Skip to main content

Kucing Tumpang Kini Jadi Ibu

Salam korang ...
Lama tak update blog, sebenarnya setiap hari aku update blog tapi cuma dalam mimpi, setiap hari ada je benda nak share kat blog, tapi otak je menaip, hehe.

1- lor, kat sini korang ye? puas ibu cari tau, kata Oren kepada anak2nya
2- Puan, saya nak keluar, saya tak suka di kurung, kata Oren kepada Tuan Rumah

Okeylah, ni nak share kisah kucing tumpang (nak ngaku bela pun malu sebab aku cuma bagi makan je, urusan berak kencing dia aku tak ambik tahu dan aku pun tak tahu kalau dia ni ada tuan) tapi tiap pagi dan petang, dia datang mengetuk pintu cermin belakang rumah minta makan. Anak2 suka intai tapi tak penah bawak masuk rumah. Masa tak tahu dia ni betina, anak2 aku panggil Rayyan, haha.

setompok anak kucing 
Dalam tak membela, sudah jatuh sayang kat si Oren nih. Dia ni dulu pun masa kecik, mak dia Si Puteh tu yang selalu bawak dia datang umah, tapi sekarang jarang nampak mak dia, mungkin sakit kot. Si Oren ni rasanya budak lagi kot, tapi beberapa bulan lepas nampak perut dia semacam, kami syak dia mengandung tapi tak dapat dipastikan siapa yang membuntingkan dia, alahai Oren, awal sangat kamu ni jadi ibu.

Beberapa hari lepas nampak dia datang makan tapi perut dah kempis, aku agak dia dah beranak tapi kat mana anaknya? Puas jugak intai kat mana dia simpan anak dia. Persoalan terjawab bila akak pengasuh bagitau, anak si Oren ada dalam semak belakang, betul2 tepi longkang. Kalau hujan lebat @ anak bulus yang masih menggagau tu mungkin boleh jatuh longkang.

Petang semalam, akak pengasuh datang dengan sebiji sangkar, didalamnya ada 4 ekor anak kucing (besar sikit dari tikus, euwwwwwwwwww gelinya aku menengok, 3 kaler oren dan 1 kaler hitam bertompok). Akak tu nak bela anak2nya tapi risau takut mati sebab tak menyusu. Kalau simpan kat umah dia, takut si Ibu tak jumpa cari anak2nya, jadi mintak tumpangkan kat rumah aku kejap sampai anak2 tu boleh berdikari.

Si Oren mencari2 anaknya petang semalam, dia datang umah nak makan, tengok anak2nya ada kat situ. Lama dia intai, bila dia jenguk kedalam sangkar, si kakak terus tolak dia masuk ke dalam. Ambik ko menggelupur dia sebab rasa terkurung, dasar kucing liar tak bertuan, rasa sesak dada dia bila di kurung camtu. Niat nak suh dia bagi susu je. Sampai kemalam aku tak bukak sangkar, tapi tido aku pun tak lena sebab asik dengar dia mengiau. Kang lepas takut dia lari. nanti sapa nak susukan anak2 dia? Aku takut anak dia mati je nanti.

Pagi ni aku bukak sangkar dengan harapan dia tahu masa untuk pulang menyusukan anak. Sebenarnya aku ni tak suka membela sebab nanti kalau dia mati ke @ hilang ke, nanti aku sedih. Aku taknak ada ikatan perasaan dengan binatang yang dibela, satu lagi.. kami ni jarang lekat kat umah bila cuti, nanti sapa nak bagi makan.

Korang ada bela apa?


Comments

paridah said…
comelnya oren n anak2nya...jagalah setakat termampu irfa...kucing pun tau menguruskan hidupnya n anak2nya.
AtieYusof said…
dalam otak pun dapat update otak ye sis..hehehe..
kami takde bela apa2, sebab hubby alergik bulu kucing, anak minta nak bela pun hubby tak bagi..
comell nya si oren tu sis:)
Qaseh Vee said…
saya bela kucing tapi x letak dlm sangakr . kucing bebas keluar masuk dan merayap ke mana saja mcm kucing liar . tapi bila ada rumah dan tuan , lepas mkn dok tidur je memanjang . klu nak berak baru keluar . kucing orang selalu gak dtg bertandang ...
Unknown said…
Sejak 2 tahun lepas dah stop jadi ibu angkat.
Sebab reta anak.. at last kita pulak yang membela.
So.. baik tak yah..
bela kucing jugak.. bela betul2.. mmg takut kehilangan sbb dah kena byk kali.. tapi tak pnah serik pun.. wpun selalu mulut kata serik.. hihi

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...