Skip to main content

P.E.N.A.T

TQ untuk yang komen besday aku tu
komen korang sangat di hargai
# baca banyak kali sambil lap air mata, huhu  

hari ni rasa penat sangat
tapi usaha jugak datang keje
wpun ramai sambung cuti sebab CNY jatuh pada hari Sabtu
tapi aku simpan 'cuti ganti' untuk hal lain yang lebih penting 

penatnya rasa cam nak baring
bagi orang belek muka camni, hihi



# penat, maklum lah hari ni hari ke3 di usia 35tahun
ada kaitan ke?

  

Comments

NinaAz said…
hehe. xd kaitan kot kak. muda bergetah lagi tuu. hehehehehe
betul tu best kalo dpt buat treatment seluruh badan ni
paridah said…
assalam irfa...sesekali belai wajah tu agar sentiasa berseri....
Unknown said…
tu la..aku pun kalau ada orang nak toin toin tonyoh2 picit2 badan sikit legaaa rasanya kan..
t.a.t.a said…
Muka dah cantik tapi kenapa dok buat itu semua? Diskriminasi tau.
Unknown said…
Yg lain tu okey.. tang inject2 tu x yah la.. muka Tuan Rumah dah sedia cantik pun..
Dr K said…
saya hari ini, dah 38 hari di usia 35 tahun :)
Biarlah rahsia said…
Happu belated birthday...moga ceria sokmo irfa..best klu dpt buat facial tu.
Arena said…
Happy belated birthday babe. Moga diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezki dan diperkukuh iman. Take care ok. Aku nak facial gakkkkkk....
~adeQ~ said…
Sis, Happy belated birthday!! Umur tu nombor je, yang penting jiwa muda...hehehehe
izawani said…
Akak ucap dak ? Lupa plak... kalau tak ucap... ni nak ucap... isk... rasa macam dah ucap... banyak sangat yang sambut birthday dekat dekat dengan birthday akak nih...

So, selamat hari jadi terlewat skit yer... hehehe... bintang kita sama... sebab tu perangai sama... dan boleh masuk... dan kebetulan juga kawan kawan yang amik master dengan akak tu pun birthday lebih kurang sama... heran betul la dengan anugeran Tuhan nih... <--- nak heran apa kan ?
Jari Manis said…
baru 35 tahun...still sweet ma hiks..best kan kalau dpt g spa..pastu ada org urut2 belai2 muka tu ermmm..bertambah awek muda lah heee
Happy Belated Birthday, Irfa. Cantik nombor tu; 35. hehehe
Cho Zila said…
memang sedap dibelai2 mukatu... mintakler hadiah gi spa gitu...

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...