Sapa tengok drama bertajuk Janji Shirah?Aku tak follow dari awal..baru sekali tengok last week dan malam tadi adalah episod akhir.*bagus juga tak tengok dari awal..sakit jiwa aku tengok si Zali (abang ipar Shirah,lakonan Fauzi Nawawi tu,jahat gila watak dia..memang berbakat la*
Sinopis yang lebih jelas dari sini www.budiey.com tapi aku pendekkan yang penting je.Ini kisah tentang seorang gadis bernama Shirah(Nabila Huda) yang diamanahkan oleh kakaknya yang meninggal dunia kerana barah otak untuk menjaga anak2 saudaranya itu selepas kematian ibu mereka.Ini kerana dia tidak percayakan suaminya yang tak bertanggungjawab dan sudah beristeri baru.Suami si kakak pula ambil kesempatan atas kasih sayang ibu saudara kepada anak2nya itu dan berhajat ingin memperisterikan bekas adik ipar untuk menjaga anak-anaknya.
Kisah bagaimana Shirah yang berusaha untuk mendapatkan kembali anak-anak saudara yang di culik dan di kurung oleh bapa mereka sendiri.
*merasa lah si abam membebel tengok cerita ni* amboi pandai mengomen jugak rupanya,anak umie katakan.hihi
Endingnya Shirah dapat hak penjagaan anak2 saudaranya itu setelah bekas abang ipar itu di penjara 5 tahun atas kesalahan peras ugut(peras ugut video seks isteri barunya),mendera anak dan cubaan merogol.Sib baik ending berbaloi..
Oh aku nak komen pasal mende lain sebenarnya tadi..Aku penah dengar ceramah tapi lupa dari Ustaz yang mana.Katanya,kalau nak mati jangan wasiat yang membebankan orang hidup.Contohnya
# "abang,kalau saya mati..abang janji tau jangan kawen lain.nanti saya bangun dari kubur,jadi hantu.saya cekik abang dengan bini baru abang tu"
*kata ustaz:tak baik wasiat gitu.sian si suami.dia pun ada nafsu,kalau awak dah mati..biarlah dia kawen lain.tak baik buat orang serba salah dengan wasiat pelik2.lainlah kalau suami itu sendiri rela tak berkahwin selepas isterinya meninggal..lain citer okey
aku rasa,kakak Shirah tu membebankan adiknya dengan mewasiatkan supaya menjaga anak-anaknya selepas kematiannya nanti.Shirah hampir2 putus asa untuk merebut anak2 sedaranya dari bekas abang ipar..putus cinta juga kerana sibuk jaga anak sedara dan gangguan dalam pekerjaan sebab asyik fikir pasal mereka.sampai dia kata kat mak dia 'shirah dah tak sanggup lagi mak,biarlah mereka dengan ayah mereka,shirah juga ingin merasa hidup macam orang lain..shirah masih muda'
Kalau kita dah berkahwin dan ada anak,mesti sesekali terfikir 'kalau aku mati.sapa nak jaga anak2 nanti?kalau suami kawin baru nak ke isteri baru jaga anak2 aku nanti?' buat sakit otak je kan fikir macam2 perkara yang bukan dibawah kuasa kita.Tak baik buruk sangka dengan Allah.Semua yang berlaku dan akan berlaku adalah dibawah kekuasaanNya.Apa susah..rumah anak yatim melambak kat malaysia ni kalau dah takde sapa sudi jaga.
*emo okey tengok drama ni..sensitif kalau drama kisah anak2@budak kecil kena dera.sob sob sob*
Comments
tak pernah lagi nengok citer ni...take masa sangat nak nengok tb skang...kesian betul
that is why laa akak tak tengok citer melayu la ni..dah tu shirah tu pulak ramai nau lelaki yang nak kat dia... wahhh hebatt!!!