Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Ramadhan 22: Aku dan IG (Instagram)

# kemalasan melanda hai korang? posa tak hari ni? hihi, gurau minta kena sekeh . Okey, kan semalam aku citer pasal aku ada IG (Instagram), ko ade? dan aku nak share apa pendapat aku tentang IG, kalau korang rasa tak sependapat, takpe .. aku terima. Aku ada IG sebab adik aku paksa, katanya 'kak, buat IG sekarang. Kalau tak, tak boleh balik kampung. Nanti orang tinggal je kat Tol Gombak tu je' huhu gurau je. Jadi dengan paksarela aku pun buat lah. Aku follow dia, dan dia follow aku. Pastu aku tengok ramai pulak yang follow aku. Tah mana datang pun aku tak tahu. Kulit hitam, kulit putih sume ada. Eeee takutnya saya. Pastu banyak la pulak yang follow semata2 nak jual barang. Segala ubat nak bagi putih, jual beg, jual baju, jual ubat gegat, hehe tipu je . Aku tak minat nak beli barang, so aku klik n follow artis2 se Malaysia. Wow! hebat gaya hidup mereka. Makan-makan, jalan-jalan, sopim-sopim. Boleh dikata ramai artis ada IG. yang apdet setiap 15minit pun ada. Bukan semua l

Tetiba Ada Instagram

Mood: # mata ngantuk, tak cukup tido anak kenit tak sihat, masih ada sisa batuk # perut masih sakit OnOff ala-ala 'sekut' chipsmore, kejap ada kejap takde # hati dah takde kat opis dah terbang pulang ke kampung, mood nak raya sebenarnya bukan nak raya sangat tapi lebih pada nak balik kampung je ma baru kol, tanya bape haribulan nak balik? aku pun tak pasti cuti raya pun tak apply lagi   oh lupa nak cakap, aku ada IG baru buat last week create akaun Instagram semata2 nak skodeng gelagat artis, huhu banyak sungguh masa lapang ko ye Irfa kalau betul banyak masa lapang apa kata ko buat popia simpul tak pun popia nestum jimat jugak kos beli kuih raya resepi dah print, buatnya entah bila entahlah labu

Kad Raya Pertama dan Kiriman Dari Bonda

en3 ke 3 untuk Ramadhan ke 20 jam 12 tgh hari tadi, adik2 aku selamat sampai dari kampung sakan korang cuti pra-raya kan? gambar terpaksa di 'blur' kan atas faktor keselamatan tak nak ngaku tuh henpon sadin cap ayam, hihi dan ada kiriman dari anak dara omie kad raya pertama tahun ini datangnya dari  KAKAK yang jauh nun di pantai timur kad raya handmade, pos pakai ketebang, hihi siap tanya 'umie balik raya tak?' padahal dah tahu yang kami balik raya sabar le kakak ni dan tak lupa kiriman dari Bonda 'nise'  boleh la buat buoh kekoh cha dan tupat sutun kalau rajin la, hahaha kalau tak rajin, kita campak2 je dalam sambal ikan bilis takpun campak2 je dalam masak singgang  abis citer  masak apa berbuka nanti? aku masih lagi terfikir tekak rasa nak makan nasi tomato beli la kat sebelah, nak masak tu lambat sikitlah takat mulut aku dengan si abam je pun

Jerawat yer, Bukan Jururawat

# hari ni kakak start trial Upsr anak exam, umie yang over nebes, acaner tu? Ya Allah, tenangkan hati kakak menjawab soalan Okey,  nak hilangkan nebes, meh kita apdet blog setiap 1 jam boleh? sambungan kisah ke klinik pasal Gastrik semalam aku ada bagitau doktor pasal masalah lain Ingat lagi tak entri ni  As Beauty @ Japanese Tea   dan aku nak share masalah yang melanda aku (melanda sangat tau, sampai tahap tak lena tido  lalu depan cermin rasa cam nak pecahkan cermin itu, huhu) macam mana tak sengsara jumpa orang yang tak pernah bertegur sapa pun ada yang tegur  'eh!rasanya awak dulu tak macam ni? kenapa dengan muka? pakai produk apa?' stres KakTon tau anak kenit aku pun pandai komen sambil gosok2 pipi aku dia cakap 'umi ada jerawat ke? kesian umie nanti jumpa doktor, nanti cuci muka ye Ajaa cantik, takde jerawat' huhu, sempat lagi tuh puji diri sendiri sila rujuk gambar di bawah, inilah masalah aku dahlah dekat nak

