Skip to main content

Jantina Anak mengikut Carta Cina

SALAM SEMUA
SeLaMaT HaRi IsNiN

Sedikit kelam kabut pagi ini
makanya aku telah tertinggal henpon kat rumah
huhu
Ini kerana en ayah kena gi course
maka anak dara kenitnya meraung tak hengat
gara2 tidonya terganggu
kena pegi umah pengasuh awal pagi
selalunya boleh menyelit celah ketiak ayah sampai tengahari

dalam keta jumpa paper lama
'sulat kaba lama,sulat kaba lama'
29Januari yang lalu

DiChina mengamalkan dasar
1 Anak 1 Keluarga
Kesiankan?
Kawan aku pernah cuti2 ke Beijing,China
katanya ramai duk kerumun anak dia
siap cakap kat dia (dalam bahasa ayam itik)
'kamu sangat bertuah ada anak ramai
kami cuma boleh ada 1 anak saja'

budak2 kat sana pun 
bila nampak budak sebaya seronok sangat
mengekor je nak berkawan dengan anak2 kawan aku
boleh nak ada anak lebih dari 1
tapi banyak syarat2nya
tu pasal ramai memilih untuk anak 1 je

negara kita tak mengamalkan dasar tersebut
tapi ramai yang fikir banyak kali untuk tambah anak

alkisah
dari awal tahun 2013 aku duk membelek carta ini
ditambah pula besday ke tigapuluhempat Jumaat lepas

masa memula kawen dulu
target anak 2 orang je
pastu bila si abam umur 5 tahun
perasaan nak ber'baby' datang kembali

sekarang Adik Ajaa dah 3 tahun 
rasa itu datang lagi
 tapi

.
.
.

entahlah  


(^_*)

~saja je intai kalendar~
hehe

Comments

NinaAz said…
saya teringin nak ada anak2. mudah2an ada rezeki tahun ni. nak anak cepat2. hehe. nasib baik negara kita tak amalkan dasar macam tu...
Ratu Hatiku said…
Xmeriah la kalau ank x ramai.... :D
~Beb~ said…
Lahai. Dasyat eh. Kesian depa..
Aku sentiasa ade perasaan nak tambah lagi. Tapi apakan daya, rezeki tak dtg lagi...

=p
izawani said…
Kalau akak peknen bulan ni, kengkononnya dapat anak pompuan yer ? Best best...

Berangan laaa...
Unknown said…
10 org anak baru cukup kan,, betol tak? hehe
Irfa said…
#NinaAz..
sesiapa yg berkahwin nak anak
jarang jumpa yag berkahwin x mau anak
cuma rezki itu Allah yang bagi ;)

#Ratu Hatiku..
kawan kata 'kecik2 ni je penat sikit.
bila semua dah besar tak terasa anak ramai pun sbb semuanya dah keluar rumah tggl berdua jugak'hehe

#hello Beb..
dah dasar negara mcm tu
sapa berani langgar x pasal2 kena saman ;)
Irfa said…
#fara..
moga ada rezki Aydin nak jd abang satu hari nanti.ko muda lagi :)

#kak izawani..
hehe..tp peluang tu selang seli kan?
saya pulak kena tggu hujung tahun la konon nak anak lelaki..keh keh keh
mcm yakin je..adoila

#aQuMad..
ramai sangat tu..
Unknown said…
aiseh aiseh,carry on jeh kan masih muda masih larat gitu....
:: CIKVIVA :: said…
emm...nak bagi ajaa adik kah???
Ina Mohamed said…
saya berangan nak anak kembar lelaki. hehehe...boleh plak pilih2 mcm tu, hahaha dh nama pun berangan. sbb takde boboi lg ni. tengok twins kan cute sangat2. adoiii geramnya. rezeki itu di tangan Allah SWT. Allahuakhbar. harap2 datang la rezeki itu.
Irfa said…
#kak lienda..
takpelah kot..bagi akak dulu ;)

#cikviva..
nanti makcheq marah.huhu
x nak bawak ajaa jalan-jalan
ajaa nak gi jasko ;)
Nick Nashram said…
negara china diorang amalkan dasar family planning..rasanye negara diorang x muat dah kot..huhu
selagi sihat dan usia muda ni la tambah lg.,
seronokkan ada baby nii..
Biarlah rahsia said…
Teringin sangat nak ada baby lg...tetapi rezeki belum kunjung tiba...insyaAllah mudah-mudahan ada rezeki lg...
Unknown said…
Sempat lagi kalau nak anak kita sebaya ni. Hehehe
azieazah said…
Di negara yang mutlak ditentukan oleh kerajaan memang payah. Kerana dah padat, boleh anak 1 saja. Rugi kan?

Kak Azie syukur, anak 6 orang.
IndaMarya said…
yg paling best bila anak2 dh besar2. jumpa berkumpul sembang kenangan masa kecik.mak bapa senyum puas..saya dh rasa pengalaman ni..best giler.
Irfa said…
Ina ku..
seronok kan tgk org anak kembar?
yg tgk mmg seronok tp yg mmbesarkan mgkin berpeluh.serba dua tu.klu meragam pun silap hari bulan serentak juga ;)
Irfa said…
#nick...
mgkin jugak.lgpun dimana negara pun ada rakyat diorag
NanyFadhly said…
Memang best anak ramai..tapi mencabar skrang nih. Letih pun iye..tapi dah besar best..boleh tolong kite jugak ye dak?..eh, muda lagi..boleh nak menambah tuh..hehehe
Rumah Kuning said…
bagi le adik kpd ajaa. mesti dia suka. hehehe
muslimah rempit said…
kalau ikut kalendar cina kena tambah satu tahun... kerana kalendar cina kira dari dalam perut lagi hehehehe

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...