Skip to main content

Buat Si Comel Februari, (comel le sangat)

eh! dah bulan ke 2 di tahun 2014
rasa macam semalam je say bye2 to 2013

aku lahir 01 Feb 1979
tapi mak aku kata, aku lahir 31 Januari, cuma lambat daftar surat beranak
mak kata, masa aku lahir, kena bagitau tok penghulu untuk report kat JPN
aku pun tak pasti kenapa ayah aku tak pegi sendiri ke JPN daftar surat beranak?
kenapa nak suh tok penghulu yang buat?
entahler, gitu ler lebih kurang jalan citer
eh! dah macam lahir zaman jepun pulak kisahnya, hihi

ops, 01 Februari juga hari Wilayah
disebabkan aku keje di Sepang yang belum di tukar kepada Wilayah Sepang
so jangan berangan nak cuti
nak jugak cuti, sila apply cuti sendiri

~*~*~*~*~

sebenarnya nak cite yang hari ni adalah hari istimewa aku

Happy Besday yang ke 20+15 To Me
# berapa agaknya baki umur aku?
Ya Allah takutnya bila ingat balik amalan yang tak seberapa

sumber gambar dari blog ibugebu

bila umo dah pertengahan 30an ni, rasanya dah segan nak sambut dengan kek
* penah ke? hahaha*
tapi kalau dapat pulut kuning macam gambar atas tu cam best kot
lalalalala

apapun bersyukurlah seadanya
moga baki umur yang ada tidak dipersiakan
Insha Allah

meh berkenalan sikit dengan si comel Februari
dulu berkenalan dengan anak no 1
sila klik sini jika terlebih rajin

~ FEBRUARI ~

berfikiran abstrak
- emm corak abstrak ke? next question please

sukakan benda yang reality dan abstrak
- psl abstrak lagi? macam yang tadi je
reality? ofkos la suka realiti

inteligent, bijak dan genius
- emm, jap fikir 
# mana topi empat segi aku yang ada bulu jagung tu ye?
ops, lupa. aku tak penah pakai topi tu, haha

berpesonaliti yg mudah berubah
-ofkos, tengah gelak2 tetiba diam sbb sentap, hahaha

mudah menawan org lain
-emm tak pasti, orang lebih tahu kot 

agak pendiam/pemalu dan rendah diri
-pendiam tu tak, pemalu ikut situasi, rendah diri? ada sikit

jujur dan setia pd segalanya
- konsep aku setia pada yang sayang

keras hati untuk mencapai matlamat
- emm ada kala keras, ada kena lembik cam obor-obor 

tidak suka dikongkong
- sapa yang suka di kongkong? cer angkat tangan
tapi kongkong sikit2 tu tandanya sayang
kongkong tak nak, dokong mau, hahaha  

mudah memberontak apabila dikongkong
- harus lah, macam pepatah ada kata
'bagai menarik dalam tepung'
benang jangan putus, tepung jangan berselerak'

suka kegiatan yg lasak
-lasak sangat macam terjun bungee tu xdelah
panjat bukit pun tak jugak, nanti kaki krem
ntahle, tak suka kot
yang ni tak sesuai ngan aku, hahaha 

emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
- yang ni 200% aku setuju
hanya orang yang betul2 kenal je tahu
nampak je macam keras kental tapi hati tisu 

mudah mempamirkan marahnya
- yang ni pun betul sangat
dari airmuka pun boleh tahu aku marah@bengang
susah nak sorok, huhu

tidak suka benda yg remeh-temeh
- emm, tengok situasi
kadang2 en abe pun komplen aku suka ambik berat benda remeh
tapi aku memang paling tak suka keje bertangguh
kalau benda boleh setel hari ni, hari ni jugak nak suh setel
taknak pening kepala 

suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
- yang ni salah, aku suka berkawan
sesapa pun boleh kawan
tapi sekali aku dah kecik ati, lambat kot nak baik 

- sangat berani dan suka memberontak
- emm berani berani takut agaknya
ada part mmg redah je
ada part .. 'awak jalan dulu lah, saya follow belakang'
hahaha
memberontak? emm .. *mata pandang siling*

bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk
merealisasikan impiannya
- cita2 memang tinggi setinggi gunung everest
moga tercapai impian jadi bos untuk bisnes sendiri
sambil jaga anak-anak

pemerhatian yg tajam
- si abam selalu cakap ngan aku
'abam pelik la, macam mana umie tahu apa abam buat'
aku cakap 'umi ada mata kat belakang' hahaha

suka hiburan dan sukan
- hiburan setakat dengar lagu dan tengok tv je kot
takde lah sampai nak gi konsert lagi, zaman itu sudah berlalu
sukan? lompat pakai tali skipping kira sukan ke?
yang tu je sesekali aku buat 

suka benda yg bersifat seni
- dulu2 ye kot, suka melukis
sekarang dah takde masa
kalau lukis orang lidi boleh la

sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
- aku romantik luar dalam, tapi hanya dengan orang2 tertentu
bukan dgn semua orang
nak tulis pasal romantik kat blog pun segan
jadi survey ni 90% betul  

berkecenderungan pd benda yg tahyul
- emm tak pasti betul ke tidak bab ni
yang pasti kalau orang tanya 
'antara hantu dgn orang jahat, mana lebih takut?'
aku akan jawab 
'aku lebih takut orang jahat dari hantu'

amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
- rasanya tak boros, tapi penah juga terbeli benda yang tak perlu
tanak ngaku, hahaha 

belajar untuk mempamirkan emosi
bab ni memang kena banyak belajar
aku ni kalau marah@tak suka
nampak jelas di wajah aku
kalau aku mogok, aku rela tak makan, tak bercakap sehari suntuk
tak caya tanya sama itu hud hud 


emm, ada yang betul dan ada yang langsung tak menepati
dah kata ramalan kan, tak semestinya betul
tak gitu?
hehe


HAPPY BESDAY TO ... ME
(^_^)



Comments

t.a.t.a said…
Kak, memang orang dulu-dulu macam tu kan? Kakak saya lahir bulan 6, Julai baru arwah abah gi daftar surat beranak. So setiap kali bulan Julai ikut dia punya tarikh rasmi rasa macam tak best aje, sebab tahu itu bukan tarikh sebenar dia lahir.
rostina76 said…
selamat menambah umur irfa. semoga ALLAH pjgkan lagi usia irfa untuk lebih menambah saham/harta di akhirat. doa kros semoga sentiasa bahagia dunia & akhirat……..
Aisy Nasiha said…
Happy birthday Irfa...semoga diberi kesihatan yang dan kebahagiaan yg berterusan.. dah masuk 30an ni masa macam cepat pula berlalu kan... tak sangka kononnya dah makin tambah usia.. hahaha..
NinaAz said…
selamat hari lahir kakkkk :)
semoga hidup akak sentiasa diberkati olehNYA :)
paridah said…
HAPPY BIRT HDAY IRFA MOGA SHT WALAFIAT, PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, BAHGIA SELALU...SAMA PULA TARIKH LAHIR IRFA DGN ADIK KAK...
Acik Erna said…
Selamat hari lahir..semoga berjaya dalam apa jua yang dilakukan..in syaa allah.
Betul la tu..tak boleh sorok lansung..bukan je jelas diwajah..teringat dulu2..kalau dah datang tu..siap dengan...akaaakk..panjang panggil dengan
air mata tu..hi hi..jangan mare
Zareda Norman said…
Kak zar pun feb gil.. romantik sensotif love music amd sngt mengharagai org lain and sahabat
HeNRieTTa JoSe said…
Wah...daftar lewat sehari..klu cmtu, midnight dah kena sambut la...supaya still 31 Jan...hehehe...Happy Birthday...
Nick Nashram said…
saya pun dah nak masuk 30 jugak.
x perasan masa..cepat je umur dah bertambah.
selamat hari lahir :)
Happy Birthday Pn. Irfa. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan beroleh kesenangan di dunia dan akhirat. Amin!
Unknown said…
selamat hari jadi irfa. sama tahunlah kita lahir ya. tapi befday saya blm doblas 28.hehehe
Nor Azimah Ali said…
Eid Milad Irfa, selamar berkenalan, blogwalking terus follow :)
Aisyah said…
salam irfa...selamat hari lahir...semoga segala2nye dipermudahkan utk irfa..amiiin...
Unknown said…
oo. tarikh lahir sebenar ko sama ngan kakak aku rupanya..tapi bukan yg sebaya ngan ko tu.. yg atas dari sebaya ngan ko..eh paham ke..hahaha..

happy birthday dear.. thanks sudi jadi kawan aku..thanks sebab sama2 share stori mori ngan aku..sob sob.. sedih lak rasa..
rinkume_zi said…
hepi belated birthday irfa. semoga dipermudahkan segala. bertambah umur, bertambah ilmu dan amal juga. in sha Allah.
saya tua 3 bulan dari awak. ;-)
Miss Brenito said…
Happy Belated Birthday to you... semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah Taala
happyichigo♥ said…
Happy birthday kak irfa!!!
Tergelak baca akak explain pasal lahir patutnya 31jan tp daftar 1feb.pastu dira terus terfikir, kak irfa ni lahir zaman bile..tetibe akak ckp mcm lah lahir zaman jepun..adohai lawaklah kak
Semuga bhgia dan sihat selalu ya
Hepy besday hehe lambat sikit ek..
bila tgok awak punya besday ni, samala macam abang sy...patutnya dia lahir bln 12 18hb, tp orang daftar tu letak 1hb1...untung kan dapat celebrate 2 kali...xaci btl dia hahaah

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...