Ramadhan 20: Gastrik Datang Lagi

Salam Ramadhan ke 20 Ramadhan sudah menuju penghujung, huhu ni kisah aku di hujung2 Ramadhan tanpa di sangka 'kawan lama' datang kembali  Masa sekolah menengah dulu, aku dan dia memang serasi bersama setiap bulan ke klinik jumpa doktor ambik ubat Gastrik tapi dah lama dia tak datang, rasanya belas2 tahun sejak aku bekerja dan berkahwin Tapi tak sangka Khamis lepas, dia datang kembali berguling aku menahan sakit lepas buka posa aku lupa itu sakit apa cuma yang aku ingat sakit tu macam kontraksi nak bersalin, huhu kejap datang, kejap hilang Jumaat sakit tu masih ada, aku tahan je masa solat menahan sakit waktu rukuk dan sujud Sabtu balik Cheras, sakit masih ada Ahad, tak boleh tahan dah ke klinik jumpa doktor check itu ini dan 'tahniah, awak peknen' hehe, gurau je 'awak gastrik ni, ada kontrol makan ke?' aku cakap ' takde diet pun, makan cam biasa je' so balik tu dapat seplastik ubat ubat gastrik per

Ramadhan 16: Bulan Cantik dan Kuih Raya

Salam Ramadhan ke 16, wah! mesti semua mood gembira datang keje hari ni kan? Maklum ler esok cuti (Nuzul Qur'an) . Cakap orang ye, aku pun sama jugak, hihi. Emm ingat nak balik berbuka ngan mil petang ni, harap2 tak jem dekat jalan Tun Razak tu. Kalau tak konfem berbuka dalam keta sambil telan air liur je. huhu. Pagi tadi ada sedikit drama airmata, siapa lagi kalau bukan drama queen kecik aku tu. Kisahnya hari selasa tu pengasuh tiba2 kena balik kampung sebab pak mentuanya sakit. Kakak tu tak sempat tunggu aku balik keje sebab nak bertolak cepat   dan dia bagitau akan tinggalkan anak aku kat rumah kakak dia. Tak jauh pun sederet ngan umah aku je. Masa ambik anak, kakak dia offer  kalau takde orang jaga, hantar je anak2 umah dia. Dia kesian kalau aku kena ambik cuti banyak. Tq Kak, jasamu di kenang. Tapi semalam en abe cuti, so tak hantar la. Pagi ni en abe keje shift pagi, sah2lah kena hantar. Apalagi, meraung la dia taknak masuk umah. Siap cakap 'taknak duduk sini, .....

Contoh Surat Minta Cuti Raya

adoi, mood nak buat keje dah terjun lombong kiri kanan depan belakang duk pasang lagu raya sabar jelah, lagu takpe lagi ini siap takbir raya, sayu rasa hati citer bab raya ni dah apply cuti raya ke belum? aku belum apply lagi bos ai kalau nak cuti esok hari ni submit borang pun takde hal, hihi ini ada orang share contoh surat mintak cuti raya dalam bahasa ibunda ku, hihi kalau hantar kat bos aku  konfem dia buang dalam tong sampah kes baca tak jugak paham2, hihi paham ke? tak paham sila mintak bantuan Google Translate konfem pening kepala pakcik gugel tu nak terjemah  hahahaha sapa yang paham sila angkat keyboard (^_^) # nak baca surat yang bos dia balas, sila ke blog cikviva

