Skip to main content

Janji Shirah:Jangan Sembarangan Tinggal Wasiat



Sapa tengok drama bertajuk Janji Shirah?Aku tak follow dari awal..baru sekali tengok last week dan malam tadi adalah episod akhir.*bagus juga tak tengok dari awal..sakit jiwa aku tengok si Zali (abang ipar Shirah,lakonan Fauzi Nawawi tu,jahat gila watak dia..memang berbakat la*

Sinopis yang lebih jelas dari sini www.budiey.com tapi aku pendekkan yang penting je.Ini kisah tentang seorang gadis bernama Shirah(Nabila Huda) yang diamanahkan oleh kakaknya yang meninggal dunia kerana barah otak untuk menjaga anak2 saudaranya itu selepas kematian ibu mereka.Ini kerana dia tidak percayakan suaminya yang tak bertanggungjawab dan sudah beristeri baru.Suami si kakak pula ambil kesempatan atas kasih sayang ibu saudara kepada anak2nya itu dan berhajat ingin memperisterikan bekas adik ipar untuk menjaga anak-anaknya.

Kisah bagaimana Shirah yang berusaha untuk mendapatkan kembali anak-anak saudara yang di culik dan di kurung oleh bapa mereka sendiri.

*merasa lah si abam membebel tengok cerita ni* amboi pandai mengomen jugak rupanya,anak umie katakan.hihi

Endingnya Shirah dapat hak penjagaan anak2 saudaranya itu setelah bekas abang ipar itu di penjara 5 tahun atas kesalahan peras ugut(peras ugut video seks isteri barunya),mendera anak dan cubaan merogol.Sib baik ending berbaloi..

Oh aku nak komen pasal mende lain sebenarnya tadi..Aku penah dengar ceramah tapi lupa dari Ustaz yang mana.Katanya,kalau nak mati jangan wasiat yang membebankan orang hidup.Contohnya

#  "abang,kalau saya mati..abang janji tau jangan kawen lain.nanti saya bangun dari kubur,jadi hantu.saya cekik abang dengan bini baru abang tu"

*kata ustaz:tak baik wasiat gitu.sian si suami.dia pun ada nafsu,kalau awak dah mati..biarlah dia kawen lain.tak baik buat orang serba salah dengan wasiat pelik2.lainlah kalau suami itu sendiri rela tak berkahwin selepas isterinya meninggal..lain citer okey

aku rasa,kakak Shirah tu membebankan adiknya dengan mewasiatkan supaya menjaga anak-anaknya selepas kematiannya nanti.Shirah hampir2 putus asa untuk merebut anak2 sedaranya dari bekas abang ipar..putus cinta juga kerana sibuk jaga anak sedara dan gangguan dalam pekerjaan sebab asyik fikir pasal mereka.sampai dia kata kat mak dia 'shirah dah tak sanggup lagi mak,biarlah mereka dengan ayah mereka,shirah juga ingin merasa hidup macam orang lain..shirah masih muda'

Kalau kita dah berkahwin dan ada anak,mesti sesekali terfikir 'kalau aku mati.sapa nak jaga anak2 nanti?kalau suami kawin baru nak ke isteri baru jaga anak2 aku nanti?' buat sakit otak je kan fikir macam2 perkara yang bukan dibawah kuasa kita.Tak baik buruk sangka dengan Allah.Semua yang berlaku dan akan berlaku adalah dibawah kekuasaanNya.Apa susah..rumah anak yatim melambak kat malaysia ni kalau dah takde sapa sudi jaga.

*emo okey tengok drama ni..sensitif kalau drama kisah anak2@budak kecil kena dera.sob sob sob* 

Comments

Masya said…
alamak dah habis ke... lupalah pulak nak tgk malam td.. tertidoo awal..
♥cikmOt♥ said…
uikss...betul pe kan, jangan suka wasiat sesuka hati...siang orang yang menanggung tu...

tak pernah lagi nengok citer ni...take masa sangat nak nengok tb skang...kesian betul
Anonymous said…
wasiat jaga beserta duit takpe jugak...nak jaga pun semangat la jugak. fauzi nawawi mmg sesuai sgt watak jahat...
Mulan said…
terlepas... kena cari kat youtube ni..
Hanis Azla said…
akak tgk citer tu waktu episod pertama aje.. lepas tu terlupa nak tgk.. tahu2 dah habis.. tp mmg kesian dgn shirah sbb kena berkorban jaga anak2 saudara dia.. mmg betullah seeloknya kalau nak berwasiat pastikan wasiat kita tak menyusahkan org lain.. kesian jdnya nnt..
NenetPenne (NP) said…
ada masa ke nak bangun dari kubur dan pi cekik tengkuk suami? kat dalam kubur pun tak habis2 nak mengadap munkar dan nakir... :)

that is why laa akak tak tengok citer melayu la ni..dah tu shirah tu pulak ramai nau lelaki yang nak kat dia... wahhh hebatt!!!
CikPuan Adda said…
lama tak layan drama melayu. running man jugak yg best. hehehe...
Munn Jaafar said…
laa terlepas dh last episode.ralit sgt tgk cite omputih mlm td..huhu
NinaAz said…
Betul tuu.. serba salah pulak nanti. Kalau shirah kawin. Ada abak. Mcm mn. Boleh terima kea suami dia ngn ank sedara tu.. hurmm. Pendek kata. Benda2 mcm tu jgn fikir.. Allah dh tentukn y terrrrbaik
Leney said…
Terima kasihla Irfa buat entry ni sebab saya tgk dari pukul 9~10 je pastu tengok cerita English 'Love Happens' kat TV2. So, tak tahu endingnya camana.
Yunus Badawi said…
Sakit jiwa saya layan drama ini semalam dgn emak Adam. Apasallah si Shira tu tak nak report kat polis aje awal2 supaya abg iparnya ditangkap? .... huhu
Unknown said…
Tengok jugak citer tu. Mmg kesian kat shirah. Abg ipar pun satu...jahat dan tk tau nk berterima kasih.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...