Skip to main content

Alahai Dunia...

~Salam Pagi Rabu Yang Indah~

Nasi goreng kampung + Sup Perut =kenyang burppppppppppppppp
Tu dia..siapa mampu bersarapan begitu dipagi hari?
ye,aku la tu..hahaha
Malam tadi..kul 12malam,cik abe balik dengan menu tu
katanya 'kawan baru buka restoren'
So takkan aku nak bangun untuk makan selewat itu
makanya,jadilah ia menu sarapan pagi ini
Alhamdulillah,Rezki Allah bagi.

Pagi ni kecoh di radio..
'Tunangku Rupanya Isteri Orang'

Aku tak beli paper
baca pun kadang2 tapi itu pun dah cukup informasi
mau tidak,kiri kanan ada pengulas tak berbayar
tugasnya mengulas semua berita dalam paper
Aku cuma perlu tadah telinga je.huhu

Dari kisah

Artis nangis sampai bengkak mata dalam YouTube
(aku tengok video tu pun malu,huhu)

Artis sarung cincin tunang dengan berseluar koyak 
(tak sangka dia..mungkin tak sangka di tunangkan)

Bayi dilambung amah
(sorry aku tak tengok video yang orang duk heboh tu.
.tak sanggup,doaku moga bayi itu dilindungi Allah)

emm..makan lagi sedap kot..lalalalala

Comments

NinaAz said…
sup peruttt tuuuu... best2..
kesian fizz fairuz. hurm.. entah apa pulak kes pasni
Ratu Hatiku said…
Amboi dah mcm mkn lunch hihihi
mcmanalah dah tau status bini org terima pinangan org lain...xpham betul...
Hahahaha...sbb tu aku tak suke bace paper...
NenetPenne (NP) said…
tu dah kira heavy breakfast dah tu....
dah lama tak makan sup perut....
shida said…
macam2 cerita pelik dok dgr sekarang... semuanya menyakitkan hati
Unknown said…
Tumpang laluuuu..

Dik,
Sedap ke sup perut? Tak penah try lagi ni..
Kakcik Seroja said…
Pelbagai kisah 'mengerikan' mengelilingi kita... Puncanya?

Hmmm...
♥cikmOt♥ said…
hehehe, seme tu poyo...

eh awak, esok kita p klia...
sebab nak p kk...
kat level 5 lorong 14-18 rasanya...

jom la jumpa jumpi
QasehnyaRania said…
apakan daya..
yg nangis tu shiela kan.
fizz mubgkin teraniaya.tgk la gaya dia pakai masa p majlis pon pelik.jrg tgk artis pakai sebegitu kan..

sama2 kita doakan buat bb tu
Rumah Kuning said…
satu je belum baca. kejap nak google.
Irfa said…
# NinaAz..
dah lama jugak x makan sup perut
nasib baik yg makan ni sedap
xde bau perut pun..

# Ratu Hatiku..
hahaha.konpius waktu utk sarapan ke lunch ni?tapi licin je..lunch tak makan.kuar berita kata kena 'buatan'
emm entahlah..sian family dia kan

# fara..
jual paper lama mahu
sejengkal rm1
hehe

# KakNet..
sedap tau ..perut dia lembut je
anak dara lembu barangkali ;)

# shida..
baca paper boleh dapat sakit hati
sakit jantung sekali..sbb beritanya pelik2 je

# Ibu Sham..
lalu je kak?singgah la minum secawan teh.
sup perut tu sedap kat tekak saya.boleh la order lg pasni

# KakCik..
puncanya?
pemakanan ke?
entahla..

# CikMot..
ye ker?
ada rezki jumpalah kita ;)

# Qasehnya Rania..
Bab artis tu semoga jumpa jalan penyelesaiannya
Untuk baby HAREZ tu semoga Allah melinddunginya

#kak RK..
gugel jgn x gugel
tp xde hadiah pun.huhu
fieda said…
moga baby tu sihat hendaknya..

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...