Ramadhan 15: Lagu Raya Sana Sini

Ramadhan ke 15  pagi ni ontheway ke opis radio dah pasang lagu raya okey la dari tahun lepas rasanya minggu pertama puasa dah ada radio siar lagu raya ramai komplen rasanya sebab awal sangat masa kecik, mak tak bagi kami suka-suka takbir raya kata mak 'sian orang dalam kubur tu, kita seronok nak raya diorang sedih puasa dah nak abis masa puasa ni lah orang dalam kubur terlepas siksa kubur bila dengar lagu raya, itu tanda dah dekat nak raya' sebab tu aku sayu sangat kalau dengar lagu raya terkenang mereka2 yang aku sayang yang telah pergi Al Fatihah untuk mereka # malam ni 3 adik-adik aku akan balik kampung sempena cuti Nuzul Al-Qur'an naik keta api tut tut emm, lama tak naik keta api Apa lagu raya feveret korang? Kiranya lagu yang boleh hati terusik la Aku punya lagu ialah Dendang Perantau (i kan perantau) dan Ku Pohon Restu Ayah Bond a - Mamat (^_~)

Ramadhan 14: Berbuka Bersama Adik-Adik

Adat merantau, berjauhan dari kampung halaman dan mak ayah. Bila ada adik beradik yang duduk berdekatan, mesti akan set satu tarikh untuk berjumpa paling tidak sebulan sekali. Selalunya aktiviti makan2 lah akan menyatukan aku dan adik2. Kami 6 beradik (sorang je yang masih belajar di kampung) dan 5 dah keluar merantau. Tapi kami duduk tak jauh, semua area Nilai je, paling tidak sekali sebulan memang akan berjumpa. Duk dekat2 ni kalau mak ayah datang sekali sekala melawat anak cucu, senang .. sekali harung boleh jumpa. Kalau berkumpul pun, samada umah aku @ umah adik lelaki yang dah berkahwin tu. Dah hampir setengah bulan posa, belum ada kesempatan berbuka dengan adik lelaki yang dah berkeluarga tu. Sebab dia keje shift, orang cuti dia keje. Orang keje, dia cuti. Kalau nak jumpa kena set masa betul2. Yang single mingle tu memang boleh kata tiap minggu ada je kat rumah aku, kalau tak datang, anak2 aku pun mesti akan tanya 'ichik dan makcheq tak datang ke?' . So semalam adik

Ramadhan 13: Mulakan Gaya Hidup Sihat Mulai Ramadhan Ini

Ini sebenarnya kisah Jumaat lepas, kan kita 'break time' 2 jam. Kami kat sini bukan ada shopping mall nak cuci mata, lainlah kalau keje sebelah Sogo @ Jalan TAR. Boleh la merayau2 belek tudung. Kat sini kalau ada pun 'dutyfree shop' tu je tapi tengah2 bulan ni masuk kedai pun, salesgirl pandang sebelah mata pun tidak. Sebab dia tahu, saja nak window shopping maklumlah belum gaji, hihi. Nak makan tak buleh sebab posa, kebetulan surau anjurkan tazkirah, jomlah kita kesana mana tahu ada ilmu yang boleh di kutip, boleh je nak tido tapi ku tahankan Jebat (eh!mana datang Jebat dalam ini pilem? hihi) Tazkirah Jumaat itu disampaikan oleh seorang ustazah yang merupakan seorang doktor gigi, sejuk mata memandangnya dengan barisan gigi yang tersusun cantik, doktor gigi le katakan, namanya Dr Rosni Adam, ada klinik tapi aku lupa kata area mana. Tajuknya Pemakanan Bulan Ramadhan tapi dia tak citer bab makan pun, aku ingatkan nak citer apa patut makan dan tak boleh makan bulan Ramad

Ramadhan 10: Kuih Kepek Hidung (Hidung Penyek)

Salam Jumaat dah hari ke 10 berpuasa rasa sedih sebab tak sampai 20 hari je lagi tinggal kalau boleh nak tambah lagi 2 bulan  boleh? aku suka bulan puasa perasaan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata okey, kalau korang tengok tajuk tu mesti pelik kan? hidung sapa yang penyek? terlintas nak wat entri bila baca blog kakakku sayang, Kak Erna gambar ni # kak, pinjam gambar ye aku tak penah buat kuih ni tapi masa kecik2 dulu mak @ nenek selalu buat bila bulan posa resepinya senang je adunan untuk buat kuih kekoh cha (buah melaka aka onde-onde) baki lepas buat kuih buah melaka tu kalau 'nise' dah habis, gentel dan penyetkan  macam korang penyetkan hidung (tekan tengah2) pastu rebus dalam air menggelegak dan ketepikan dalam kuali lain masak kelapa dengan santan dan 'nise' (gula kabung/gula melaka) sampai likat dan masukkan adunan yang di penyet tadi agak2 dah sebati semua adunan disalut kelapa dah siap # k

