Skip to main content

Turunlah Wahai Hujan

hai korang 
(^,^)

sepagi tadi, tiada di opis
ke Subang kejap atas urusan kerja 
(eh!ada yang tanya ke?hihi)

pergi berdua dengan 'bos kecik'
kami naik bas pegi/balik
sib baik naik bas, sempat lah lelapkan mata
perjalanan naik bas dari Klia-Subang ambil masa 45 minit
rugi woo tak tido, hihi
harap2 tiada sesi dengkuran

masa nak balik semula ke opis
YaAllah, panasnya cuaca di luar sana
dalam tak sedar, abis 2 liter air aku minum
dahaga yang teramat sangat
muka rasa terbakar je

dalam cuaca panas tu, tiba2 teringat kat si kakak dan si abam
diorang sekolah sesi petang
keluar rumah jam 12.30 tgh hari
harap anak2 tak mengantuk dalam kelas, huhu

dah dekat 2 bulan kot rasanya tempat kami tak hujan
pokok2 dah layu
aku siram ngan air paip
tapi mana kan sama dengan siraman air hujan

tetiba ku merindui titisan air hujan 

kat tempat korang, ada air ke?
dengar citer Nilai pun dah start catuan air
so far umah kami ada lagi air
tapi aku dah start menadah segala baldi yang ada
mana lah tahu tetiba takde air
huru hara nanti
# harap2 okey, susah bila air takde
eh! letrik takde pun susah jugak
senang citer, dua2 pun penting


Comments

Unknown said…
Hujan, panas, sejuk etc.. semua rahmat Allah.
Cuma org di sini mengharapkan matahari sedikit panas dan angin kuranglah bertiup.
Dah tak larat nak tenyeh hidung ni.
Pedih sgt dah..

P/s;
Omak akak pun dulu cerita masa dia kena tukar ke KLIA.. dia park kereta kat Subang then naik bas.
&&&&& memang rugi kalau tak tidur.
gadisBunga™ said…
JB panas dan kering. ada la dua kali hujan lebat last week..tapi belum cukup la kan...
msredcheesecake said…
tempat akk last week adalah hujan sikit... tabahlah dgn ujuan Allah ni
Acik Erna said…
dik..seremban pun dah lama tak hujan..mula2 sekolah petang budak2 memang mengantuk..bila dah biasa tak lagi dah..cuma bulan puasa je..
tapi masa aimi dulu dia suka..katanya bila balik sekolah kejap je dah berbuka
Unknown said…
Panas sgt kt johor ni..ujan tuh nikmat sgt kan :)

jalan - jalan yok www.nadiasecreto.com
Dr K said…
Kita semua kena istghfar banyak banyak..
Bertaubat atas segala kesilapan kita..
Ini ujian NYA...
Mmg Dia dah janji, ujianNya akan turun kalau kita mungkar
Jari Manis said…
Belum lagi...tapi ramai kawan kat opis JM pun dah beli tong besar standby..huhuh...mmg panas skrg ni..ya Allah tolong lah kami...huhuh
Arena said…
Kat KL ni, few petang dah berangin, gelap cam nak hujan. Tapi tak hujan2. Jom doa2 supaya hujan turun.
paridah said…
selangor dh mula catuan air mulai esok...dua hari dicatu...kenapa perlu catu sepenuh hari dua hari saja n 4 hari lagi bekalan penuh....apa salahnya kalau catu malam saja...keperluan air waktu siang ni banyak sangat kan...
Nastyna said…
ha tu la I saw few places dah kena catu air semua, bertabah la set set demo yer, kami kat sini pulak perang dengan sejuk, la ni ni baru ok sikit.
Aisyah said…
doa ramei2 supaya ujan turun...amiinnn...ujan itu nikmat di kala musim kemarau...
Unknown said…
tu la kan..aqil pun da start batuk sikit 2-3 hari ni..harap2 cepat turun hujan..
Cho Zila said…
kat sini der hujan tapi takler lebat sangat... memang panas sesangat rasanya...
harap tak kenalah catukan... tapi kalau kena bertabahler....
bangsawan nilai said…
kena standby utk sebarang kemungkinan. dgn harapan hujan akan turun tk lama lagi
dekdaa said…
Tak ujan berapa minggu dah.. cuma ada sekali jah ujan.. tu pun tak sampi 5menit.. ingatkan bunyi hape.. rupa2nya bunyi hujan.

Pokok2 bunga kat umah ni meme kering... garing... fuhhh! (tuannya pun malas nak siram) hihi.
Lily Riani said…
Rumah I memanjang tak da air huhu
t.a.t.a said…
Juga itu adalah tanda-tanda kemurkaanNya. Sebagai satu petanda supaya kita insaf.
Unknown said…
rindunya dngn hujan.
PetakBunga said…
malam berpeluh2 nak tidur.
dugaan kat kita skrng musim panas..allah tak turunkan lg hujan
HeNRieTTa JoSe said…
Btul tu...semalam suhu kat sini ceceah 38...panas ya amat...hujan....ada jugak rasanya...tapi kebelakangan nie xde larr...seminggu dua jerr kot...xsmpai dua bulan....rietta pown ada terpikir anak anak sekolah sesi ptg...yg blk tgh hr stu hal...moga dorg tabah....rietta lebih ssah klu xde air...huhuhu...

Pss...cantik picta tu...sweet sgt....
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

seperti irfa, akak pun merindui hujan.. semoga doa2 kita yg memohon hujan dikabulkan ALLAH.. insyaAllah..

Oh ya.. hari tu di entry bali akak irfa ada tanya pasal beg zip besar kat depan tu.. beg tu takde jenama pun irfa.. akak beli kat hatyai.. rm 40++ aje he..he.. sebab berkenan akak beli 3 warna sekali utk anak2.. coklat, hitam dan oren..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...