang main potong2 pastu pembaris patah.cikgu suruh ganti' Bila ditanya 'hari apa kisah ni berlaku?' katanya 'sekolah agama petang jumaat yang lepas' .see?jumaat lepas baru malam tadi nak bagitau aku.agaknya kalau cikgu tak suruh ganti dia nak rahsia la tu.adoyai..sebenarnya kalau nak sorok dia boleh je korek tabung untuk ganti harga pembaris tu kan?tapi katanya 'abam kena cakap ngan umie sebab cikgu suruh bagitau ibubapa' Pagi ni aku datang lamba...

Nuffnang:Suara13.com,Korang ada?

*Selamat Pagi Selasa* dah lama tak check tabung arnab emm dah layak untuk cash out tapi biarlah dulu #alahai..bila nak cukup untuk sambar sebiji Longchamp nih? dan seperti biasa kalau buka Nuffnang suka tengok keywords masih lagi kebaikkan primrose oil mendahului carta yang ke 2 ialah -khasiat EPO eh!entri yang samalah tu EPO maknanya Evening Primrose Oil dan satu lagi aku perasan ada satu BE ini dia Suara13.com-Suara Hati Rakyat cepat betul naik $$ untuk iklan ini dia singgah blog aku 15Feb selama 12 hari dah cecah rm5.04 sen blog picisan macam aku ni nak capai rm1 pun makan masa berbulan tau tu pasal aku sedikit pelik banyak duit diorang ye bayar iklan korang pun mesti ada iklan ni kan dah macam blog parti politik pulak  bila tengok iklan tu hehe

Janji Shirah:Jangan Sembarangan Tinggal Wasiat

Sapa tengok drama bertajuk Janji Shirah ?Aku tak follow dari awal..baru sekali tengok last week dan malam tadi adalah episod akhir. *bagus juga tak tengok dari awal..sakit jiwa aku tengok si Zali (abang ipar Shirah,lakonan Fauzi Nawawi  tu,jahat gila watak dia..memang berbakat la* Sinopis yang lebih jelas dari sini www.budiey.com  tapi aku pendekkan yang penting je.Ini kisah tentang seorang gadis bernama Shirah( Nabila Huda ) yang diamanahkan oleh kakaknya yang meninggal dunia kerana barah otak untuk menjaga anak2 saudaranya itu selepas kematian ibu mereka.Ini kerana dia tidak percayakan suaminya yang tak bertanggungjawab dan sudah beristeri baru.Suami si kakak pula ambil kesempatan atas kasih sayang ibu saudara kepada anak2nya itu dan berhajat ingin memperisterikan bekas adik ipar untuk menjaga anak-anaknya. Kisah bagaimana Shirah yang berusaha untuk mendapatkan kembali anak-anak saudara yang di culik dan di kurung oleh bapa mereka sendiri. *merasa lah si abam membe...

Gangster Celop ada Hanis Zalikha

Petang semalam..anak2 kebosanan dan sikenit sibuk menyalin baju mengajak keluar jalan-jalan.Sebenarnya sejak dari Sabtu dia duk sebut nak gi Jasko tapi takde orang layan.Mulut duk berbunyi  ' umie,jom ikut Ajaa nak gi Jasko' dan En Abe pun setuju. ngamuk2 nak pakai tudung jugak pakai lah nak oi..walaupun baju nampak lengan huhu tu tengah marahkan abam sebab duk main hujan 'abam masyuk..ujan.nanti bashah'   Kami ke Seremban2.konon nak tengok wayang citer A Good Day To Die Hard tapi sebab bawak kekanak ribena,mana boleh masuk..18 tahun keatas katanya.So suh aku pilih citer apa..ingat nak pilih Pada Suatu Cinta Dahulu lakonan tapi tak jadi *mungkin taknak dikata jiwang @ mungkin sebab aku taknak membebel dalam wayang kalau citer itu tak best,huhu* so kami sepakat pilih Gangster Celop dan si abam melompat kesukaan.Why nak,why?Suka ye kamu citer tumbuk tumbuk ni..Dah start citer baru aku perasan Hanis Zalikha ada berlakon dalam citer ni. Sebelum masuk haru...

Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Entri ini untuk PapaMifz sempena contest yang dianjurkan oleh beliau di dalam blognya Contest Kaca Mata PapaMifz . Sebelum tu aku nak cerita sikit yang aku ni ada sedikit phobia tentang contest/peraduan.Kalau nampak je ruangan peraduan kat mana2 majalah/paper/tv..ayat pertama terdetik dalam hati aku ialah 'emm,buat penat je join.bukan ada harapan nak menang pun.dahlah ramai yang join..takkan aku punya boleh terpilih' ye..gitulah phobia aku dengan contest ni.Tapi entah kenapa,tengok syarat tak ketat mana dan kebetulan aku pun berkacamata,try lah..kalau menang kira rezki. *tarik napas dan mula* Okey..aku mula pakai spek setelah dewasa beberapa tahun yang lalu,kalau tak silap tahun 2007 lepas bersalinkan si abam.Sebelum tu aku takde masalah rabun..tapi sejak mula keje opis hour yang mengadap komputer 8.30 pagi - 5.30 petang...aku perasan mata ada masalah rabun jauh.Selalu jugak di kata sombong sebab buat derk bila orang senyum.huhu Spek pertama itu bingkainya kaler merah ...

Rock Kapak Dalam Kenangan

SEJAUH MANA PUN BERPISAH KAU DIHATI KU DAN KU SAMA DALAM TIDUR DALAM TERTAWA KU UCAPKAN SALAM SEJAHTERA SAYANG BUKANNYA SEHARI DUA PERCINTAAN KITA INI YANG DIPERSUDAH DI PATERI SAYANG JANGAN IKUT PERASAAN MARAH JANGAN DI SIMPAN KU HANYA INGIN MENDUGA DAN KINI AKU TAHU SATU KEKASIHMU..HANYA AKU AKAN KU SERAH CINTA ABADI MENYERLAH SINAR MALAM SEPIMU AGAR MENJADI PENAWAR LUKAMU WARNA HATIMU AKAN KU BAWA KAU MENGEMBARA MENEROKAI ALAM ASMARA MENGUBU KOTA,CINTA KITA hehe.. boleh agak tu apa? syair kah? sajak kah? atau pun pantun 8 kerat? ye betul *tepuk tangan* sejak dua menjak ni member yang aku kongsi keta tu suka sangat buka cd rock kapak pegi keje pasang balik keje pasang gamaknya dia bosan dengan dj yang banyak gelak dari bercakap huhu aku pun layan jugak dengar lagu2 lama ni siap aku cakap ngan dia 'sekarang saya tak rasa macam balik keje tapi macam naik bas pegi sekolah masa dulu la bila dengar ...

Sembang Kedai Kopi

Salam Hari Jumaat Semalam....sehari suntuk aku tak masuk opis.Plan nak jumpa CikMot  yang nak fly ke Kota Kinabalu pun kena kensel last minute.Takde rezki nak jumpa,maybe lain kali.Oh!CikViva dah post pasal ni semalam kat sini .Masa memula tahu kena attend briefing tu rasa stress gak sebab keje banyak kat opis.Tapi..bila dah join,best la pulak.hehe dalam auditorium  Biasalah dalam beberapa jam itu ada jugak beberapa kali adegan tersengguk-senguk macam burung belatuk.Tapi ada jugak adegan tegak kepala kalau yang bercakap tu pandai ambil perhatian pendengar.Tak caya tanya cikviva..hehe,aku tahu bila masa kepala dia tegak.kih kih kih.Abis sesi pagi ada tea break,makan kuih dan teh tarik je (apa?ingat dia nak jamu nasi lemak?konfem ada yang mendengkur kalau jamu nasi lemak yang extra santan tu) abis makan dewan balik.Tadah telinga lagi..pastu keluar lunch.Ditaja ditaja dengan makanan dalam kapal..nasi dan kari ikan tenggiri kot kalau tak silap (masa makan boleh pulak ada...