Hati WanitaKu Terusik

sumber dari BN ~*~*~*~ Tak usah bicara tentang payung emas Kerana Aku belum layak iktiraf diri sesuci Khadijah atau Fatimah Tak usah bicara tentang zuriat Kerana Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun… Tak usah bicara tentang setia Kerana Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan Tak usah bicara tentang tanggungjwb Kerana Aku tahu kau lebih arif tentang itu Tak usah bicara tentang kesempurnaan Kerana Aku terima kekurangan kau kerana Allah Tak usah bicara tentang dia Kerana Aku diasingkan darimu kerana dia Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand.. Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah… Kerana satu dunia tahu Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan… ~*~*~*~ semoga 'dia' tabah # emm .. baru aku perasan, entri emo tu mungkin kesan dari kes ni

Wahai Lelaki, Sedarkah Kamu?

Malam tadi, aku tertido awal, sedar2 jam 12.30 malam itupun sebab dengar pintu di ketuk banyak kali ingatkan mimpi rupanya en abe lupa bawak kunci. So, dah terbangun memang susah nak tido balik. Jom layan ceramah kat tb (en abe download kat usb) . Tajuknya Fenomena Baru, Kenapa Tak Nak Anak Ramai (suka-suka aku letak tajuk) . Jemputan ialah UAI dan Ustaz Bollywood. Aku cilok sikit2 lah ye ekon opis ni sejuk gile, nak menaip pun tangan gigil sebab sejuk Isu perbincangan ialah orang zaman moden ni suka merancang keluarga dengan macam2 alasan: alasan biasa ialah $$ tak mencukupi untuk ada anak ramai. Sedangkan Allah dah kata, rezki anak2 kamu datangnya dari Kami. Setiap anak ada rezki masing2 kaum wanita bagi alasan nak jaga badan. Dia bagi contoh: kes seorang lelaki 'tut' anak jiran dengan alasan 'memang isteri saya cantik, tapi sebab nak jaga badan dan nak cantik, nak 'tut' sekali sebulan pun susah. Yang ni aku sakit hati dengar, alasan semata-mata sebab

Ramadhan 9: Bubur Lambuk

Sejuknya pagi ni hujan renyai2 dari jam 4 pagi  sampai la nak kuar pegi keje tadi Semalam berbuka sangatlah simple sebab en abe sambung OT sampai malam aku berbuka dengan hero je hero masih tak jemu dengan nasi dan ayam upin ipin aku makan bubur lambuk opis punya sedap jugak sebab dah lama tak makan antara menu glemer bulan posa mood: sayu je rasa pagi ni, teringat kampung, huhu

Shiseido Mask, ByeBye White/Blackheads

nak share satu produk kegilaan baru sekarang ni # mood gembira sambil gosok hidung yang terasa licin RM2 sekeping, anak pengasuh yang jual ada peket kaler hitam, putih dan gold macam ni fungsi sama je kot ni bukan hidung aku, gambar dr gugel best pakai ni wapkan muka dengan air panas kalau rajin la, malas kalu tak yah buat pastu sapu kat bahagian yang korang rasa ada white/blackheads tu elakkan kena mata dan lelaki elakkan kena misai/janggut nanges nak mencabutnya nanti biarkan betul2 kering dlm 20/30 minit pastu zassssssss koyakkan dari bawah ke atas memula pakai dulu berair mata aku sebab sapu tebal sangat dan terlebih masa, huhu macam nak tercabut kulit letak gam gajah ke hapa ni? tapi lepas tu rasa cam  wah, licinnya muka hidung pun takde rasa berduri2 lagi ~ selamat mencuba ~ 

