Skip to main content

Jemari Kecil Berinai Merah

malam tadi

sikenitmintakdipakaikaninai
itu corak kupu2 tak menjadi, dia yang mintak lukis kupu2

penah dengar orang kata 
'kalau pakai inai dan merahnya pekat, tandanya mak mentua sayang'

boleh percaya ke?
kalau inai kaler kuning acaner?

(^_^)



Comments

paridah said…
SALAM PAGI KHAMIS IRFA...CANTIKNYA JEMARI KECIL BERINAI...
Unknown said…
kalau kuning..buat bagi pekat..tonyoh lagi..tak cukup pekat letak pewarna..bagi nampak merah..hahaha...
izawani said…
Akak pakai inai... mula mula merah... lama lama kuning... abih tu acaner ? Hehehe... maksudnya .... mula mula mertua sayang... lama lama mertua menyampah...

rostina76 said…
alololooooo.. cutenye tangan kenit merah menyala. ros pun suka tgk bdk2 pakai inai ni. comel je, rasa nak gigit2 tangan tu
msredcheesecake said…
ye ke?hhee... sayg mak metua
Aziela said…
Heheheh...comelnyaaaa
ricca said…
salam perkenalan...comei je jari kecik tu ye...tahan pulak dia nk tggu inai tu merah...anak sy pun suka pkai inai..tp ibu dia yg malas nk layan...huhu
Unknown said…
mak saya pula kata kalau orng dh kahwin kalau inai merah pekat tanda suami sayang
Irfa said…
SALAM KAK PARIDAH..
dia pantang nampak inai, suka sgt ;)
Irfa said…
RAI..
hahaha
pengalaman ko ke apa nih?
# gurau je ek
emarieys said…
comel sangat...pakai inai katanya kuku cantik
Irfa said…
KAK IZAN..
ada pulak camtu ye
lawak lah akak ni tau
Irfa said…
ROSTINA..
mmg comel je tgn kecit pakai inai
dr malam tadi duk tayang tangan dia depan mata kita
'cantik tak tangan kita' katanya
Irfa said…
MSREDCHEESECAKE..
mak mentua umpama mak kita juga ;)
t.a.t.a said…
Dah tu kak kalau kita tak minat pakai inai, apa pulak petandanya?
NM03 said…
alo comei jemari dia... hehehe
Rumah Kuning said…
inai kat maidin, mesti merah. kalau terlebih masa hitaaam legam.hehehe
Nastyna said…
baru hari tu duk citer2 ngan papa JJ pasal inai daun hak kita pakai masa kecik2 mulo tu kae, oyak ko dio tak leh bagi ayam nampak inai di jari, nnt tak merah. muahaha sebabnya kalau pakai di siang hari kan tak leh buat kerja.

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...