Skip to main content

Air @ Letrik?

SALAM SEMUA :)
sejuk cuaca hari ni..rasa cam nak tarik selimut sampai ke kepala bila azan subuh berkumandang.tapi teringat nenek kata 'kalau azan Subuh tapi makin sedap tido,itu tandanya kita diselimutkan dengan selimut kulit babi' euww jijik okey..Tapi demi sesuap nasi ku gagahkan jua kaki melangkah ke bilik air.poyo sangat ayat itu.sedikit berat hati nak datang keje bila mengenangkan si kenit Ajaa tak berapa sihat malam tadi.kaki asik menendang orang je kejenya.Hidung dia tersumbat semua orang dapat tempias.'dik,sila salahkan hidung adik itu ye'

aku ada kisah nak share ngan korang tapi ini kisah malam ahad lalu..alkisah malam itu aku tertido awal gara2 diserang selsema yang agak teruk.Pakej sakit tekak sekali.huhu..siksa wei.Tengah syok beradu dilautan mimpi tetiba rasa panas 'alamak,black out ke?' bangun dan selak langsir,intai rumah jiran..konfem.Satu taman black out.Tengok jam tepat 12.05 malam(eh malam ke pagi?).

En Abe lom balik..aku pandang si abam dan si adik..sedap je tido tak menguit langsung,ni mesti letih sangat main sepanjang hari.Dalam hati tercakap 'diorang ni tak panas ke?'Aku dah gelisah..apa nak buat ni?lilin pun takde,lampu picit juga takde..tapi fikir balik,bukan rumah aku je black out..satu taman.nanti adalah orang tepon TNB tuh.hehe

Sejam kendian..letrik pun ada.kiranya 1 jam cukup2 takde letrik.tq TNB,tapi apa masalahnya ye?muskil disitu sebab selama aku menetap ditaman itu,ini kali pertama black out sampai 1 jam.Tapi bab air penah putus bekalan selama 2 minggu,siap masuk tv3 lagi.

1 jam takde letrik,apa rasanya?panas la kan.rumah batu,bukan rumah papan..kalau rumah papan ada jugak angin masuk ikut celah lantai/dinding.So buka tingkap luas2 dengan harapan angin masuk.Buntu kejap otak bila takde letrik.Masa tu aku mula terkenang masa dahulu zaman jepun waktu aku dibesarkan.

Masa aku lahir sampai lah umur 8 tahun,takde letrik.Maksud aku letrik 24jam.dan umah kami juga takde tv.sebelum tu ayah ada tumpang generator rumah jiran(konsep bayar bulan2 tapi bayaran tetap..aku pun tak tahu bape ayah aku bayar untuk sebulan) so dapatlah bekalan letrik dari jam 7.00 malam sampai 7.00 pagi.dengan kudrat generator mana boleh tengok tv pun.itupun rumah jiran2 lain takde pun letrik..masih pakai pelita atau lampu gasolin.teringat sebelum itu kenangan (kami 3 beradik.aku,adik lelaki dan cikviva masa tu masih kecit.3 adik lagi belum lahir masa tu.cikviva kecik2 dulu suka pakai sependek(seluar pendek) corak askar..abis la kena marah nanti buka kisah silam.hehe) bila ayah tengah mengepam lampu gasolin itu,kami reramai duk kerumun ayah.macam hebat sangat sebab ayah boleh pam lampu tu sampai menyala.Lampu gasolin tu pun tak semua rumah ada.kira hebatlah kalau rumah orang lain pakai pelita dan rumah kita pakai lampu gasolin tu.hehe

macam ni la lampu gasolin zaman aku kecik dulu
Antara kenangan paling tak boleh lupa masa memula ada letrik kat kampung aku ialah..setiap kali periksa aku dapat no 1 hingga 3 je dalam kelas.Elok ada letrik 24jam,ayah dah beli tv..terus dapat no 8.sapa nak jawab tu?menjawab la aku..hehe

Kita selalu dengar orang merungut takde air susah.Jarang orang merungut takde letrik.Aku tahu 2 benda itu sangat penting

AIR dan API (letrik la)

ada orang kata 'takde letrik takpe,tapi takde air lagi susah nak buat apa pun tak senang.nak basuh berak pun susah.nak pulak kalau kat rumah ada budak kecit'

dan ada pulak yang kata 'aku kalau takde air okey lagi..jangan takde letrik..sebab semuanya bergantung dengan letrik zaman sekarang ni.kalau takde air,lori boleh hantar air..tapi kalau takde api (letrik) sapa boleh hantar?'