Ramadhan 8: Sambal Lenggong aka Sambal Makwan

Alhamdulillah, Ramadhan ke 8 setakat ni belum ada yang berlubang entah2 tak dapat solat raya, huhu Pagi tadi hampir2 tak sempat sahur set alarm tapi silap set 5.25 pagi kelam kabut bangun, suap mana yang sempat je Okey, hari ni kita citer tentang satu benda makan Sebelum citer, kita tengok gambar dulu ni 2 hari lepas punya ulam kubis tu feberet si abam suka betul dia dengan kobis mentah tu # tak bagus untuk pompuan kubis ni  ini semalam punya masa blend lupa nak masukkan ikan bilis so jelas nampak sekor2 ikan bilis tu jering tu member bagi, katanya kawan bagi tapi kat rumah takde sapa makan so dia bagi aku, ai okey je ko mampu makan jering bulan posa, hahaha okey, ini ceritanya Aku rasa ikan bilis ni ikan serba guna, macam2 cara boleh dimasak. Aku tahu kalau aku share resepi sambal ikan bilis ni, ramai akan terfikir 'alahai, ingatkan resepi apa la tadi yang beria-ia bercerita, sambal bilis je pun' haha. Tapi percayalah, sambal ni boleh kata

Pepatah Tentang Lubuk dan Ikan

sebenarnya adik lelaki aku yang bagi pepatah ni senyum sensorang bila aku baca msge dia di we-chat sebabnya aku pun tak pernah dengar ker penah dengar tapi dah lupa, huhu   gini pepatahnya dalam loghat negeri kelahiran aku le 'ike demo ambik, lubok jange tanyo' (ikan korang boleh ambik, tapi lubuk mana aku dapat jangan di tanya) maksudnya: kalau ada orang jual barang, kita mesti tertanya2  'mana dia dapat barang ni ye? barang cantik rega murah kalau aku tahu mana dia beli baik aku je yang pergi cari sendiri kat mana tempatnya' gitu le lebih kurang best kan pepatah tu, hihi # idea nak tulis benda ni datang tetiba  sebab ada perkara yang berlaku secara kebetulan

Ramadhan 7: Ayam Upin Ipin

bila bulan puasa, ada pulak anak-anak  yang belajar puasa mesti kita akan bertanya  'berbuka nanti nak air apa? nak makan lauk apa?' kalau mampu masak, kalau tak cukup masa beli je teringat masa kecik dedulu, air sampai 3 jenis air tebu, air bandung, air jagung 3 anak yang puasa masa tu, so 3 selera kena penuhi  sahur hari sebelum, si abam dah order menu berbuka semalam 'nanti berbuka abam nak ayam upin ipin' tara ini ler ayam upin ipin 'drumstick' aka 'peha ayam' yang di goreng gambar dari sini dah ready depan pinggan sejak jam 7.10 minit ayam upin ipin dah menunggu  so, semalam berbukalah abam dengan riang gembira nasi dan ayam upin ipin (^_^) # call kakak, katanya   ' kakak berbuka dengan nasi ayam, atok beli kan' rindunya kat kakak belum sempat lagi nak balik kampung berbuka dengan kakak  

Ori ? Made in China ? Why ?

ni nak tanya sikit kalau korang nak beli sesuatu contohnya: -beg @ kasut apa yang korang tengok dulu? mesti design kan? kendian tengok harga kadang2 design dah berkenan tapi harga pulak tak berkenan hehe eh! itu aku je kot lepas tu korang mesti nak tengok Made In (negara mana)  UK? Us? China? Bangladesh? Vietnam? etc kalau beli kat pasar malam memang redha jelah negara mana asal barang itu tidak sepenting jika kita beli kat butik original kalau ke butik / kedai original mesti tangan gatal nak belek Made In From ...... Kalau tulis Made In China mula la fikir? 'la, original tapi kenapa dari China?kenapa tak dari France' itu contoh la apa masalahnya kalau dari China? aku sendiri penah belek beg kat Harrods London belek je, belinya tak pun tetap jugak tulis kat beg tu Made In China tak boleh nak elak barang ori @ tak ori banyaknya datang dari China sebab diorang antara negara pengeluar produk terbesar di dunia l