Perut Buncit Sebelum Datang Period

psttt  #pandang kiri kanan takut ada orang tengok meh nak bisik eh!kaum Hawa je tau,kaum Adam sila main jauh-jauh 'betul ke,perut akan buncit bila nak datang period?' aku tak perasan pun sebelum ni yelah..sedar diri perut pun dah tak leper dan rata macam zaman anak dara 2 hari lepas aku sangatlah risau siap ada drama lagi dengan en abe 'bagaimanakah perasaan mu wahai kanda jika dinda mengandung lagi? sebabnya dinda sangat risau kenapa agaknya perut dinda ni begitu buncit sekali memangla tadi adinda makan nasi lepas tu topup pula dengan sepinggan char koew teow tapi takkan kerana itu perut dinda begini jadinya' dijawab oleh nya 'adinda pasti?kalau mengandung kita terima sajalah dah rezki Allah nak bagi' jawapannya itu buat aku nak menangis di belakang pintu,huhu masih ingatkah korang dengan entri ini takut mengandung takut bersalin tapi tunggu kejap jawapannya dah 'datang' tadi takde apa p...

Alahai Dunia...

~Salam Pagi Rabu Yang Indah~ Nasi goreng kampung + Sup Perut =kenyang burppppppppppppppp Tu dia..siapa mampu bersarapan begitu dipagi hari? ye,aku la tu..hahaha Malam tadi..kul 12malam,cik abe balik dengan menu tu katanya 'kawan baru buka restoren' So takkan aku nak bangun untuk makan selewat itu makanya,jadilah ia menu sarapan pagi ini Alhamdulillah,Rezki Allah bagi. Pagi ni kecoh di radio.. ' Tunangku Rupanya Isteri Orang' Aku tak beli paper baca pun kadang2 tapi itu pun dah cukup informasi mau tidak,kiri kanan ada pengulas tak berbayar tugasnya mengulas semua berita dalam paper Aku cuma perlu tadah telinga je.huhu Dari kisah Artis nangis sampai bengkak mata dalam YouTube (aku tengok video tu pun malu,huhu) Artis sarung cincin tunang dengan berseluar koyak   (tak sangka dia..mungkin tak sangka di tunangkan) Bayi dilambung amah (sorry aku tak tengok video yang orang duk heboh tu. .tak sanggup,doaku moga bayi ...

Watermark Pada Gambar.Perlu Ke?

Halluuuuuuuuuuuuuuuuu...morning fren.sudah bekfes?hari ni aku bersarapan bihun goreng + telur mata kebau total lost rm3,last week menu yang sama tapi di caj rm2.50.huhu Berkemungkinan akan slow dalam menghapdet blog dalam masa 2 minggu ini ada yang kesah? sebabnya  akak supervisor bercuti 2 minggu,so aku kena lah ambik sikit keje dia selama tempoh itu. *tarik napas..hembus* Okey..rasanya ramai dah baca kisah yang berlaku pada blogger EllyInWonderland  tentang penggunaan gambar anaknya di laman fb,kes dera katanya.Kalau kena kat aku pun pasti hangat hati.suka suki je guna gambar kita tanpa izin.So ramai yang nasihatkan dia untuk letak watermark pada gambar yang di share kat blog. Aku pun gedikla konon nak tahu macam mana cara nak letak watermark itu..emmmmmmmmmmm tak semudah abc rupanya nak buat watermark itu   ke sebab ilmu yang kurang? jadi aku pikir 16 kali perlu ke tidak letak watermark.setakat ini cuma pandai buat yang disable right click tu je.yelah,aku pun b...

