Skip to main content

Watermark Pada Gambar.Perlu Ke?

Halluuuuuuuuuuuuuuuuu...morning fren.sudah bekfes?hari ni aku bersarapan bihun goreng + telur mata kebau total lost rm3,last week menu yang sama tapi di caj rm2.50.huhu

Berkemungkinan akan slow dalam menghapdet blog dalam masa 2 minggu ini ada yang kesah? sebabnya  akak supervisor bercuti 2 minggu,so aku kena lah ambik sikit keje dia selama tempoh itu.*tarik napas..hembus*

Okey..rasanya ramai dah baca kisah yang berlaku pada blogger EllyInWonderland tentang penggunaan gambar anaknya di laman fb,kes dera katanya.Kalau kena kat aku pun pasti hangat hati.suka suki je guna gambar kita tanpa izin.So ramai yang nasihatkan dia untuk letak watermark pada gambar yang di share kat blog.

Aku pun gedikla konon nak tahu macam mana cara nak letak watermark itu..emmmmmmmmmmm tak semudah abc rupanya nak buat watermark itu  ke sebab ilmu yang kurang? jadi aku pikir 16 kali perlu ke tidak letak watermark.setakat ini cuma pandai buat yang disable right click tu je.yelah,aku pun banyak letak gambar anak kat blog.harap2 takde la kejadian buruk berlaku.nauzubillah

Aku rasa,selagi tiada kesedaran dalam diri tentang 'hak orang tetap hak orang,jangan buat macam hak kita' maka kes salah guna @ curi hasil kerja orang lain tetap akan tetap berlaku.paling cikai pun letak la kredit untuk sumber dimana gambar itu di ambil.

Selalu aku perhati banyak berlaku curi hasil kerja orang ini ialah blog resepi.Orang lain penat menumis dan mengayak tepung,setiap step memasak dari mula sampai akhir belum lagi bab berpanas depan oven dan dapur .. suka suki ngaku 'jemput tengok,ini hasil air tangan i,penat tau masak.hihi' kalau kena kat kita sakit hati tak?

okey itu je nak citer..
balik ke alam nyata #mana nak mula ni?nak buat yang ini dulu @ yang sana dulu?uwaaaaaaaaaaaa

Comments

sweetie said…
Irfa, disable right click tu boleh di copy juga... ada kekuncinya... so tak da maknanya kalau letak watermark tu di hujung2 gambar... kalau tak bagi org manipulasi gambar tu.. letak tengah2 gambar... tapi tak cantiklah pulak nampaknya kan... sebab dah tertutup dek watermark...

Tak paham dgn perangai orang2 macam ni.. kopi mengopi gambar orang pastu senang2 create story sendiri... setan! (opssss!)
Masy said…
disable right click pun sbnrnye bole je nak cilok gambar kak, print screen misalnya. buat watermark guna photoscape je mudah, cer akak try..
HeNRieTTa JoSe said…
rietta dulu pown xletak watermark....mls nk layan...lepas kawan freelance kena curik gambar customer dia (pengantin), pastu customer ngamuk...rietta pown ikut letak watermarkjuga...disable right click rietta xtaw....bleh tolong ajarkan...bleh la...bleh la...sambil kedip kedip bulu mata penuh pengharapan....ekekeke...
Mak Piah said…
Irfa;

urff sangat pada orang yg curik gambar orang dan buat mende tak senonoh.

x
asyifamustaffa said…
kdang buat watermark pun orng kidnap gak....adehhh...x tau la orng ni cmne...smua nak idup senang jekkk...!
NenetPenne (NP) said…
watermark tu kira mcm 'hak cipta terpelihara'

tapi kalau kita ni manusia yang ada adab, kita tak akan amik orang lain punya hasil sesuka hati...kalau nak juga, plese ask for permission and put kredit to the owner bawah gambar tu..

eh akak ada story pasal orang yang cilok gambar akak pastu buat lawak kat blog dia..nanti i story mory the joyah hokay..
Aku takdehal. Ko nak kopi, aku boleh sumbat dgn teh. Wahahahaha!
Unknown said…
penting jugak kak! kekadang gambar2 terbaik kite diorg plagiat.. nak letak watermark kena ambik masa... sejak2 akhir ni saya pon malas letak watermark bile ambik dgn hp. melainkan ambik gambar pakai dlsr shj...
NinaAz said…
Suka2 jea nk curik pic org. Dulu sy pakai jugak watermark. Tp lama2 jd malas pulak. Huhu. Kdg3 law letak pun letak sipi2 jea. Kt tengah2 xletak sb xcantik pula pic. Hihi
Kakzakie Purvit said…
Kakak letaklah juga tapi kecik sebab tak mahu gambar tertutup. Lain kali kakak ubah letak tengah agak-agak macam mana pulak. Tapi gambar kakak tak ada yg special...
Unknown said…
serius, watermark penting, letak kat tengah tengah gambar. risau gambar tu jatuh ke tangah manusia yang tidak bertanggungjawab..
Unknown said…
Dearest Irfa,

Pernah terkena. Tapi bukanlah curik gambar lauk tapi gambar fridge magnets jer. But still.. sentap jugak.
Ye la.. penat kita snap, crop, edit apa yg patut then tetiba tgk dia post "My FM collections - not for exchange".

So.. rasanya.. perlu la kot.

P/s;
Tapi sampai ari ni K.Sham tak buat pun lagi. Maybe I should start now.
Ratu Hatiku said…
Kdg letak jugak kdg lupa hihihi
CikPuan Adda said…
aduhai...malasnye nak letak watermark walaupun en bapak dah pernah ajar. macam akak kata, tak mudah. bila tak mudah = malas, hehe...betullah, kena letak watermark walaupun idok le gambarnya cam pro. kira melindungi hak cipta sendiri.
azieazah said…
Kak Azie guna Photoshop utk hampir semua gambar. Kadang2 letak jugak watermark bila rasa gambar tu agak eksklusif. Tapi bila gambar biasa-biasa, malas gak nak boh water mark tu.
Lady Windsor said…
akak lagi tatau acaner nak letak watermark...
QasehnyaRania said…
bg saya perlu.
terutamanya yg berkaitan masakan.
kalau pic kita dah sah2 kita yg punya kan..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...