Ramadhan 6: Jangan Lupa Kunci Jam

Salam Ramadhan ke6 (kejap je dah hari ke 6 ye, rasa cepat sungguh masa berlalu). Dah ada yang ter' miss sahur ke? aku dah, kejadian berlaku semalam (Ramadhan ke5), konon berlagak taknak kunci jam. Sekali, bukak mata jam dah 6.40 pagi, huhu. Yang dewasa takpelah lagi, tapi kesian kat si abam la. Bila aku kejut dia bangun solat Subuh, dia tanya 'umie,abam dah makan sahur ke tadi?' boleh je aku jawab 'dah makan' sebab dia pun tak ingat, hihi. Tapi aku bukanlah sekejam itu. So aku cakap 'sori abam, umie terlupa bangun, kalau abang tak nak posa pun takpelah, salah umie pun bukan salah abam' . Tapi dia kata 'takpelah, tak dosa kan kalau tak bangun sahur sebab terlupa, abam nak puasalah'. Akhirnya berjaya jugak dia posa sampai ke waktu berbuka cuma ada sedikit drama, dia sakit hati sebab adik habiskan biskut oreo dan terpaksalah aku call en abe mintak belikan biskut Oreo lagi untuk si hero. Peringatan utk diri sendiri, jangan malas2 lagi kunci jam,

Kalau Aku Kaya lalalalalalala

Ramadhan 3 (Jumaat) Emm, nak citer pasal menu berbuka pun seganlah, bukan meriah pun tapi sekadar mengenyangkan. Sampai aku cakap kat anak bujang tu  'abam, okey ke lauk macam ni?sori ye kalau tak sedap' dia jawab 'okeylah ni. kita kena bersyukur sebab ada makanan' huhu, mana dia belajar ni? ustazah kat sekolah agama petang kot. Tq Ustazah. Okeylah, kita citer mende lain. Kisah tudung, aku tak tahu menahu pun pasal ni, kalau tak kerana ada sorang kakak bercerita tentang hal ni masa dia tegur aku yang sedang menyarung tudung dalam surau beberapa hari lepas, konfem aku tak tahu. Bila dah tahu, terus gugel dengan keyword 'beratur panjang nak beli tudung ..........' . Tu dia, bersusun blogger yang menulis tentang tu. Yang mengutuk la paling banyak, tapi yang berbangga dengan koleksi mereka pun tak kurang jugak. kira seimbang la ;) Nak tengok gambar boleh pegi blog ni,  drHanie . Ni jer blog yang aku jumpa ada gambar yang menarik. ' hebat, sungguh hebat

Dah Tahan, Tapi Tumpah Juga

sob sob sob, srettttttttttttt air hidung dengan air mata sama laju turun kerana apa? kerana siapa? kerana insan tabah ini Granny Hani aka Ticer Hani rintihan dan rasa hati seorang insan bergelar ibu setia menunggu disisi seorang anak yang sedang koma  membuka mata dan kembali memanggilnya 'mummy' wpun aku tak pasti dimana dan bagaimana  kisah bermula dah baca dari post terkini  dan entri2 sebelumnya tapi tetap blur cuma boleh agak apa punca dari komen-komen pembaca lain tapi sempena Ramadhan yang mulia ini moga Allah mendengar doa kita semua jom sesama doakan semoga anak yang dipanggil Ja itu kembali sembuh seperti sebelumnya amin

Ramadhan 2: Buoh Kekoh Cha (Buah Melaka aka Onde-Onde)

Hari ke2 Ramadhan sedikit mengantuk pagi ni pening kepala pun ada sebab tido bangun dan tido balik, huhu semalam berbuka makan apa? aku biasa-biasa je berbuka pun dengan si abam sebab en abe shift petang pencuci mulut beli sekeping murtabak masa nak beli tu perasaan macam boleh habis 5 keping tu aku sorang tapi takdelah aku nak beli lebih sebab dah agak sekeping tu pun silap haribulan tak habis makan kan betul dugaan aku, jenuh aku nak abiskan sorang si abam tergolek lepas habiskan 1 liter air soya, huhu nasi pun tak habis sepinggan okey ni nak tanya korang kenal ' buoh kekoh cha' ? ala buah melaka aka onde-onde tapi adik lelaki aku masa kecik dia sebut 'buoh kekoh cha' apa maknanya? Buoh - buah Kekoh - gigit/makan Cha - gambaran air gula melaka yang memancut keluar selepas di gigit/dimakan ini antara kuih yang sinonim dengan bulan puasa kan? bukan susah pun nak membuatnya tepung pulut di bancuh dan di gentel2 bulat masukkan &