Seharian Di Airport

Cuti Hari ke 7 -Rabu Setelah 6 malam bermalam dengan kakak,tibalah hari untuk pulang.sob sob sedih nak tinggal kakak.Pepagi ayahanda dan si kakak hantar kami 3 beranak ke stesen bas untuk ke bandar Kota Bharu.Bas bertolak dari stesen jam 8.00 pagi..hujan masih renyai-renyai nasib baik tak lebat macam semalam.kata abam 'masa solat tadi abam dah mintak doa supaya tak hujan' hehe.. bergambar dengan atok sebelum naik bas Perjalanan naik bas dari Krai ke KB ibarat makan angin.nasib baik ekon okey.si kenit dan abam sempat lelapkan mata.tepat jam 10.00 kami tiba di Stesen Bas Kota Bharu.awal lagi so sempat lah aku menapau keropok segera yang peket2 itu dengan 'etok'.haruslah membeli 'etok' kalau singgah di stesen bas itu. Plan nak ambik bas je ke airport tapi bas baru je jalan..lambat la nak tunggu next trip..so naik je taxi.rm20 dari kb ke airport.sampai je airport ke kaunter untuk masuk nama.tu dia..harapan adalah tipis.ada ramai yang dalam 'senarai men...

Episod Terakhir Balik Kampung Cuti CNY

Ini last episod cuti panjang balik kampung itu.Sambungan untuk kisah sebelum ini. Disini , sini dan sini juga . Cuti Hari ke 4 -Ahad Dah tak banyak xtvt,cuma enjoy melayan karenah anak2 Si kakak seronok dapat main dgn adik2.melukis,tengok tv,main masak2. Si abam seronok dapat ke surau setiap waktu solat (subuh je tak pegi surau). Si adik..mengembara segenap ceruk dalam rumah itu.masuk keluar bilik..batuk pun dah kurang. Petangnya,mak panggil dari dapur..katanya kakak sepupu aku call,ajak datang kedainya ada orang nak buat party 'tapuwe' tapi mak suh aku wakil sebab masa tu mak baru nak bancuh tepung buat kek.hehe,tetiba rajin pulak mak aku nak buat kek bagai,ala kek kampung je bukan kek hebat pun.Tapi kek kampung la sedap..tak jemu makan.Mendapat arahan terus cepat2 salin baju..anak2 tak ikut. Sesampai je kat tempat kejadian,majlis dah mula.Aku ingatkan nak promote 'tapuwe' rupanya bukan.Oh lupa yang jadi jurucakap ialah sedara jugak.dia duk Penang.Sement...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...

Sila Salahkan Alarm Itu

Salam Isnin.. Hari ni adalah sedikit menggelikan hati.Salah set alarm.Ingatkan dah kul 6.00 pagi.maka aku bangun..mandi,gosok uniform sekolah abam dan baju kurung untuk aku.Turun bawah masak air.naik balik kejut abam bangun. Si Abam bangun..mandi dan solat subuh,pakai baju dan turun bawah.Sekali masa aku nak angkat takbir..dengar suara en abe  'abam..cakap ngan umie.baru kul 5.45 la,belum subuh lagi'  alamak..kensel nak solat subuh..pastu aku gelak  macam mak lampir  atas kesewelan pagi ini.huhu. Huh rugi..rugi,apa nak buat ni?capai surah Ya'sin..abis baca,baring semula dengan telekong tu tunggu solat subuh.Si abam pulak sambung tido dengan uniform sekolah kat sofa. Tapi dalam menunggu azan sempat gak lelap..sib baik terjaga jam 6.30 pagi.Kalau terbabas jam 9.00 harus abam ponteng sekolah dan aku lambat gi keje Sekian kisah salah set alarm ;)

