Skip to main content

Salam AidilFitri Untuk Semua

# mood raya sudah datang
opis pun dah sunyi, dah banyak kerusi dan meja kosong
tapi aku pekerja mithali ni masih setia menghuni meja hujung tepi mesin fotostat
sambil berfikir 'nak raya mana dulu?'

Kelantan, Cheras, Kelantan, Cheras, Kelantan, Cheras
*belek kelopak bunga mawar berduri*

oklah, tadi dah pos sebahagian kad raya spesel sempena GA yang lepas
tapi ramai lagi yang belum kasi alamat
korang tak sudi ye? huhu, sedih kita tau 




untuk yang lain, jangan sedih
nah ambik sorang sekeping kad raya
jangan rebut2, kat belakang banyak lagi, hihi
jangan lupa gantung tau 
*gambar kad raya mesti ada ketupat, baru rasa nak raya
ketupat dan raya adalah sinonim*

maaf kalau ada tersalah bahasa selama berceloteh dan berbalas komen di blog ini

hati2 dijalan raya untuk yang memandu pulang ke kampung halaman
# ngeri tengok gambar mangsa kemalangan yang diorang duk share kat grup, huhu

jumpa lagi lepas raya, Insha Allah

(^_^)



Comments

Selamat hari raya Aidilfitri buat Irfa sekeluarga..
Berhati-hati dijalan raya ^___^
Aisyah said…
ifa...salam syawal...maaf zahir batin dari yong yek...
SalbiahM said…
selamat hari raya aidilfitri buat kak irfa dan family..hati-hati di jalan raya.kad raya tu kalau diorang taknak, bagi je kat saya..hehe
Jari Manis said…
Selamat hari raya buat blogger Haapy Irfa sekeluarga. JM juga ingin mohon maaf jika ada salah ssalah terkasar bahasa sepanjang komen kat blog ni...sah2 nama JM x ada kat atas sampul tu sbb tak join GA hik
Unknown said…
Selamat hari raya buat irfa sekeluarga...kad raya tu kasi sy pon xpe..sy nk..haha
Kakzakie Purvit said…
Dari kakak juga Selamat hari raya, maaf zahir & batin

Miss Brenito said…
Selamat Hari Raya Kak IRfa yang sentiasa Happy, rasanya kita ada add thru FB tp maybe akk tak perasan kut... hihihihii
Nastyna said…
selamat hari raya..ala balik la kelate, join the jam. hehehehe
PetakBunga said…
Selamat raya irfa..
dah pos ke kad kita..hikk..hik..supriselah kita balk kg tgok ada kad rraya kat kita..
Acik Erna said…
Selamat hari raya dik..bagi tau awal2 bila nak datang rumah ye
Nieda Ramly said…
selamat hari raya ampun dan maaf juga irfa
~adeQ~ said…
Selamat Hari Raya kak, nanti kita jalan-jalan raya eh. Akak pun jemputlah datang rumah saya. =)
mrs said…
Selamat Hari Raya akak, mohon maaf kalau ada salah silap
mrs baru jer kasi alamat hihi

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...