Monday, June 11, 2012

Aku Pagi Ini.............

sebelum tulis.gugel imej mengantuk.okey,dah jumpa..yang ni comel sikit.hehe



shomelnya dia..

sangat mengantuk pagi ni.sampai opis awal,kul 8.00 pagi dah sampai..terus lari laju-laju tuju ke surau..dapat lah 1/2 jam..sib baik jugak sedar 8.30 pagi..kalau lelap sampai 11.00 pagi konfem kena ambik cuti 1/2 hari.huhu

tak pasti ini gara-gara

1-ubat selsema yang aku telan sebelum tido malam tadi

atau

2-kerana banyak belasah durian petang semalam

atau

kerana gabungan kedua-duanya sekali(dulu-dulu orang tua kata jangan makan ubat lepas makan durian.nanti mabuk.betul ke?fakta @ auta?)

sebenarnya nak citer pasal kenduri kat Pahang sabtu lepas..nantilah kendian aku citer.kul 1.00 aku nak gi surau sekali lagilah..........oh!sangat tak produktif ini hari

maafkan saya bos :(

20 comments:

kakcik said...

Pagi ni kakcik sampai pejabat 6.15. Bangun 4.30 siap masak untuk Along bersahur (tapi maknya tak pulak bersahur sama!)

Rai said...

olololo..comelnya muka ko mengantuk irfa.mesti muka ko macam yang monster inc nya tu.. hihi..

nonie said...

nonie pagi ni tak ngantuk... tapi otak beku sampai skrang... buat keje terkedek2... alasan, opis sejuk beku huhuhu...

JunAina said...

Ingat gila bola jugak!

lieynanilaz said...

kes lalok!!...haha.

Irfa said...

KAKCIK..
awalnya sampai opis
saya 6.15 tu baru nak bukak mata tapi lepas bukak mata ada hati nak guling-guling dulu baru bangun betul2.hehe

igt nak posa gak ari ni tapi tekak perit sbb byk makan durian..so tak jadi posa :(

Irfa said...

RAI..
makhluk berbiru dan berbulu tu ker?
eh!bukan ko ker?hahahhaa

Irfa said...

NONIE...
mengantuk dan otak pun sama malas nak berfikir
so satu keje pun tak jadi ari ni

Irfa said...

JunAina..
oh itu bukan saya tapi en abe :)

Irfa said...

LIENANILAZ..
mungkin jugak ;)
tapi kat rumah,durian ada lagi 3 biji lom kopek
camner neh?

Aidah Othman said...

Akak duduk umah pun ngantuk gak, padahal keje byk belum selesai. Ini penangan bola euro tu lah. Mlm tadi akak tgk bola sampai pukul dua pagi. Cari pasal namanya kan.

Zareda Norman said...

Musim deroyan dah kan... Hari tu pekena deroyan balik pulau.. Macam nak pitam nak habiskan makan :-)

Lady Windsor said...

shomel kan imej tu..nanti mata budak tu kelip2 dan terus pejam...alahai memang shomel!

anaa said...

hee comel.. itu ialah bo.. monster inc kan.. suka citer tu..

Irfa said...

KAK AIDAH..
oh kaki bola jugak rupanya ye
saya kalau tgk bola banyak cakap ..tanya itu ini
nanti tensen pulak cik abang :)

NenetPenne (NP) said...

bila saya ada sofa, kang nak tidor, baring je kat situ... ha ha ha...

Irfa said...

KAK ZAR...
durian kampung lagi best.
tak boleh makan banyak..nanti panas dalam badan

Irfa said...

LW..
mmg comel kan?

Irfa said...

Anaa..
citer ni tgk banyak kali pun tak jemu :)

Irfa said...

NET..
takde sofa la.duk cubicle ke bukan dalam bilik
takkan nak baring bawah meja kot.hehe