Cuti Hari ke 2:Adik Batuk,Pacat,Melawat Nenek

Okey..sambung lagi kisah balik kampung Hari ke 2..Jumaat Malam itu tak berapa lena tido..nasib baik aku dah tido awal.Si kenit asik terjaga kerana batuk.Berlaku sedikit drama 'kena paksa makan ubat' eee sabor jelah.Maka 'sleep-sleep chicken' aku malam itu.Anak oh anak.. Pepagi selepas Subuh,mak balik dari surau dengan sarapan nasi lemak dan nasi kerabu,pilihanku seharusnya nasi kerabu lah ye.Lepas makan,si kakak dan si abam ikut mak aku ke kebun getah..tapi tak sampai setengah jam dah berlari balik rumah.kata si abam 'abam takut pacat,dia geli sangat' apalah abam ni,kata anak jantan.Pacat pun takut. Bila mak balik dari kebun,aku dan anak2 ikut mak ke gerai kakak sepupu yang berniaga kedai makan..mak sebenarnya tunggu lori ikan kat situ..so sempatlah kami menjamu selera di gerai kakak sepupu.Aku makan nasi kerabu lagi.Argh..............takutnya saya dengan selera makan yang menjadi2 itu. Tengah hari pulak,ikut ayah yang nak ke masjid solat Jumaat,ayah ...

Cuti Hari Pertama:Terbang Pulang

#TQ sebab korang sudi ambik hati aku,kengkonon macam berminat nak baca kisah macam mana aku menghabiskan cuti 7 hari itu.Padahal,kalau korang tak nak baca pun aku tetap akan tulis dan bercerita jugak..MyBlog Is MyDiary Too.hehe Okey..kita mulakan dengan perjalanan pulang yang adalah sedikit mencabar kerana 2 malam sebelum pulang ke kampung,si kenit di serang batuk 'kong-kong'..hehe.itu kong-kong bunyi batukla..sedikit selsema juga datang menziarah.nak bertukar bulan barangkali.macam baby la pulak ye..Tapi mengenangkan hati sudah terbang ke kampung..maka ku gagahi jua pulang ke kampung walaupun anak kurang sihat.Kalau tak kerana ada sorang lagi anak yang menunggu di kampung sana,mungkin aku dah kensel plan balik kampung itu.Tapi..demi anak-anak,ku gagahi jua.. Perjalanan pulang KUL/KBR ialah pada hari Khamis (7 Feb) dengan penerbangan jam 10.35 pagi.wah detail sekali informasinya..flight memang fully book kerana ramai nak balik kampung for CNY tapi ada rezki kami untuk menye...

Psttt...........

Assalamualaikum (^_^) dah sarapan? #uwaaaaaaaaaaaa keje menimbun atas meja ni ada hati nak apdet blog.huhu psttttttttttttt hajat hati nak bercerita tentang kisah cuti2 balik kampung banyak benda nak citer ni tapi ada ke yang sudi baca? kalau takde kita abaikan jelah ye

Cuci Sawang,Rancangan Kartun dan Hari Kekasih

Assalamualaikum...  7 hari bercuti dari hapdet blog,ada ke yg merinduiku?  Takde? sedeynya...huhu tapi aku rindu bangat kat korang tau gigih menaip di skrin henpon yg cinoet ni semata2 nk lepaskan rindu.huhu Hari ni adalah hari Dobi sedunia Maklum ler balik dari coti2 haruslah kain baju macam gunung nak disetelkan Sambil basuh kain..masak dan kemas rumah,sambil melayan si kenit. Dia syok layan kartun sambil berjoget-joget ria Dan aku sedikit pelik kenapa kartun hari ni duk sebut-sebut 'selamat hari kekasih' Siap si donald duck dalam Disney Channel tu bagi hadiah untuk si daisy Daisy pulak buat kad ucapan untuk di Donald Tiba2 baru aku teringat yang hari ni ialah 14hb February Dan si abam pun mula bertanya 'hari kekasih tu hari apa?' Adoi...jenuhla pulak nak perah otak Memilih ayat yg senang difahami oleh budak 8tahun ni Aku cakap kat dia 'hari kekasih ini bukan budaya kita Orang Islam' Tau2 jelah budak sekarang ni M...

