Wednesday, June 27, 2012

Ikat Peranakan..Baik dan Buruknya

info dari sini..cedok sikit untuk lebih jelas (tahu korang tak nak klik kat situ)

Alasan ikat peranakan

-Tidak mahukan zuriat

-Mengawal jumlah anggota keluarga

-Tidak boleh hamil atas sebab kesihatan

-Aktiviti seks yang aktif dan subur tanpa perlu bergantung pada perancang keluarga seperti pil

-Atas sebab perubatan/kesihatan

nak tanya korang..aku dengar berdosa kalau kita ikat peranakan atas alasan yang tak munasabah.adakah ia sama macam kita makan pil @ apa saja cara untuk elak dari mengandung?boleh bagi komen tak kalau tahu pasal ni.........kot penah buat @ ada kenalan yang penah buat pasal ni

12 comments:

Acik Erna said...

susah nak jawab ni dik..nanti kita tunggu yang pakar

Zurina Hj.Zainal said...

saya dah ikat peranakan saya atas masalah kesihatan...setahu saya, ianya harus jika berkaitan dgn kesihatan...tapi kalau alasan yg x munasabah tu...wallahualam....

pok amai-amai said...

Aku ade baca. Kalau kite berkemampuan, lahirkan zuriat kite demi memperkukuhkan kedudukan umat Islam di akhir zaman. Lagi ramai, lagi bagus. Klu plan walhal kite mampu, mgkn blh jth dosa. Wallahualam. Hanya Allah yg tau.

=D

Hanis Azla said...

alamak irfa.. akak pun tak arif tentang perkara ini.. tp klu ikut alasan2 tu mcm sama juga dengan pencegahan kehamilan yg lain.. itu apa yg akak nmpklah..

mummY daniSha said...

pernah ustaz hasan din kata kat TV,kita x bole tetapkan anak berapa...tp kita bolela merancang...wallahualam...

m.u.l.a.n said...

saya nak lagi tapi tak de rezeki...

~ yus ~ said...

kurang arif bab ni. Tp sependpat dengan hanis azla, ikat peranakan tu antara salah satu alasan untuk pencegahan kehamilan. Selalunya yang akak dengar ikat ni, bila dah bersalin secara pembedahan 3 kali ke atas, takut ambil risiko kalau mengandung lagi, maka mereka ikat peranakan mereka.

azieazah said...

Dalam hal ini, Kak Azie salah sorang. Masa bersalin (operate) yang ke-6, kami disarankan oleh doktor utk buat ikat terus masa operate. Lagipun masa tu umur Kak Azie dah 35 dan anak dah pun 6 orang.

So far, sihat dan sejahtera. Tak bimbang apa pun. hehehe

Chik Na said...

takde pengalaman bab ni...

Deqna said...

takde pengalaman jugak.. tak pernah menggunakan apa2 method pun...sumernya semulajadi..hahahaha

Hidayat Suhaimi said...

pada pendapat peribadi saya.. bila doktor dah sarankan buat BTL pastinya kerana ada justifikasinya dan kita sebagai pesakit akan berikhtiar dengan bantuan khidmat dan nasihat doktor. Tapi apa pun keredhaan suami dalam apa jua bentuk perancangan keluarga cuma ada saya dengar isteri yang kawal aktiviti hubungan intim suami isteri atas dasar save days dan unsave days.. misal kata time unsave days... suami berkeinginan hubungan intim dan isteri menolaknya..apa hukumnya.. ada pula isteri yang memang tidak mahu makan perancang kerana nak jaga badan...potongan badan memanglah cantik kalah anak dara tapi semua tu untuk siapa? kalau bukan untuk suami apa hukumnya? saya BTL kerana faktor bersalin yang berisiko.. saya dan suami redha kerana mungkin itu takdir saya..cuma selepas BTL, ia telah mendekatkan diri saya kpdNYA kerana saya tahu saya mungkin tidak dapat melahirkan zuriat lagi... saya lebih menyayangi dan menghargai anak anak saya... suami saya... Alhamdulillah semuanya yang baik baik dan yang pasti suami semakin hari semakin sayang... he he.. bila bila je boleh berkhidmat pada suami kerana tiada alasan untuk berkata TIDAK!!!!! ha ha ha... sekadar berkongsi pengalaman dan maaf jika ada tutur kata yang mengguris hati sesiapa.... peace no war...

Haziyana Mohd Saad said...

nak tanya la mommy yg pernah ikat peranakkan..sakit x proses ikat tu??berapa kos ikat ye??