Hai korang
dah khamis rupanya kita ye
Sibuk ngalahkan PM dah sehari dua ni
(5 hari tak apdet blog)
Sabtu balik kampung kejap
(aku, en abe dan kenit je, kakak n abam tinggal)
jenguk nenek yang makin uzur
jenguk jugak sedara mara yang kena banjir
aduhai, menitik aimata tengok ada rumah yang dah tak rupa rumah
ada yang tinggal tangga je
ada jugak yang tak berdinding
moga kehilangan akan berganti dengan yang lebih baik
Ahad balik sini
dengan airmata jugak tinggalkan nenek
dan mak yang tetiba tak bangun (sakit kepala sangat katanya)
tapi tanggungjawab kat sini banyak menanti
terpaksalah kena balik jugak
(inilah nasib si perantau)
Isnin aku cuti, menguruskan anak2 sekolah
sebenarnya tak perlu pun sebab kakak dah form 2, abam dah darjah 4
tapi abam tahun ni masuk sesi pagi dan petangnya sekolah agama
(kena monitor turun naik bas)
tahun lepas kakak n abam dedua sekolah sesi petang
kakak sesi petang, abam sesi pagi tahun ni tercapai impian kakak nak jadi pengawas *umie tumpang happy sebab impian kakak tercapai* |
Selasa aku masih cuti
sebab ni hari pertama cikenit cikebum lapor diri kat tadika
sweet sangat cikenit umie babai2 masuk pagar tadika
tadika ni tak benarkan mak ayah masuk tengok anak
lepas hantar, kena terus balik
masa ambik dia balik dari tadika
adalah temuramah sikit macam mana hari pertama tadika
sebagai kenang-kenangan muka pegi dan balik tadika |
* best tak sekolah? kita nanges tak?
# best, ada 1 lelaki budak kecik nanges, 1 perempuan budak kecik nanges
tapi kita tak nanges pun
(ambik ko, ayat lintang pukang)
* wah! good lah kita tak nanges, tadi makan apa?
# makan benda bulat2, ada bintik2
(apakah? sampai ke hari ni aku tak tahu dia makan apa)
# best, ada 1 lelaki budak kecik nanges, 1 perempuan budak kecik nanges
tapi kita tak nanges pun
(ambik ko, ayat lintang pukang)
* wah! good lah kita tak nanges, tadi makan apa?
# makan benda bulat2, ada bintik2
(apakah? sampai ke hari ni aku tak tahu dia makan apa)
malam tu buat majlis kecik
(si kenit dan si abam berkongsi bulan, sama2 Januari
si kenit 9/1 - 5 tahun, abam 11/1 - 10 tahun)
digabungkan bersama untuk penjimatan berganda kata ko
perasan tak kat kek tu ada nama 'maklong' (bday pengasuh 25/1)
tapi last minute pengasuh tak dapat join, anaknya masuk spital
jadi celebrate 2 orang jelah
jemputan adalah anak2 dari rumah pengasuh dan adik2 aku je
jemputan adalah anak2 dari rumah pengasuh dan adik2 aku je
dan endingnya Rabu tak boleh bangun, sakit pinggang teramat sangat
betis rasa krem dah macam orang mengandung kena 'simpul biawak'
call opis, mintak sambung cuti
seharian tak buat apa, masak pun cincai
selebihnya melepak je sampai petang
kebetulan pulak pun budak2 cuti ( keputeraan Nismilan)
nikmatnya dapat merehatkan pinggang setelah kehulu-kehilir 2,3 hari
hari ni datang keje dengan semangat baru
melampau le nak cuti lama-lama
ko fikir ko bos?
bos pun tak cuti lama-lama cam ko, haha
Comments
Kuih bulat ada bintik..apam polkadot kot...
Mungkin juga apam polkadot macam Aziela kata tu, takkan kuih buah redan tu kot...hehehe
mcm apam polka dot jer bunyik tu