Tutorial Tudung oleh Cik Ajaa

Model: Cik Ajaa Selamat Petang Semua hari ni Ajaa take over umie punya blog #umie masih sibuk mencari dokumen.hehe  Ajaa nak buat tutorial tudung menggunakan gown senang untuk dicuba konfem tak nyesal 1-memula pakai gown macam biasa,yang kembang2 lagi bagus 2-ambik hujung gown bahagian belakang tarik ke atas 3-pastikan ia menutupi kepala 4-nak buat jambul pun boleh,suka hati 5-siap,mudah kan? sesuai untuk ke majlis tak rasmi contoh majlis hari jadi anak jiran sebelah tapi jangan pandang belakang tau nanti nampak spentot 'munge-munge'    suka buat 'hidung' macam tu bila nak ambik gambar pesen baru kot sekian..selamat mencuba.. ~nantikan tutorial terbaru dari cik Ajaa~ *-*-*-*-* kalau blog ni masih wujud 15 tahun lagi agak2 la Ajaa marah tak bila tengok gambar ni? #bukan aku yang buat tau tiap kali pakai gown dia buat fesyen tudung tu tapi dalam rumah la ;)

Edika Yusof.Kenal tak?

Korang..nak tanya ni,kalau sesapa keje bahagian yang melibatkan dokumen,berapa lama korang simpan dokumen itu?ada yang kata 7 tahun,ada yang kata 3 tahun.Sebenarnya mana satu yang betul?7 tahun @ 3 tahun?aku baru simpan dokumen 2 tahun pun rasa macam dah tak tahu nak letak celah mana..kiri kanan depan belakang kertas.macam mana gamaknya kalau simpan sampai 7 tahun.huhu Petang semalam..dapat emel,mintak dokumen bulan Ogos 2011 (nak nanges..huhu.dokumen itu memang ada tapi dah masuk stor) Begini lah nasib,diriku yang bukan sesiapa.Nak tak nak,nanges ke tidak..tetap kena cari sampai dapat itu dokumen *tarik napas..hembus* . Okey..lapangkan hati dengan menziarah blog kengkawan.Dokumen itu nanti diusahakan..hehe.Merungut bagai nak rak pun tak guna,ending sendiri kena buat jugak kan..so jangan serabutkan otak. Psttt...meh nak bisik sikit.nak cakap kuat-kuat,malu.huhu.tadi aku terklik ke blog ini dan jumpa ini  dah lama aku cari kisah dia (macam tak percaya aku tulis ni.dia bukan s...

Cuti Sakan

korang ooooooooo korang hari ni aku betul2 takde mood nak buat keje #tensen mesin potostat buat hal mata duk pandang kalendar je nampak tak? pengasuh ambik cuti 7 - 14 hb maka aku pun kenalah cuti 7 & 8 -cuti tahun 9 & 10 -sabtu ahad + CNY 11 & 12 cuti ganti sempena CNY 13 & 14-cuti tahun =total bercuti:8 hari  plan 1: nak balik kampung jumpa si kakak,jumpa mak ayah jumpa nenek-nak tido dengan nenek nak makan puas-puas nak suh ayah buat sup tulang suh ma buat sambal terung pipit,sambal jering apa lagi ye? oh nak makan nasi kerabu my cousin buat(dia buka gerai nasi pepagi) plan 2: kalau tak jadi balik kampung nak balik cheras umah mil nak naik komuter/lrt bawak kanak2 ribena jalan-jalan beli tiket dan naik komuter/lrt duk dalam tren tak payah turun nak jalan2 gi Sogo/MidValley cuci mata tak pun jalan2 ke jalan TAR plan 3: kalau semua tak seperti dirancang duk umah je uwaaaaaaaaa 8 hari duk umah...