kalau tok nenek yang hidup zaman jepun tu tahu betapa 'manja nya 'kita sekarang ini..nanges diorang.

korang macam mana?pilih antara dua..air @ api?pilih 1 je tau..tak aci pilih dua-dua sekali nanti aci marah ;)

Comments

Munn Jaafar said…
sy pilih air! yg pnting air...dr zmn batu air dh wujud, so die mmg pnting la kan. letrik zmn bila baru org jumpa? :p
Acik Erna said…
assalam dik..tak kira..tak aci pun tak pe..nak jugak dua2..he he
NenetPenne (NP) said…
ooh akak tak merasa semua pakai lampu gasolin atau generator ni sebab kat rumah memang dah ada elektrik...

akak pilih elektrik kot sebab kalau tak ada elektrik, cemana akak nak masak sebab akak pakai semua gadget elektrik... (mcm laa hari2 masak..hikss)

tapi kalau tak ada air pun susah jugak... mmm kalau umah tak ada air, boleh pi mandi umah kakak laa mcm ni... aci tak?
:: CIKVIVA :: said…
jangan la bukak cite dlu2..malu i..huhu

air & api sama penting di zaman sekarang ni...
Kakzakie Purvit said…
Kakak asal org kampung juga tau. Kalau tak ada api kakak tak kisah tapi kalau tak ada air mati kutu. Nak wudhu' satu hal, nak cuci lagi satu hal, masak boleh tolak tepi mkn luar tapi tak kan tak nak masak air dan minum langsung di rumah - susahlah kalau tak ada air.

Hanis Azla said…
akak pun rasa dua2 tu sama penting.. satu takde mmg tak senang duduk dibuatnya..
bangsawan nilai said…

bagi aku 'air' lebih penting.

bagi pihak yg lain letrik amat penting utk tengok slot 'akasia' 'lestary' channel hd134, cerekarama, drama korea dll seumpamanya hahahaha...
emarieys said…
air dan letrik dua-duanya penting..tp yg lebih penting adalah air..
MOKCIK AZWA said…
I want air..

lepas tu nak letrik jugak

hehehe..
Air beb. Aku tak ley klu takde air. Mmg amukan ablasa le jwbnye...
Leney said…
Irfa,
saya lupa email Irfa. Boleh tak email saya: mazlainey@yahoo.com. Mana tahu nak invite ke blog ke kan?
[z@ck] said…
nak pilih dua2..dua2 penting.huhuhuhu.tak boleh tak ada air pasal saya ni jenis kejap2 pergi toilet, basuh tapak kaki, tangan.style tak boleh kotor sikit.huhuhu..api pulak, penting sebab kedah ni panas.tadak letrik, macam duduk kat gurun sahara.huhuhu
Izan Ishak said…
izan pilih air sbb anak2 dah ramai kot. dibuatnya cuma ada bekalan air tangki je mmg susahlah nak buat itu ini...

ehhh... cerita irfa kat kg tu kan lebih kurang sama je ngan citer en suami masa kecik2 dulu.
Rumah Kuning said…
saya pilih air. ya, pada saya air lebih penting.
Irfa said…
munna...
mmg betul air lg penting.tp kita skrg mmg x boleh hidup tnpa letrik kan?lainla klu dr awal x merasa ada letrik..hehe
Irfa said…
kak erna...
aci kata,satu juga pilih ;)
Irfa said…
#kaknet..
kampung saya tu jauh dr bandar.tu pasal lambat sikit dapat letrik ;)
kalau peralatan dapur semua guna letrik..harus makan kat kedai je.

#cikviva..
itu baru sikit ;)
mana boleh pilih dua2..pilih satu je semestinya kedua2 itu sama penting

#
NanyFadhly said…
teringat masa kecik..tapi masa tu kat rumah nenek la..api takdak..pakai gasolin. Syok wehh tengok atuk pam gasolin tuh..terang satu dunia..hahaha..

Now, anak2 kite tak dpt nak tengok cane gasolin ni beroperasi unless bapaknye rajin melayan.

Sy pun pilih air gak klu diberi pilihan. :)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...